First World Genting Highland,

Sambungan Misi Mencari Makan Di SkyAvenue Mall Genting Highland - Food Trail Sesi 2

Rabu, April 18, 2018 Mahamahu 22 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Sambung lagi Food Trail di SkyAvenue Mall Genting Highland dan kali ini Maha senaraikan makanan kategori dessert atau pencuci mulut atau makanan ringan.


Walaupun berada kat atas suasa yang sejuk tetap ada makanan dan minuman sejuk dijual kat sana ok. Ada 10 lagi restoran dan kedai yang boleh cuba dan pastinya sedap memikat selera. Maha paling suka makan aiskrim dan juga waffer kat sana. Jom kita tengok senarai kedaia pilihan Maha di sini ok.

1) I Love Yoo!

 



Ini adalah restoran yang menjual Charkoi goreng yang cukup popular dikalangan orang Malaysia. Restoran ini juga ada beberapa lagi menu lain yang menarik seperti Bubur Nasi, Herbal Chicken Mee, serta kuih muih seperti Karipap, Kuih Bom dan banyak lagi. Sesuai untuk makan sarapan pagi atau juga buat minum petang kat puncak tinggi ini.






Terletak di level 4 SkyAvenue Mall mempunyai ruang yang selesa walaupun ada satu masa tu ramai orang penuh nak duduk. Tapi korang kena datang awal nak makan sini dibuka setiap hari seawal 8.00 pagi hingga 10.00 malam. 

2) Nene Chicken 

 



Walaupun ada kat Malaysia tapi tetap orang cari makanan popular dari negara Korea seperti Nene Chicken ini. Konsep fastfood sediakan hidangan utama iaitu ayam goreng rangup dan pedas. Seperti yang kami makan hari tu iaitu Spicy Fried Chicken, Bulgogi Fried Chicken dan juga Freaking Hot Fried Chicken.




Paling pedas adalah yang freaking hot tu kalau tak tahan jangan makan ok boleh keluar peluh jantan korang. Tapi ada aiskrim yang dapat menyejukan dan menyegarkan selepas kepedasan kena cuba Black Seed Ice Cream. Kedai ni pun terletak di level 4 mall tersebut tapi ia di kawasan luar yang terbuka.

3) Dal.Komm Coffee

 



Kat Malaysia ni cukup popular dengan konsep kafe yang ada sediakan minuman kopi dan juga makanan manis-manis seperti Dal.Komm Coffee ini. Restoran ini terletak juga di level 4 sebelah dengan Nene Chicken tadi. Menyediakan minuman kopi berkualiti tinggi, makanan ringan yang lazat dan pencuci mulut terbaik. 







Hari tu kami makan banyak sebab semua suka makanan roti seperti Caramel Honey Shibuya Toast, Hanjuku Lava Cheese Cruffin serta Strawberrylicious Cruffin. Roti sangat lembut dan memang sedap. Lepas tu pekena pula minuman paling popular kat sini iaitu Premium Chocola'de Shake serta Hot Honey Grapfruit.

4) Gindaco 


Gindaco adalah jenama No 1 Takoyaki di Jepun, yang menyajikan bola takoyaki premium yang dipenuhi dengan sotong gurita yang berkualiti tinggi dan yang diimport. Kedai ni sambil lalu boleh take away dan makan sebab terletak di level 1 mall ini. Banyak tau satu bekas tu ada lapan biji makan memang puas sangat bersaiz agak besar.






5) Madame Waffle 

 


Madame Waffle menyajikan wafel buatan tangan artisanal Belgium yang menggunakan hanya bahan-bahan terbaik dari Jepun dan kopi campuran khusus. Satu lagi makanan Jepun yang orang suka cari kat sini di level 1 juga. 




Kali ni kami sempat cuba menu baru yang baru sahaja diperkenalkan iaitu Musang Durian Créam Brulée Crepe. Disediakan dalam bentuk kon dengan aiskrim vanila dalamnya dan atas tu adalah isi durian kemudian dibakar gula untuk memberikan rasa kehangatan dalam dessert ini. Sangat sesuai untuk pecinta raja buah ini dan boleh nikmati sambil jalan-jalan dalam mall.

