Armada Hotel Petaling Jaya,
Pengalaman Menginap Di Hotel Armada Petaling Jaya Lokasi Strategik Antara Selangor Dan KL
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Kepenatan dan juga kesibukan kerja hari-hari menjadikan kadang-kadang kita stress dan perlu kepada satu suasana yang exclusive dan privacy. Yer lah orang kata rumah adalah satu tempat paling best untuk rehat tapi kalau dapat duduk di hotel sekali sekala apa salahnya.
Hujung minggu yang lalu Maha telah mengambil kesempatan untuk berehat di sebuah hotel yang selalu Maha datang makan kat sini. Sebelum ni Maha selalu makan bufet yang disediakan di sini tapi tak berkesempatan untuk menginap kat hotel ni.
Hotel yang Maha maksudkan tu adalah Armada Petaling Jaya. Kenapa Maha pilih hotel ini kerana Maha tahu bilik mereka sangat bergaya dan harga pun mampu untuk bayar. Ala sekali sekala manjakan diri untuk bermalam satu malam di hotel apa salahnya.
Bilik hotel Delux ini bila Maha masuk hampir semua kemudahan ada seperti TV besar, bahan membuah teh dan kopi, seterika, kotak penyimpanan barang dan juga peti sejuk mini. Kebanyakan orang cari hotel mesti kena ada kemudahan wifi kat sini pun ada laju lagi.
Bilik air pun best luas kalau nak tido dalam tu pun boleh heheheh. Tak adalah bath tab ada shower dan juga semua keperluan toiletries kalau korang lupa nak bawa. Yang penting katil empuk dan lena kalau Maha tidur tak bangun rasa hehehe.
Keduduk Strategik Antara Selangor Dan KL
Sebenarnya lokasi hotel ni terletak betul-betul kat tepi Lebuh Raya Persekutuan diantara Selangor dan juga KL. Jadi kalau mereka yang menginap atas urusan kerja memang sangat sesuai mudah untuk akses kemana-mana sahaja lokasi. Paling senang naik pengankutan awan kerana hotel ni dekat dengan station LRT Asia Jaya. Maha hari tu datang bawa kenderaan sendiri dan sini parking sangat banyak sekitar hotel ada jadi tak risau nak park.
Maha rasa kalau datang bawa keluarga yang ramai pun sini selesa ada bilik yang besar seperti Family Deluxe. Ini kerana hotel ini sangat dekat dengan beberapa kawasan percutian yang menarik di sekitarnya seperti Sunway Lagoon yang mengambil masa hanya 20 minit jer, lepas tu shopping mall seperti Mid Valley Megamall, Amcorp Mall dan Jaya Shopping Mall hanya 10 minit jer.
Hari pertama Maha kat hotel tu memang habiskan masa dalam bilik nak rehat dan menikmati aircond yang sejuk serta pemandangan sekitar hotel setinggi 24 tingkat ini. Kalau korang nak buat aktiviti lain juga ada kat sini macam gymnasium pun ada.
Bilik Mesyuarat dan Ballroom Untuk Aktiviti Koporat
Maha terfikir kalau syarikat yang nak buat aktiviti koporat kat sini ada banyak kemudahan meeting room dan event. Dari sekecil bilik yang mampu memuatkan 20 orang hingga ke bilik 100 orang kalau nak buat conference, kursus atau mesyuarat.
Bagi mereka yang merancang mencari lokasi untuk menjalankan majlis perkahwinan sini pun tak silap ada Ballroom yang mampu memuatkan sehingga 350 - 500 orang tetamu dalam satu masa.
Tentang makanan jangan risau Maha jamin ia sedap kerana selalu Maha makan bufet kat sini dah tahu level kesedapan dan juga makanan yang disediakan memang akan memenuhi tekak kita orang Malaysia ni. Lepas ni Maha akan cerita pasal makanan kat hotel ni mesti korang nak tahu dan juga ada bilik karaoke exclusive. Nantikan next post dari Maha pasal pengalaman menginap kat Hotel Armada Petaling Jaya ni ok. Selamat berehat semua.
