Ikan Fjord Trout,

Mengenali Ikan Fjord Trout Dari Norway Dan Perbezaannya Dengan Ikan Salmon Biasa

Jumaat, Disember 08, 2017 Mahamahu 16 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Minggu lepas dan minggu ni banyak betul Maha belajar memasak kalau tak pandai lagi tak tahu lah hehehe. Tapi semua ini ilmu memasak cara orang luar makan. Kali ini pula masak ikan dari laut sejuk yang ramai orang suka.


Kalau sebut negara Norway apa yang korang fikirkan? Maha baru tahun yang negara ini adalah pembekal makanan laut kedua terbesar di dunia. Selalu kalau sebut Salmon semua orang dah tahu tapi kali ini ikan Fjord Trout. Sebenarnya kalau tengok lebih kurang jer dua jenis ikan ini tapi yang ni special sikit ia diternak dalam laut sejuk ada ais.

Gunn Jorid Roset, Duta Besar Norway ke Malaysia

Jon Erik Steenslid, Pengarah Asia Tenggara Norwegian Seafood Council

Majlis hari tu dimeriahkan sama tetamu VIP iaitu Duta Besar Norway ke Malaysia Gunn Jorid Roset yang juga bengkel ini dianjurkan oleh Norwegian Seafood Council. Sebelum bengkel memasak tu kami kenal dulu dari mana datangnya ikan Fjord Trout dan apa bezanya dengan ikan Salmon biasa. 


Ikan ini diternak dalam kolam di tengah laut sejuk yang dibangunkan sendiri oleh mereka bagi menyediakan bekal secukupnya untuk export. Ikan ini boleh membesar sehingga 2 ke 5 kg sahaja dan saiz lebih kecil daripada Salmon biasa. Ikan ini diberi makan palet khas yang mengandungi pelbagai kesihatan untuk pembesaran ikan ini. Paling ketara ikan ini bebas daripada cacing dalam daging ikan yang kita tidak lihat kalau dimakan mentah.

Trout Fjord daging merah jingga dan sebelah sana adalah Salmon biasa




Manakala perbezaan daripada dua ikan ini yang sangat ketara adalah dari segi fizkal ikan dimana kepala ikan Trout Fjord adalah lebih bulat dan salmon lebih tajam. Manakala beza warna antara Trout Fjord lebih merah jingga manakala Salmon lebih berwarna merah jambu. Korang suka yang mana hehehe.

Chef Jimmy Chok

Lepas tu pula kami masuk bengkel memasak yang diketuai oleh Chef Jimmy yang telah berpengalaman masak ikan ini lebih 10 tahun. Menurut kata chef ini daging ikan ini sangat sesuai untuk dimasak masakan tempatan seperti masak lemak, masak kari asam, masak asam pedas dan macam-macam lagi. Mulai sekarang kita boleh gantikan ikan yang biasa digunakan dengan daging ikan ini memang sedap katanya.




Tapi hari tu kami diajar cara masak paling mudah iaitu menggoreng ikan ini atas kuali sahaja. Memang tengok chef ini buat mudah mula-mula kena masak bahagian yang ada kulit dulu sehingga garing. Lepas tu terbalikkan sebelah lagi dan kemudian kiri dan kanan ikan ini sehingga kita rasa ia cukup masak tak perlu lama.





Lepas dah goreng ikan tu tanpa minyak kemudian dihidangkan dengan Manga Salsa sangat nampak mewah dan ala hotel 5 bintang. Semua tetamu yang datang juga dihidangkan dengan daging ikan ini yang di salai dan gaya sashimi bagi memberi perbezaan rasa dengan daging ikan salmon biasa. Bagi Maha daging ikan ini lebih rasa kenyal dan padat nak banding salmon biasa dan Maha suka. 



Habis makan tu baru lah kami semua dibawa ke dapur yang disediakan oleh KDU University College Shah Alam. Time kami semua lak untuk memasak mengikut cara yang diajar oleh chef tadi. Kat situ baru kita tahu sebenarnya nak masak ikan macam ni tak ada masa yang tetap. Ini kerana tempoh memasak atas kuali mengikut apa yang kita nampak dan rasa. Itu nasihat daripada chef yang berpengalaman. 


Setiap bahagian ikan tak sama tempoh memasak jadi kita kena kenal pasti daripada deria mata dan rasa kita. So lepas ni Maha dah expert nak masak ikan special ni. Korang boleh dapatkan produk makanan laut dengan mencari logo Seafood From Norway kerana ia menjadi logo dagangan yang melambangkan kesegaran dan produk berkualiti daripada negara Norway. Selamat memasak semua.






16 ulasan:

  1. Tak pernah pun tau pasal ikan ni.Setakat salmon tu pernah la makan..memang rasa sedap..tapi kalau dah kata lebih sedap dri ikan salmon,membayangkan kelembutan ikan tu..peh..mesti bestkan maha

    BalasPadam
  2. Teringin nak masak salmon sendiri tapi belum berani lagi sebab memikirkan ikan mahal.

    BalasPadam
  3. Thanks for sharing..kalau xbc blog maha. Mati2 akk ngat isi ikan oren tu semua ialah Salmon hehehe

    BalasPadam
  4. ingatkan sama je semua salmon..hehe

    BalasPadam
  5. wah ternak dalam kolam di tengah laut sejuk tu. mesti terjamin kualiti dia. dan mesti sedap kan maha. mmg nampak mahal ikan2 tu.

    BalasPadam
  6. Sedap nya ikan salm o n makan raw ngan wasabi yumm o.o

    BalasPadam
  7. Kualiti pasti terjamin sebab diberikan makanan khas..ikan trout ni sure mahal compare ngan salmon kan? Maha masak ke? Menang x? Larikkkkk

    BalasPadam
  8. Kak Sue ingat yang oren tu semua ikan salmon.. suka sangat makan ikan Kak Sue dari yang lain..

    BalasPadam
  9. Ask me how to see good or fresh Salmon, I really dunno how to see it. But I good in grill or fried the salmon

    BalasPadam
  10. Uittt sedapnya....masa sis gi jepun..mmg makan ni fresh2 je, mmg sodap

    BalasPadam
  11. biasa dengar ikan trout tapi belum pernah makan...ikan salmon je penah dah rasa..suka..seronoknya tgok maha dpt experience masak2..

    BalasPadam
  12. first time Ika tengok Ikan ni. Kalausalmon suka makan raw.Yang ni sure sedap kalau raw kan?

    BalasPadam
  13. bab perbandingan.... kita dari kecik kenal talapia hitam dan merah je.. tp sedap talapia hitam (ikan nie je selalu pancing)

    BalasPadam
  14. Nampak seakan-akan sama. Cuma yang satu lagi tu, macam payah je nak menyebut nama dia

    BalasPadam
  15. oo macam ikan salmon. mungkin kaum kerabat salmon jugak kot?

    BalasPadam
  16. Ikan mahal.. xpernah makan. 😅😅

    BalasPadam