FAM Trip,
Pattani Daerah Indah Gabungan Tiga Budaya - Thailand FAM Trip Growth Triangle
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Pada yang selalu follow trip Maha semasa berjalan ker Selatan Thailand mesti ternanti-nanti post seterusnya ni. Sorry kesibukan dengan kerja dan juga aktiviti harian maka posting ni tertangguh beberapa bulan. Tapi Maha akan habiskan Thailand FAM Trip Growth Triangle ini sebelum masuk tahun baru.
Lokasi sebelum ini Maha ada ceritakan perjalanan ke Narathiwat sebuah daerah yang paling selatan Thailand dan bersempadan dengan Malaysia. Kali ini pula kita ke daerah ke tiga yang juga penuh dengan lokasi menarik dan juga budaya yang masih banyak kita tidak jelajahi lagi. Perjalanan darat daripada Narathiwat ke Pattani mengambil masa selama 2 jam.
Kerana hari masih siang lagi kami terus ke satu perkampungan yang ada banyak tinggalan sejarah di sana. Nama kampung ini ialah Kampung Bandar walaupun penat perjalanan jauh tapi seronok sampai sana sebab kami disambut mesra oleh orang kampung. Kami juga dihidangkan dengan pelbagai jenis makanan tradisional ada kuih-muih seperti Buah Gomok Abu, Tepung Bongkol, Ladhu dan Kerabu Sare.
Buah Gomok Abu dan Ladhu |
Tepung Bongkol |
Kerabu Sare |
Lepas kenyang makan petang tu kami percepatkan lagi aktiviti sebab tak nak sampai lewat malam kerana kami akan naik boat untuk melihat lokasi permakaman diraja tinggalan lama. Kampung ini baru memperkenalkan ekonomi pelancongan mereka melalui aktiviti merentasi Sungai Pattani. Perjalanan menaiki boat ambil masa selama lebih kurang 20 minit dan kami sampai ke makam diraja tersebut.
Makam raja ini diberi nama makam Raja Biru, Raja Hijau dan Raja Ungu iaitu 3 adik beradik diraja zaman kegemilangan raja Islam di Pattani dahulu kala. Kami kat sini kejap jer sebab hari dah malam dan lepas habis tu kami terus gerak ke hotel penginapan kami di Pattani.
Terima kasih kepada C.S. Pattani Hotel kerana menyediakan penginapan mewah kami kat sini best gila duduk hotel ni. Kalau sapa bercuti kat sini boleh bermalam kat hotel ni best memang selesa. Satu lagi yang menariknya hotel ni sebenarnya ia ada muzium rahsia yang hanya dibuka kepada tetamu khas sahaja.
Muzium yang menempatkan simpanan barangan ukiran kayu dan tembaga yang sangat unik serta kreatif. Kalau korang tengok sini semua dijaga rapi dan disimpan teratur untuk menjami keasliannya. Kami yang menjadi tetamu ini sahaja dibenarkan masuk ke muzium ini. Kalau korang nak masuk tengok hasil seni mereka ni boleh minta dengan pihak hotel.
Lepas tu kami menaiki Tram ini untuk berjalan-jalan sekitar Bandar Pattani. Tram yang disediakan ini memang disediakan untuk pelancong menjelajah dalam bandar. Kami terus pergi ker masjid terbesar yang ada di dalam daerah Pattani ini. Ini lah dia Masjek Jamek Pattani iaitu masjid yang menjadi kebanggan rakyat sini. Reka bentuk yang cantik dan unik menggkagumkan kami yang datang ke sini. Kami tak masuk masjid ini kerana nak cepat hanya bergambar di luar sahaja walaupun itu tetap ramai orang datang yer.
Lepas tu kami pergi lagi satu masjid yang masih kukuh dan utuh di bandar Pattani ini iaitu Masjid Krisik atau orang tempatan kenali sebagai Krue Se Mosque. Masjid ini adalah masjid yang menjadi lambang bertapa utuhnya agama Islam dipertahankan di tanah Pattani ini walaupun diserang berkali-kali. Kalau korang perasan pada dinding masjid ini masih boleh kelihatan kesan peluru serangan zaman dahulu kala untuk merobohkan masjid ini.
Tapi ia tetap kukuh berdiri dan terus digunakan untuk pelbagai aktiviti termasuk solat Jumaat di sini walaupun kita lihat daripada luar nampak lusuh. Rasa begitu kuat perjuangan mereka yang berada di negara bukan Islam ini kita sangat-sangat bertuah yer. Kami sempat menunaikan solat sunat kat dalam masjid ini.
Lepas puas bergambar dan dengar taklimat kat masjid kami bergerak pula untuk ke satu lagi kawasan industri yang boleh dibangunkan sebagai pelancongan menarik di Pattani. Kami melawat kilang ikan masin yang popular di sini iaitu di Kg Tangjung Pauh, Nongchik. Di sini kami diterangkan bagaimana ikan masin ini menjalani proses daripada ditangkap sehingga dikeringkan dan dijual.
Kalau korang tanya harga ikan masin ini boleh mencecah sehingga RM100 Malaysia untuk satu ekor yer. Ikan yang digunakan ini adalah Ikan Selangi namanya dan ia boleh goreng macam tu sahaja makan bersama dengan nasi putih perah limau dan potong cili padi sikit memang menyengat. Maha beli juga seekor bawa balik mereka akan bungkuskan kemas-kemas.
Dah puas seharian kami berada di daerah Pattani ini dan dah banyak tempat menarik serta makanan yang sedap-sedap kat sini yang kami telah cuba. Lepas tu kami gerak pula ke daerah yang ke empat dalam siri jelajah kami di Selatan Thailan iaitu Songkla. Nanti Maha cite untuk next post lak ok. Jadi apa lagi rancanglah cuti sekolah ni untuk ke negara jiran ni dekat jer tak jauh pun naik kereta boleh. Selamat bercuti semua.
Cantiknya Pattani!! Btw kerabu sare mengingatkan arwah moyang yang menjual kerabu sare. Kerabu sare ni rumpai laut kan?
BalasPadamsyoknyaa...tengok yang naik smppan tu aduh seriau..hehee..walaupun dh pakai life jacket
BalasPadamBestnya program macam ni. Mengenali sejarah tmpt orang.
BalasPadambesthya dapat rasa makanan tradisional dorang. maha ambik gambar pakai phone or camera? cantik😂🌿
BalasPadamBestnya Maha, jalan-jalan kat tempat orang banyak penglaman dan ilmu boleh dapat. tak sabar nak tunggu part yang seterusnya.
BalasPadamLama dah xpergi ke Thailand... rindu sangat masakan dorang... massage juga hahahah
BalasPadamBestnya!!! Tak sangka ada macam-macam. Dalam minda kita semua ingat yang selatan Thailand ni bergolak aje. Sekarang dah ok ya Maha?
BalasPadamMenarik!
BalasPadamHaritu tengok rancangan TV Thailand, katanya masjid Krue Se tu sebenarnya tak pernah siap. Sebab tu design dia unik macam tu. Hehe
Teringin nak pi
BalasPadamDari bukit kayu hitam berapa km ya perjalanan
BalasPadam