Food Review,
Hidang Keaslian Makanan Kelantan Di Restoran Nasi Pak Man Kota Damansara
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Orang pantai timur nak balik sana ambil masa lebih dari 5 jam perjalanan terutama di Kelantan. Kalau tiba-tiba mengidam nak makan makanan Roti Tik Tak atau Nasi Kerabu yang asli memang telan air liur jer lah.

Tapi sekarang orang KL dan tak perlu pergi jauh-jauh lagi untuk cari semua makanan ini dah ada kat Kota Damansara. Restoran Nasi Pak Man beralamat di No 49G, Jalan Sepah Puteri 5/1B, Kota Damansara adalah tempat yang korang boleh tuju. Restoran ni kalau datang time lunch time memang penuh dengan peminat makanan pantai timur.


Ruang restoran ni agak sempit kalau penuh pengunjung jadi pasti korang datang awal ok. Dekorasi restoran ni simple jer tapi yang pasti restoran ni telah dikunjungi oleh program Jalan-Jalan Cari Makan TV3 dan juga Ho Chak! TV8.

Apa yang korang boleh makan kat sini mesti lah makanan tradisional pantai timur seperti Nasi Kerabu. Tengoklah Nasi Kerabunya banyak dengan bahan-bahan penyedap seperti Daging Bakar, Keropok Ikan, Sambal Cili, Ulam-ulaman dan kuah yang penuh kat atas tu teliur sangat.
Nasi Kerabu |
Kemudian korang boleh ambil juga makanan seperti Nasi Pak Man dan juga Nasi Berlauk. Dua-dua ni nampak macam sama tapi lain kerana satu tu ada ayam goreng dan satu lagi ada kari ayam. Tapi yang pasti kedua-dua hidangan ini sangat sedap sesuai untuk makan tenghari korang.
Nasi Pak Man |
Nasi Berlauk |
Satu lagi nasi yang popular adalah Nasi Dagang kat sini mereka menggunakan Ikan Tongkol untuk kuahnya. Mana nak dapat semua yang betul rasa asli macam ni. Tak apa lepas ni boleh lah korang datang dengan family makan tengahari atau makan malam ok juga.
Nasi Dagang |
Tapi kalau nak datang makan pagi pun ada kat sini sebab mereka beroperasi hari Selasa sampai Ahad dari pukul 8.00 pagi hingga 12.00 malam. Kalau sarapan pagi kat sini istimewa kerana ada Roti Tik Tak dan juga Roti Goldees. Kat tempat lain tak ada tau sini jer tau. Maha suka sangat roti Tik Tak sebab firstime tengok kat dalam rancangan Majalah3 hari tu terus teringin sangat akhirnya dapat juga.
Roti Tik Tak |
Roti Goldees |
Cara nak makan roti Tik Tak ni Maha tengok kat tv tu dia kata kena campurkan semua telur separuh masak dan juga kaya yang ada atas roti tu. Lepas tu makan lah ikut cara korang tapi rotinya sangat garing. Manis-manis dan masin semua dapat rasa dalam roti tu pastu minum dengan Kopi O atau Milo Panas terbaik.
Makan pagi dah makan tenghari dah untuk makan petang pula korang boleh layan kat sini menu istimewa mereka iaitu Laksam. Kuah lemak yang enak dan juga ada sambal pedas mengacamkan selera minum bersama dengan Kopi Ais atau Nescafe Ais terbaik lah.
Laksam |
Maha cite ni bukan suka-suka tau tapi memang Maha dah makan kat sini puas rasa nak pergi lagi. Recommendation untuk korang yang mencari makanan tradisional dari negeri Cik Siti Wan Kembang ni. Kawasan ni parking agak terhad jadi kena pandai-pandai cari ok. Apa pun selamat menjamu selera semua.
Maklumat lanjut dapatkan di :
Facebook : www.facebook.com/NasiPakManKD
Instagram : www.instagram.com/Nasi_Pakman
Ranking Mahamahu :-
Kebersihan : 3.5/5
Kesedapan : 4/5
Harga : 4/5
Kebersihan : 3.5/5
Kesedapan : 4/5
Harga : 4/5
Wahh bestnya.. nampak sedap dan menyelerakan. Thanks sharing Maha :)
BalasPadamSama2 abang khir nanti share ngan kawan2 lain ok..
PadamOh my cravingnya tengok Nasi Kerabu tu. tapi macam Nasi Pak Man tu macam best juga hehe.
BalasPadamKita suka dua2 awak hehehe
Padamsedapnya nasi kerabu ;(( nampak mcm cantik je kedai ni
BalasPadamKedai dekorasi agak kosong sebab selalu penuh orang
Padamperkara pertama kalau nak terjah sana, nak rasa roti tik tak tu.. dah dekat sgt dengan rumah, boleh la testing food ke sana.. thanks for sharing.
BalasPadamBestnya rumah dekat hari2 boleh datang hehehe...
Padamwah bestnya tgk nasi kerabu tu
BalasPadamKan Nasi Kerabu tu penuh macam2 ada.
PadamSedapnya nasi kerabu dia!!! Nanti kena cari ni. Makyong udah teringin...hihi
BalasPadamAlamak Makyong teringin kena pergi hehehe
PadamPergh! sedap gila makan atas ni. trrliur dah ni.
BalasPadamTeliur kena datang wajib ok..
PadamNasi kerabu dan roti tik tak tu nampak mengiurkan sangat. Ok, nanti sis terjah bila free
BalasPadamNanti bawa kita terjah sekali ok...
Padambencilah ngan seorang maha mahu ni, makanan kelantan ni pun kita tak pernah try dia dah sampai dulu, ish! nak kena terjah gak ni!
BalasPadamHehehehe orang Kelantan dah selalu rasa kita baru nak rasa..
Padamsedapnya tgk...
BalasPadamSedap sangat..
PadamNasi kerabu dia memikat hati... petang nie nak makan nasi kerabu la
BalasPadamTunglah dekat boleh pergi hehehehe..
PadamNasi kerabu dia sangat mengancam... terlapar pulak dibuat nya. I memang suka makan masakan pedas pedas macam ni.
BalasPadamMakanan Kelantan tak pedah tau Sunshine manis2 semua yer...
PadamBestnya makanan Kelantan mmg sedap2 . Terbaik!
BalasPadamSaya pun suka..
Padam