Betong,
Menjelajah Selatan Thai Betong Daerah Yala - Thailand FAM Trip Growth Triangle
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Kali ni Maha nak kongsi dengan korang semasa berkesempatan untuk ke negara jiran Thailand. Firstly nak ucapkan terima kasih kepada Southern Peace Media Club (SPMC) kerana membawa Maha bersama dengan barisan media lain untuk menerokai banyak lagi yang menarik selatan Thai.
Selalu kita tengok kat tv citer pasal selatan Thai ni mesti kes bom atau tembak-menembak betul tak. Itu memang tugas mereka untuk melaporkan berita tapi hakiki ia sekarang ni tidak begitu lagi. Masa Maha pergi sana memang jauh sangat daripada apa yang dalam fikiran masa tu. Rasa bimbang dan rasa takut pun ada tapi semua itu hilang bila dah ada kat sana.
Ok lah Maha mulakan perjalanan trip ini sebab ada banyak post nak tulis ni sebab banyak tempat kami pergi. Kami dari KL menaiki bas menghala ke sempadan Malaysia Thailand melalui Betong. Tu kawasan pertama kami pergi kerana kat sana masih terpelihara alam semulajadinya. Firstime ni masuk sempadan menggunakan kenderan darat dan perasaan tu lain sangat.
Tapak Lapangan Terbang Baru Betong
Kami bertuah sebab dieskot oleh pihak berkuasa tempatan untuk kelancaran perjalanan kami. Sampai sana pun masing siang lagi dan lokasi pertama yang kami singgah ada kawasan pembinaan Lapangan Terbang Betong. Tak sangka bahawa kerajaan Thailand begitu nak majukan selatan Thai ini telah membina lapangan terbang baru kat sini.
Lapangan terbang ini tak besar hanya untuk penerbangan domestik sahaja iaitu mampu untuk mendaratkan kapal terbang bersaiz kecil dan 3 penerbangan dalam 1 hari. Tapi ada perancangan akan di besarkan untuk penerbangan dari luar Thailand. Ia dijangka siap pada Julai 2019 tak lama jer. Kami adalah media pertama yang dibawakan ke tapak pembinaan lapangan terbang tersebut.
Masa kami datang tu kat kawasan tu boleh tengok sempadan Malaysia tapi nampak hutan jer lah. Selepas sahaja habis sesi taklimat pasal tapak lapangan terbang tu kami terus dibawa ker bandar Betong. Bandar ni malam tak berapa hidup sangat tapi masyarakat masih banyak membuat taktiviti harian mereka seperti biasa.
Sebab dah lapor malam tu kami di bawa makan makanan istimewa mereka iaitu masak Ayam Betong. Kami pergi retoran halal disitu iaitu restoran Tuan Kitchen. Kat sini tak susah nak cari makanan halal sebab betong masih ramai lagi penganut Islam.
Masak Ayam Betong ni macam kita kat Malaysia lauk nasi ayam yang dikukus dan ada kicap manis. Sedap dan selesalah makan kat sini sebab selera mereka tak jauh daripada kita. Puas juga makan sampai kenyang sambil berkenalan dengan pihak berkuasa di sana.
Lepas sahaja makan kami di bawa ke hotel akhirnya dan penginapan kami di Grand Mandarin Betong Hotel. Memang hotel ni best dan selesa untuk korang yang nak datang berjalan-jalan kat bandar Betong ni. Harga sangat berpatutan dan juga kemudahan semua ada selesa nak tidur malam tu. Nak kena rest sebab esok kami nak pergi ker kawasan pergunungan yang sangat menarik.
Lautan Kabus Dipuncak Gunung
Pagi tu kami bangun seawal 5 pagi sebab nak sampai ke satu lokasi yang tak pernah kita lihat kat tempat lain. Siap solat subuh lagi kat atas puncak gunung tu. Pagi-pagi buta kami panjat kawasan pergunungan ingat nak tengok apa rupanya ia adalah kawasan kita boleh lihat lautan kabus yang sangat indah.