Maklumat lanjut dan tempahan boleh layari:-
Laman web : https://ireward.superghs.com/armada
Facebook : https://www.facebook.com/HotelArmadaPJ
Instagram : https://www.instagram.com/hotelarmadapj
Tak pernah lagi ke sini. Maklumlah jika di Semenanjung dulu rumah akak di Gombak saja. Kecuali sekarang kalau terdesak kenalah cari hotel. Rumah dulu dah disewa kan.
BalasPadamThey have renovate the room. Look more clean, spacious and luxury compare to the old room. I went there twice last year and a kind disappointed. Maybe next time try the new room.
BalasPadamuuu bilik dia nampak menarik. boleh usha ni. memang tengah cari mana2 hotel kat area kl utk weekend staycation before bulan ramadhan ni pun.
BalasPadamhuhuhuh hotel dia nampak macam old skool style heee, mesti rasa macam berpenghuni...harga mampu tu berapa satu malam ? kalau bawah rm100 satu malam mungkin i should check out ! :)
BalasPadamBestnya dapat merehatkan diri di hotel. Bilik pon nampak besar dan selesa. Sekali sekala tidur hotel pon best jugak kan
BalasPadamsangat stretegik bro sbb dia in the middle of the town , i've been there few year back with my family sebelum menetap KL
BalasPadamRumah MIL kat PJ so mmg x mungkin akan check in kat sini melainkan dia ada bath tab..haha..anak akak suka hotel ada bath tab..mak tak mampu nak layan..
BalasPadamPernah stay kat sini dulu tapi sekali tu je la..lepas tu x pernah lagi..rasa nak pergi lagi la nak explore buffet dia..
BalasPadamThe hotel is quite old but looks comfortable and nice inside. I want to try to stay there too and experience it myself.
BalasPadamBestnya hotel dia nampak selesa.banyak facilities juga. Boleh la cuba nanti
BalasPadamNampak mewah ye hotel armada nie. Sesekali nak manjakan diri apa salahnya kan Maha. Baguslah, lokasi pon strategik. Tak jauh dari pelbagai tempat menarik.
BalasPadamRumah sis betul-betul dekat dengan hotel ni..sekangkang kera je, dr atas hotel boleh nampak rumah sis..hehehe. Sis langsung tak pernah duduk pun kat hotel ni. Kalau ada org bg duduk free ok lah kot..hehehe
BalasPadamBestnya dapat menginap di Armada Hotel. Biliknya nampak bersih dan selesa. Lokasi pun baik untuk pelawat-pelawat.
BalasPadamBuffet Ramadan hotel Armada best kan Madi. Ni dapat menginap dekat bilik lagi la syok. Dulu lalu kat Federal highway nampak la hotel ni tesergam Indah. Hehe
BalasPadamSetuju. Sesekali dpt duduk hotel memang layan. Selalu je nampak hotel ni setiap kali ke shah alam masa belajar dulu. Nampak mewah dan eksklusif. Nak try lah stay atau dine in dkt sini.
BalasPadamInterior bilik ni nampak classy la. Seronok Gak kalau sekali sekala tukar environment. Location hotel ni pun best. Convenient!
BalasPadamI have always passed by Armada Hotel but haven't stayed a night in yet. You know, all your pics makes the place look really cosy and almost hipster-ish...me like!
BalasPadamTeringin nak menginap dekat sini, tapi dekat sekeliling dia sekarang tengah banyak hotel-hotel lain naik... pernah sampai ke sini, sebab tersilap masuk jalan hahahah
BalasPadamHotel ni dekat dengan LRT, senang utk ambil LRT dan pergi ke mana-mana saja.
BalasPadamcun juga hotelnya, walaupun dah lama
BalasPadam