Government,

Kurang Pengetahuan Tentang Perbadanan Harta Intelek Malaysia MyIPO Banyak Produk Tiruan

Selasa, Disember 12, 2017 Mahamahu 9 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Ada lagi peniaga yang masih menggunakan nama Shell Out untuk menu mereka dan juga peniagaan untuk makanan laut yang tuang atas meja tu. Tahu ker anda bahawa Shell Out telah diberikan sijil pendaftaran cap dagangan secara rasmi untuk jenama SHELL OUT.


Maksudnya lepas ni kalau mana-mana pengusaha atau pihak lain yang nak menggunakan nama itu boleh dikenakan tindakan oleh pengusaha yang sah sekiranya didapati bersalah. Sebab itulah sangat penting yer bagaimana trademark atau bahasa kamusnya tanda dagang di patenkan. Masih banyak lagi pengusaha yang tidak sedar akan kepentingan untuk mendaftar harta intelek mereka daripada digunakan oleh pihak lain.
 

Kenali Sejarah Pebubuhan MyIPO

 
Mari Maha kongsikan sikit sejarah bagaimana pelindung harta intelek ini telah di tubuhkan di Malaysia. Sebelum tahun 1983 ia telah ditadbir oleh Pejabat Cap Dagangan dan Jaminhak. Ianya kemudian telah ditukar namanya menjadi Pejabat Cap Dagangan dan Paten serta diletakkan di bawah bidang kuasa Kementerian Perdagangan dan Industri.

Pada 27 Oktober 1990 kementerian telah disusun semula dan pejabat ini telah diletakkan di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna yang kini dikenali sebagai Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan dan menukar namanya kepada Bahagian Harta Intelek.

Bahagian ini telah dikorporatkan pada 3 Mac 2003 dan dikenali sebagai Perbadanan Harta Intelek Malaysia (PHIM), dengan penguatkuasaan akta Perbadanan Harta Intelek Malaysia. Perbadanan mengambil langkah pertama penjenamaan semula apabila singkatan PHIM menjadi MyIPO pada 3 Mac 2005 di Hari Harta Intelek Negara yang pertama.


MyIPO adalah sebuah badan berkanun yang bertanggungjawab untuk pembangunan dan pengurusan sistem harta intelek i.e. paten, tanda dagangan, reka bentuk perindustrian, hak cipta dan reka bentuk susun atur litar bersepadu di Malaysia.

Jadi korang dah tahukan apa pentingnya pendaftaran harta intelek ini dan mana badan yang bertanggungjawab. Mereka juga menguruskan beberapa akta yang berkaitan untuk peniaga dan pengguna di Malaysia seperti :

  1. Akta Paten 1983
  2. Akta Cap Dagangan 1976
  3. Akta Hakcipta 1987
  4. Akta Reka Bentuk Perindustrian 1996
  5. Akta Susun Atur Litar Bersepadu 2000
  6. Akta Petunjuk Geografi 2000
  7. Akta Perbadanan Harta Intelek Malaysia 2002

 

Tanggunjawab Kita Sebagai Pemilik

 

Apa pentingnya perlindungan ini kepada kita mesti ramai tanya betul tak terutamanya peniaga. Selain daripada untuk di elak daripada disalah gunakan oleh pihak lain mengambil keuntungan atas jenama atau produk yang kita laksanakan ia juga bagi mengekalkan kreativiti dan intelektual rakyat Malaysia. Kalau tak dilindungi makin banyak pihak tidak bertanggung jawab memanupulasi hasil orang lain dan makin maju orang lain betul tak.

Kesedaran ini masih pada tahap rendah lagi tapi ada mereka yang dah tahu akan kepentingan pendaftaran harta intelek ini. Maha pun lepas ni kena daftar jenama MAHAMAHU mana tahu kalau tiba-tiba ada orang guna nama ini untuk kepentingan sendiri. Kita makan angin jer orang lain kaut keuntungan beganda-ganda.


Di Malaysia ini mereka masih tidak mewajibkan mana-mana syarikat untuk mendafatar harta intelek mereka tapi di sesetengah negara ia telah dikuat kuasakan seperti Amerika Syarikat dan Jepun. Sebenarnya nak mendaftar harta intelek ini tidak kira kecil atau besar sesebuah syarikat itu, pendaftaran harta intelek adalah penting kerana ia merupakan milik atau hak eksklusif bagi membolehkan pihak terbabit mendapatkan bayaran royalti jika digunakan pihak lain.

Sekarang ni korang dah tahu kat mana nak daftar harta intelek ini dan badan yang bertanggunjawab menguruskan sekiranya ia berlaku tuntutan atau penyalah gunaan jenama kita. Tapi nak info lanjut lagi korang boleh pergi ke lawan web rasmi mereka dan hubungi mereka seperti dibawah. Jangan lupa tanggungjawab kita untuk mendaftar pula ok.

Pertanyaan dan maklumat lanjut layari :





9 ulasan:

  1. Akak baru tau pasal MyIPO ni...rupanya kita boleh patenkan product kita dan ianya dilindungi..lepas ni tak boleh la orang nak pertikaikan kalau product kita dah dipatenkan kan?

    BalasPadam
  2. nama shell out tu dah ada cap dagang rupanya. tak boleh nak guna sesuka hati lah lepas ni.

    bagus ada entri macam ni. dapat tambahkan pengetahuan tentang kepentingan sesuatu perniagaan atau persendirian mempatennkan atau mempunyai cap dagang sendiri. takdelah kes copy ni semua kan.

    BalasPadam
  3. Harta Intelek ni bukan saja perlu dipatenkan. Ada masa lalu, klien i tak Trademark dia punya branding, habis dicuri orang lain. Jadi Trademark tu penting juga

    BalasPadam
  4. Lepas nie boleh lah Kak Sue dan Abang Man nak patenkan jenama produk jualan kami tu kan..

    BalasPadam
  5. berapa kos untuk patenkan jenama produk kita supaya orang lain x leh guna sesuka hati ye?

    BalasPadam
  6. Dah beberapa kali ke pej MyIpo utk hal2 opis. Alhamdulillah..

    BalasPadam
  7. Info yg Sgt berguna...mne la tau klu2 kita plak nk paten kan jenama sndr suatu hr nti..wahhh gitu

    BalasPadam
  8. Sekarang nie ada banyak jenama tiruan... ada produk sama tapi jenama berbeza sedikit... macam tiru identiti orang lain pun ye juga

    BalasPadam
  9. Teringin nak belajar pasal ni... Tp x pernah nmpk kursus kursus yg fitawarkan

    BalasPadam