Kawasan ini dikenali sebagai Iyer Weng atau The Sea of Mist. Sebab bila korang sampai kat puncak Gunung Silipat ini korang boleh lihat hamparan kabus yang memutih dari puncak gunung ini. Memang rasa sangat kagum dan juga sangat terharu dengan keindahan ciptaan tuhan ini. Kawasan ni tak sejuk seperti mana korang naik Cameron Higland kat Malaysia.
Kepulan kabus yang memutih memenuhi kawasan pergunungan ini sangat memukau memang rasa nak ambil gambar dan video. Kawasan ini telah diwartakan sebagai kawasan pelancongan dan akan dimajukan lagi dengan pembinaan plantar yang lebih panjang dan baru untuk menarik ramai pelancong datang ke sini. Pagi tu kami sarapan kat atas puncak gunung tu memang best seronok sangat.
Lepas habis tu kami terus balik hotel untuk mandi dan check out bagi ke destinasi seterusnya. Kami di bawa pula ke satu-satunya pusat penyiaran TV di Yala iaitu NBTYala. Yang ni dapat tengok bagaimana mereka jalan produksi tv khas di selatan Thai. Paling best kami dapat sertai satu program tv mereka iaitu 'Di Kedai Kopi'.
Dapat jugalah kami media Malaysia ni masuk dalam saluran tv selatan Thai ni. Dalam program ni mereka menggunakan dwi bahasa iaitu bahasa Melayu dan bahasa Thai. So kita masih boleh faham jugalah apa yang mereka cakapkan.
Lepas habis sesi bersama TV Yala tu kami nak bergerak ke satu lagi daerah yang banyak tempat menarik. Tapi sebelum tu kami di bawa ke peti surat terbesar di dunia yang terletak di Bandar Betong ni. Tengok lah ni saiz peti surat merah ini sangat tinggi boleh masuk orang dalam tu. Dapat bergambar sikit-sikit kat bandar Betong sebelum berangkat ker daerah seterusnya iaitu Narathiwat.
Ok habis untuk 2 hari kat daerah Yala ini memang best dan korang rasa selamat lagi kat sini jangan risau boleh jer datang. Cuma jangan pergi kawasan yang pelik-pelik sudah lah. Satu tips kat sini korang boleh tukar duit kat Malaysia siap-siap sebab kebanyakan peniaga sini tak terima duit Malaysia. Tunggu next post lak untuk lokasi lebih menarik di selatan Thai ini ok. Selamat bercuti.
Cantik tempatnya.. nak jejakkan kaki ke sana entah bila.. so tengok gambar2 nya dulu.. berangan2 dulu.. makanan nya pun boleh tahan jugak tu mengoda orang tengah demam yang xde selera nak makan ni..
BalasPadamPemandangan cantik...tak ada benda lain yang akak nampak paling menarik tau...Steam Chicken tu menambat hati laa....sedapnyaaaaa
BalasPadamLama dah xpergi ke Thailand... Kalau ikut korang tempoh hari, mesti kawan puan isteri dok tanya 'awat laki hang selalu g thailand nie'
BalasPadammakanan tu kan..memang bagi akk jilat skrin tau ! huhu
BalasPadamJauh encik maha kita berjalan ye. Pemandangan di lyer weng tu cantik sangat. Bestnya dapat ke sana. Makanan tu buat kinah lapar malam-malam gini. Tak sabar nak tunggu entri maha yang seterusnya.
BalasPadamTak pernah lagi ke Yala, Tak tahulah bila dapat pergi. Beruntung lah Madi dapt kesana. Makanan thai mmg sedap2
BalasPadamTeringin plak nak pergi iyer weng tuh..nampak cantik..kalau pergi confirm tak lepas camera nak snap gambar.
BalasPadamSuch a fun trip with your friends, the food looks really good too, especially the chicken, I'll Love a bite!
BalasPadamBikin panas tengok gambar. Rindu masakan thai ...ooo nak buat lapangan terbang pula makin maju lah lokasi ini.
BalasPadam