Food Review,

Stiq Rahsia Masakan Beef, Lamb Dan Chicken Istimewa Di Wangsa Maju

Jumaat, Januari 19, 2018 Mahamahu 8 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Kalau kat KL ni nak makan steak memang banyak tempat nak yang mahal yang murah dan juga yang tepi jalan. Tapi ada ker yang kualiti masakan seperti hotel 5 bintang tapi harga pada level street food.


Ada sebab Maha pernah makan dan pernah rasa teramata puas hati dan rasa nak datang setiap hari makan kat sini. Tempat yang Maha maksudkan tu ada di stiq area Seksyen 2 Wangsa Maju. Restoran ni koran tak akan nampak macam restoran mewah hanya dapur yang di bina di kaki lima sahaja tapi cukup lengkap dan paling berkuasa.


Apa yang menjadikan restoran stiq ini begitu istimewa adalah cara masakan steak mereka. Menurut kata chef di sini mereka menggunakan teknik sousvide sebagai teknik masakan yang istimewa.  SousVide adalah teknik masakan yang selalunya digunakan di restoran fine dine untuk mengawal keseragaman suhu dalam masakan.


Ini di mana setiap bahagian protein, ada suhunya tersendiri untuk memastikan daging tidak terlalu masak atau kurang masak. Dengan teknik masakan SousVide Chef boleh mengekalkan flavour & juiciness daging. Itu yang sempat Maha berborak dengan permilik restoran ini kenapa ia begitu istimewa lain daripada restoran steak yang lain.

Bone Ribs

Kat sini terbahagi kepada 3 jenis daging iaitu lamb, beef and chicken. Paling mendapat perhatian oran ramai adalah Bone Ribs. Maha mula-mula makan yang ini memang sangat lembut dagingnya dan hancur dalam mulut. Dengan sos yang special pulak tu membuatkan ia kombinasi yang terbaik.

Lamb Shank

Lamb Stiq

Kalau yang suka lamb tu boleh order special yang juga menjadi pilihan ramai pelanggan di sini iaitu Lamb Shank, Lamb Stiq dan Kambing Lambak. Korang boleh tengok sendiri semua daging kambing ini di penuhi dengan sos istimewa mereka. Setiap hidangan beef mahupun lamb dihidangan dengan berat dalam lingkungan 250-300gm jadi ia sangat sesuai untuk seorang makan.

Kambing Lambak

Pada yang suka daging ayam pula ada juga dimasak dengan cara yang sama korang kena order Chicken Blackpepper. Kalau korang perasan semua hidangan daging mahupun ayam mereka didatangkan dengan salah segar dan juga kentang US saiz lebih besar.

Chicken Blackpepper

Bagi pilihan daging pula Maha sarankan untuk order Beef Stiq. Nampak besar tapi daging tu sangat lembut dan mudah untuk dikunyah dan sangat sedap. Juga menarik untuk pilihan korang adalah Grass Ged Striploin daging dipotong panjang-panjang sangat mudah untuk makan cicah dengan sos yang disediakan lagi menawan.

Beef Stiq


Grass Ged Striploin

Kalau yang nak tukar selera makan burger kat sebelah restoran stiq ini ada kedai Burger Kaw Kaw. Boleh order yang ramai orang perkatakan iaitu Burger Permaisuri dan Burger Baconizer. Banyak lagi pilihan tapi ini yang ramai orang perkatakan menarik. So puas boleh makan daging pastu makan burger pulak memang kenyang satu malam tu.

Burger Permaisuri

Burger Baconizer

Walaupun kita datang hanya makan berbumbungkan pohon pokok dan ada juga lah yang ada khemah bersama dengan lampu neon ia tetap menarik minat ramai orang untuk datang makan kat sini. Maha nampak ramai yang datang pasangan makwe pakwe date kat sini sebab makanan sini masih nampak mewah tapi tetap mampu banyar sekali sekala nak belanja awek hehehehe.


Jadi Maha dah jumpa tempat makan steak terbaik kat KL ni iaitu stiq Wangsa Maju. Korang yang tak pernah datang kena datang cuba tak menyesal memang silap-silap nak datang lagi. Kedai ini buka setiap hari dari pukul 6.00petang hingga 1.00pagi. Restoran baru jer beroperasi pada 27 Oktober tahun lepas dan kita mereka mula stabil dan mengorak langkah menjadi peneraju masakan steak terbaik di KL.

Untuk makluman lanjut layari:
Facebook  : https://www.facebook.com/stiqofficial
Instagram  : https://www.instagram.com/stiqofficial
Alamat :
Stiq Wangsa Maju
Jln 4/27A Seksyen 2
Wangsa Maju
53300 Kuala Lumpur


Ranking Mahamahu :-
Kebersihan : 3.5/5
Kesedapan : 4/5
Harga : 4/5







8 ulasan:

  1. Maha x baik tau...malam2 tayang stiq kat akak..terus akak x dpt tido ni..terbayang je ha..acaner ni

    BalasPadam
  2. lamb shank antara hidangan yg win!!

    BalasPadam
  3. banyak pilihan menu yang disediakan. nampak menyelerakan. sekali sekali makan berbumbungkan langit apa salahnya, best juga kan hehe


    www.maisarahsidi.com

    BalasPadam
  4. unik dapur dia, kat kaki lima je ye..
    tak kisah kat mana-mana, janji kualiti dia sgt superb dan sedap kan..kalau dpt harga berbaloi tapi rasa 5star hotel, memang konpem repeat lagi la kan bro.

    BalasPadam
  5. Dekat je dengan rumah, insyaAllah boleh cuba nanti.

    BalasPadam
  6. Beef stiq tu boleh request tak medium rare ke medium ke...ke semua dia bantal buat well done

    BalasPadam