6) Tokyo Secret





Tokyo Secret  terkenal dengan Hanjuku Cheese Tarts juga daripada negara matahari terbit ini. Tengok pada cheese tart mereka memang menyelerakan. Cuma kali ini kami datang untuk mencuba satu lagi dessert baru mereka iaitu Syukurimu



Bentuk jejari panjang disaluti kekacang dan dalamnya ada aiskrim vanilla memang rangup dan lambut. Makan pula bersama kopi panas special mereka terbaik. Kedai ni letak berdepan jer dengan Madame Waffle tadi di level 1 jadi kat situ memang terkumpul semua pencuci mulut terbaik di SkyAvenue Mall.

7) Dream Color

 




Kedai minuman terbaik yang boleh dimakan Dream Color tak silap Maha popular dari negara Hong Kong. Diilhamkan oleh lampu Aurora Utara, menghidangkan lampu Aurora dalam botol menggunakan bunga 100% Butterfly Pea yang digabungkan dengan teh dan jus. 




Uniknya minuman ni masa order kita nampak setiap komponen dalam minuman itu berasingan tetapi setelah diterbalikkan botol tu segalanya bercampur dan dapat satu rasa yang menarik. Ada bebera variasi menarik minuman ini iaitu Butterfly Series, Cloud Series, Fruit Series dan Tea Series. Sedap diminum waktu sejuk baru terasa segarnya.

8) Llaollao




Yang ini paling maha tunggu-tunggu sekali iaitu yougurt bukan aiskrim. Ia adalah minuman Yougurt No 1 di negara Sepanyol dan Eropah. Yogurt semulajadi dengan pilihan topping seperti buah-buahan bermusim segar, bijirin, kekacang dan sos yang lazat.



Hari tu Maha pilih untuk letak topping buah-buahan segar seperti buah Nangka, Mangga dan juga sos Chocolate yang mengeras bila terkena yougurt tersebut. Bestnya walaupun berada kat tempat sejuk tapi tetap puas menikmati yougurt ini. Ia juga terletak satu tempat dengan Tokyo Secret dan Madame Waffle tadi.

9) Tian Ma Bird Nest

 



Ini adalah makanan pertama kali Maha cuba selalu tengok orang jual jer dengan harga mahal tapi kali ini dapat cuba makanan Sarang Burung Walit. Ramai orang tahu ia popular dikalangan orang China tapi kita orang Malaysia semua boleh rasa. Rupanya rasa seperti makan agar-agar yang lembut dan sedap jer.



Hari tu kami dihidangkan dengan dua menu istimewa mereka iaitu Bird Nest Porridge dan juga Bird Nest Coconut Drink. Sedap sangat walaupun pertama kali makan tak terasa kenyang. Menurut kepercayaan orang China ia mampu menyembuhkan sakit dalaman seperti paru-paru, batuk, asma, cepat penat dan banyak lagi. Ia terletak di level 4 mall ini.

10) Eggette Lab

 



Bagi kedai yang kesepuluh ini kami gerak jauh sikit iaitu ke arah Genting First World Plaza depan dengan Snow World di level 2. Eggette Lab ini sediakan dessert yang seperti waffle tapi ia berbentuk bulat-bulat. Rangup diluar dan dalam penuh dengan rasa yang berbeza mengikut apa kita nak.


Hari tu kami cuba Tricolor iaitu gabungan 3 rasa Chocolate, Charcoal dan Original. Manakala ada yang sedap juga iaitu Chicken Floss dan Golden Custard. Makanan ini juga popular di Hong Kong kena makan panas-panas baru dapat rasa garing diluar.


Ok itu tadi 10 kedai dan restoran makanan ringan atau pencuci mulut yang cukup popular dan ramai orang cari di SkyAvenue Mall Genting Highland. Kalau korang datang berjalan-jalan atau menginap kat sini tak perlu risau dah nak cari tempat makan memang banyak. Lepas ni ada lagi satu post special untuk penginapan Maha di First World Hotel pulak kalau nak tahu kena tunggu. Selamat menjamu selera semua.


