Memasak,

Memasak Rendang 8X Lebih Cepat Dengan Philips All-In-One Pressure Cooker Baru

Selasa, Jun 06, 2017 Mahamahu 0 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Kita dah nak menghampiri petengahan bulan Ramadhan dah ni cepat sangat masa berlalu. Hari-hari orang sibuk update memasak masakan berbuka atau pun sahur. Tapi semudah mana korang menyediakan resipi tradisional ini dengan lebih efisyen tapi masih mengekalkan rasa aslinya.


Bagi memudahkan dan merealitikan semua ini Philips Malaysia baru-baru ini telah melancarkan satu lagi produk baru iaitu Philips All-In-One Pressure Cooker. Percaya tak korang bahawa dengan periuk ni korang boleh masak 8X lebih cepat daripada biasa. Terutama ibu-ibu atau isteri-isteri nak masak rendang paling mudah dan cepat dengan Philips ini.

 



Maha mulanya tak percaya tapi bila pergi sendiri di majlis memperkenalkan produk ini baru tahu. Sebab waktu acara tu mereka buat demonstrasi memasak beberapa resipi tradisional dengan menggunakan periuk ini. Hari tu diketuai oleh Chef Marina seorang chef profesional yang banyak pengalaman menyediakan makanan tradisional. 

 


Juga dibantu beberapa orang personaliti yang juga berkongsi resipi menggunakan produk pressure cooker ni. Di antara resipi yang mereka kongsikan dengan menggunakan Philips All-In-One Pressure Cooker seperti Acar Buah dari blogger lifestyle terkenal Ruby dan juga Anna Sha seorang suri rumah sepenuh masa yang menyediakan Sup Tulang yang orang kata memang lama nak disediakan. 



Hari tu mereka siap masak secara live lagi dan bagaimana resipi tu siap dengan mudah dan rasa sangat sedap seperti asli. Itu yang diterapkan oleh Philips untuk mengeluarkan periuk baru mereka ini agar berguna kepada masyarakat. Maha teruja bila tengok produk baru ini sebab saiz sangat besar dan juga kegunaan sangat banyak.


Periuk ini boleh memasak cepat (sauté), membakar, memanaskan dan menghangatkan semula hidangan korang. Bahagian dalam periuk ini diperbuat daripada aloi aluminium sangat tahan lama dan menawarkan pengaliran haba dengan lebih menyeluruh dan hasil masakan yang rata. Ia disalut dengan salutan Whitford keemasan yang istimewa, anti calar dan tidak melekat. Mempunyai penjagaan masa yang mudah-diprogram yang member indikasi progres masakan. 


Periuk generasi baru ini mempunyai sembilan sistem perlindungan keselamatan dan hadir dengan pengawal atur tekanan yang dikawal dengan cip mikro. Sejurus selepas memasak, pengawal atur tekanan akan dipasang secara automatik untuk melepaskan tekanan, jadi korang tidak perlu melepaskan tekanan secara manual atau menunggu hingga tekanan menurun secara biasa sehingga alat ini menyejuk.





Kalau citer best jer tapi harga tak tahu tak guna juga kan ok harga sangat istimewa hanya RM799.00 sahaja untuk Philips All-In-One Pressure Cooker (HD2137/62). Ia dah boleh di Philips Brand Store, kesemua rakan runcit dan kedai pengedar di seluruh negara. Juga yang suka order online dah boleh beli kat Lazada di sini http://ho.lazada.com.my/SHQlDo lagi mudah dan cepat. Ada potongan sempena dengan Ramadhan ni cepat-cepat beli sekarang. Nanti Maha akan sharekan satu resipi tradisional dengan menggunakan periuk ini tunggu ok. Selamat memasak semua dan selamat berpuasa.







0 Pandangan: