Ayamas,

Tak Pandai Masak Nasi Briyani Boleh Cuba Produk Baru Ayamas Ready-To-Eat Ni

Isnin, Oktober 16, 2017 Mahamahu 18 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Maha akui memang tak pandai nak masak Nasi Briyani tambah-tambah yang Johor atau yang Bukhara ini. Dia orang kata banyak sangat petua dan kaedah nak kena ikut kalau salah dah tak jadi pulak tu tak sedap.


Rugi masa dan rugi bahan sahaja tapi sekarang Maha dah temui satu cara paling cepat mudah dan pasti sedap untuk sediakan Nasi Briyani Bukhara Ayam. Hanya beli sahaja produk sedai dimakan yang dikeluarkan oleh Ayamas Kitchen. Sebelum ni mereka ada keluarkan produk Pes dan Sos Segera tapi kali ni pulak produk ready-to-eat lagi cepat.


Malah bukan sahaja nasi briyani sahaja tau mereka ada 2 lagi produk makanan yang sedia untuk dimakan lain iaitu Nasi Pilaf Ayam Mentega serta yang menjadi kegilaan ramai sekarang iaitu Nasi Kandar Ayam Masala. Kalau nak makan nasi kandar ni mana nak pergi Penang jauh tu sekarang dah ada kat dapur anda jer.


Jadi sekarang ia sangat membantu dan memudahkan kerja memasak ibu-ibu didapur hanya perlu panaskan sahaja produk ni dalam microwave selamat 4 - 5 minit kemudian keluarkan dah boleh makan. Kalau tak ada microwave boleh panaskan dalam periuk kukus sahaja terus boleh makan.


Antara 3 ni Maha paling suka ada Nasi Briyani Bukhara Ayam ni lah sebab mereka menggunakan beras basmati original dan juga ada kuah ayam dan juga Arca Buah yang sangat sedap dah rasa sendiri. Ramai orang kata bila makan ni memang rasa original macam jual kat kedai sangat sedap.


Ketiga-tiga produk ni dah ada kat semua kedai Ayamas seluruh Malaysia dan boleh beli dengan harga RM7.90 untuk Nasi Kandar. Manakala untuk Nasi Briyani dan juga Nasi Pilaf tu harga RM8.50 sepaket. Jadi sangat berbaloi dan murah tak perlu penat-penat beratur beli jer yang siap untuk makan ni.


Nasi Pilaf Ayam Mentega RM8.50

Nasi Briyani Bukhara Ayam RM8.50

Nasi Kandar Ayam Masalah RM7.90

Kalau tak tahu kat mana kedai Ayamas berhampiran korang boleh layari www.kedaiayamas.my atau ker Facebook Kedai Ayamas - Ayamas Roasters. Memang produk ni tak jual kat pasaraya atau kedai lain hanya kat Ayamas jer. Maha dah ada 3 pek kat rumah standby kalau tiba-tiba lapo mengidam nak makan nasi briyani terus panaskan dan boleh makan. Korang kena ada juga kat rumah ni tau.





18 ulasan:

  1. Sekarang ni memang perlu cepat dan mudah. Maklum la zaman teknologi dan kesibukkan kan.

    Kalau rasa nak makan briyani boleh terus je panaskan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yes betul tu dedaun kadang2 ibu kat dapur pun tak sempat nak masak tapi yang ni panas jer terus leh makan..

      Padam
  2. makin mudah lah utk orang bujang macam neeza yang sibuk ni tak payah lama2 sangat ke dapur, sedap tentu sedap sebab ayam mas kan hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang sedap Neeza saya habis makan semua 3 rasa memang terbaik bagi 5 bintang..

      Padam
  3. Wah...senang je dan makin mudah..makin pemalas la akak lepas ni..akak mmg x pernah lulus masak nasi beriani ni..dah ada pack macam ni senang..panaskan aje..hehehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. yes akak bukan nak buat orang jadi malas tapi nak jadikan hidup lebih mudah itu jer..

      Padam
  4. Wahh nampak menarik, senang dan jimat masa tak yah masak..hehehe. Sis memang suka makanan dari ayamas ni..x pernah mengecewakan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama lah akak kita suka Ayamas ada rasa semua makanan mereka...

      Padam
  5. Wah..eksklusif..Ada kat Ayamas je ni..Boleh la cari kat Ayamas area rumah tu kalau tetiba rasa nak makan nasi briyani ke, nasi kandar ke?nasi pilaf..okey, ketinggalan sikit..baru tahu ada nasi pilaf..hmmm..acane rasa dia tu...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nasi ada rasa mentega hehehehe sedap...

      Padam
  6. Banyaknya pilihan nasi briyani, macam ni tak risaulah kalau pun tak pandai masak nasi briyani guna resipi manual tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yes boleh gilir tak bosan betul tak hehehehe....

      Padam
  7. sedapnya..senang ada mcm ni, tinggalkan panaskan je.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul akak sedap rasanya macam masakan asal banyak lak tu..

      Padam
  8. Nampak sedap. Ika tak pernah try lagin this week ika nak pi beli kat mydin dan try.

    BalasPadam
  9. Eh, senangnya nak masak. Kalau acam ni orang yg tak pandai masak pun boleh masak. Hahahah😂

    BalasPadam
  10. perkara paling mudah untuk mak mak yang bekerja adalah makanan on-the-go tapi tetap fresh! tqsm ayamas sebab perkenalkan kaedah seperti ini.. kene grab seketul jugak ni..

    BalasPadam
  11. Satu kerja nak pergi cari ayamas berdekatan..

    Eh, kalau mintak mereka panaskan dekat Ayamas, boleh tak.. terus makan dekat situ hahahah Risau meleleh air liur nak tunggu balik rumah

    BalasPadam