 



22 ulasan:

  1. nampak sedap2 semua tu tapi rega mesti boleh tahan kan sbb kat Genting..hehe

    BalasPadam
  2. adoyai terliurnya tgk cakoi ngn bubur nasi tu.. sedap tuhh

    BalasPadam
  3. Cn't imagine how you finish all the food in the Food Trail. So big the portion and all the food look so tempting. I definitely will surrender. All of this food is my favourite especial dal.komm and Tokyo Secret.

    BalasPadam
  4. Terliur jap tengok semua makanan. Banyaknya restoran yang menghidangkan makanan yang sedap2 kat SkyAvenue ni. Terima kasih atas info yang diberi. :)

    BalasPadam
  5. Banyaknya makanan yang sedap-sedap ni. Saya pilih bubur nasi dan cakoi. Feveret tu. Kalau bubur nasi tu ada yang kata makanan orang sakit tapi tak kisah la kan. Janji sedap. Kalau jalan jalan Sky Avenue Mall Genting Highland tu banyak la pilihan makanan kalau perut lapar.

    BalasPadam
  6. Alaaaaa...maha ni saje je..akak tak kira..Maha bawak akak naik Skyavenue..belanja akak jugak...hahahah...giler ar..kalau akak maunya bloated perut asyik makan je kan...banyak betul pilihan kan..dan ada sesetengah tu yang tak halal kan...Ilao Ilao ice cream tu memang menggoda kalbu

    BalasPadam
  7. omgggg nampak sedap sangat! benci la uols! btw uols makan semua ni ke. hebat! mohon belanja

    BalasPadam
  8. Adududuhhh..... Menyesal singgah, dah laaa tengah lapar ni. Banyak pilihan dah pass ni bila naik Genting. Semua menyelerakan!

    BalasPadam
  9. Ah, stress! Kenapalah baru baca...
    Banyak yang best rupanya kat Genting. Tak explore pun.. Thanks for sharing, lepas ni boleh la cari makanan kat atas tu...

    BalasPadam
  10. First time dengr nene chicken. Mck menarik dan sedap jer. Pegi blog maha dr kenyang trs lapar balik hehehe

    BalasPadam
  11. Banyak nye kedai yang ana tak pernah dengar. Paling tertarik dengan Dal.Komm Coffee. Nampak menarik giler presentation food dia.

    BalasPadam
  12. Alamak, dah terliur tengok gambar makanan kat sini... Terbatal puasa..kesian kat saya.hehehe. Bila ke GH, bolehlah jadikan panduan entry ini utk cari tempat makan².

    BalasPadam
  13. ya Allah.. laggiii.. gigil je rasa tengok gamabr-gamabr maha ni.. adoi.. tapi TB tertarik hat satu ni.. Musang Durian Créam Brulée Crepe tuuuu.. huhu.. camne rasa dia? sedap tak?? mengidam plak dah TB tengok a.. adoi

    BalasPadam
  14. heyyy.. awat lawa sangat gambar Maha ni?? rasa nak jilat screen terus.. hahaha... Dalam banyak-banyak yang Maha share ni, kite dah cuba Gindaco dengan Llaollao. dua2 memang terbaekkk rasa dia

    BalasPadam
  15. Rasa macam nak repeat lagi makan dekat sini... Tapi, kena berhari2 dok sana la.. nie berat badan dah naik nie, tak tahu bila nak turun dah nie

    BalasPadam
  16. Wah dessert semua menyelerakan dan menggugat iman ni. Dah la kita ni peminat dessert. Tapi tak boleh nak makan semua satu hari. Madame Waffle tu menariklah sebab durian my favorite.

    BalasPadam
  17. Teringinnya nene chicken tu! Banyaknyaa restaurant dan cafe yang I tak pernah masuk lagi eeei geram tengok makanan dia

    BalasPadam
  18. Dijamin deh Abby pasti bakal gagal diet melihat semua foto foto makanan di blognya. Cara pengambilan gambarnya juga bagus. Ajarin dong

    BalasPadam
  19. adoi.. lapar tahap gaban dah... tomorrow im going there again.. nak beli air dream color tu lah... tak tahan nie!!!

    BalasPadam
  20. Nampak best je korang pi makan2 ye. Semua nampak sedap la kalau dah namanya makanan tu.

    BalasPadam
  21. Amboi amboi banyaknya makanan sedap kat sini. Tergugat jiwa raga aih.. teringin nak rasa semua

    BalasPadam