Buffet Ramadhan,
Harga :
RM88.00 nett untuk dewasa (tempahan sebelum 30 April)
RM98.00 nett tempahan hari biasa
RM49.00 nett untuk kanak-kanak dan warga emas
Rencah Nusantara Bufet Berbuka Puasa Sempena Ramadan Di The Everly Hotel Putrajaya
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Kali ini Maha nak bawa kepada korang satu lagi tempat untuk berbuka puasa yang tidak pernah mengecewakan setiap tahun. Mana lagi kalau bukan The Everly Hotel Putrajaya dengan tema tahun ini adalah Rencah Nusantara - 4 Chef, 4 Rencah, Pelbagai Rasa.
Kenapa 4 chef dan 4 rencah apa yang Maha faham mereka memperkenalkan 4 orang chef dengan keistimewaan masakan tersendiri dari empat pelusuk tanah air. 4 chef tersebut adalah seperti Chef Ismail yang asal dari pantai timur semenanjung yang membawa masakan istimewa seperti Ikan Patin Masak Tempoyak dan Perut Masak Asam.
Manakala Chef Mario yang berasal dari utara tanah air yang memperkenalkan masakan istimewa mereka seperti Mee Kuah Daging. Seorang lagi Chef Syukri yang berasal dari selatan tanah air membawakan keistimewaan masakan seperti Asam Pedas Tetel Tulang Rawan dan Chef dari barat semenanjung iaitu Chef Jamal pula membawa menu minum petang yang popular seperti Apam Balik Crispy.
Itu baru menu yang istimewa tapi masih ada juga beberapa buah gerai, dimana terdapat chef akan masak secara live disitu. Gerai ini dibina dalam hotel itu yang akan membuatkan korang lebih rambang mata nak cuba semua. Seperti ada gerai Mee Goreng Mamak dan Kueh Teow Goreng, gerai Kambing Panggang, gerai Roti Canai, gerai Kebab, gerai Sup Gear Box, gerai buah-buahan dan gerai paling menarik adalah Sayur Campur Panas.
Dalam banyak-banyak semua menu ni yang paling Maha suka adalah Sup Gear Box dan juga Mee Sup mereka memang terbaik. Kuah yang terasa rempahnya bersama daging lembut serta pelbagai bahan boleh ditambah sebanyak mana ikut suka kita nak terlalu pedas atau pun kurang pedas.
Buffet buka puasa kali ini harga jauh lebih berbaloi dimana sekiranya anda buat tempahan sebelum 30 April 2018 ini harganya hanya RM88.00 nett. Manakala kalau tempahan selepas tarikh tu harga akan jadi RM98.00 nett. Bestnya pula kalau korang tempah untuk satu pejabat atau makan berkumpulan setiap 10 tempahan orang akan dapat 1 tambahan tiket percuma.
Bagi keluarga yang datang dengan kanak-kanak diantara umur 6 hingga 12 tahun serta warga emas yang berumur 60 tahun ke atas akan dapat diskaun 50% daripada harga asal. Jadi untung sangat kat situ memang jimat dengan pilihan makanan yang banyak bagi Maha ini sangat berbaloi. Bufet Ramadhan kat sini juga dijamin 100% Halal daripada JAKIM.
Bulan Ramadhan ini juga The Everly Putrajaya menawarkan pakej penginapan 1 malam dengan harga hanya serendah RM369.00 nett termasuk sekali dengan sahur dan buffet buka puasa bagi 2 orang. Wow sangat best untung mereka yang datang atas urusan kerja boleh menginap sini dan dapat tidur selesa serta dapat makan sedap-sedap lagi.
Nanti Maha akan ceritakan pengalaman Maha berbuka puasa di sini buat anda yang tidak pernah cuba dan rasa nak datang. Ini cuma pengenalan sahaja tau ada lagi yang banyak dan menarik sepanjang bulan Ramadhan nanti. Selamat menjamu selera dan selamat menyambut bulan puasa semua.
Harga :
RM88.00 nett untuk dewasa (tempahan sebelum 30 April)
RM98.00 nett tempahan hari biasa
RM49.00 nett untuk kanak-kanak dan warga emas
Tempahan dan pertanyaan hubungi :-
Tel : 011-6318 6029
03-8892 2929
Facebook : https://www.facebook.com/TheEverlyPutrajaya
Instagram : https://www.instagram.com/theeverly_putrajaya
Menariknya hidangan. Harga buffet pun harga standart je. Sedapnya kupang tu!
BalasPadamKambing golek pun ada. Berpinar pinar Mata tengok lauk pauk sedap camni. Teringin nak Rasa sup gear box. Sedap ke? Terus kelaparan ni.🤣
BalasPadammeriah nya makanan...banyak pilihan..kalau ikut hati nak je tempat semua buffet kat KL ni..hahaha...tp kena beringat..makan kena ikut kemampuan bukan ikut hati kan..menarik buffet kat sini
BalasPadamAlamak mata nampak petai tu petaiiiiii....Nampak sedap2 la masakan kat Everly ni. Banyak sangat pilihan. Seleksi sambal pun banyak. Makanan laut pun menjadi pilihan saya kalau datang berbuka kat sini. Putrajaya tak la jauh dari rumah.
BalasPadamPerghh terliur betul tengok segala lauk pauk dan kuih muih yang ada terhidang tu, macam-macam pilihan betul untuk kita pilih kan! Rambang mata lah nampaknya Ramadhan nanti, semuanya nampak sedap2 belaka hehe!
BalasPadamA good place to have buffet during puasa. We could enjoy more Malays food which looks delicious and the price here looks affordable.
BalasPadamWarna warni makanan tu Maha. Kueytiaw tu peberet tu. Gulai tempoyak pun sedap aishhh semua sedap la. Huhu rambang mata oiii
BalasPadamwahhh
BalasPadamnampak menarik
Masak secara live tu best. dapat panas-panas lepas tu makan. nikmat oiii...gearbox dia mak aihh, rasa nak ambik je hirup..hehehhee..Tak sabar nak bulan puasa. Sekali sekala makan buffet macam ni, best..takyah masak..hehhee
BalasPadamIshhh meriah sungguh dengan makanan yang ada. Paling terliur tengok masakan lemak tuh. Kuah nampak pekat tau. Tapi bufet ramadhannya berbeza daripada tempat lain ya sebab mengetengahkan 4 orang chef dengan 4 menu berbeza
BalasPadamYa Allah !!! Nampak sedap betul menu2 yang dihidangkan. Siap ada patin masak tempoyak pulak tu. Adeiiii. Nie yg buat diri ini berbuka di the everly putrajaya nie.
BalasPadamMee goreng mamak tu mesti sedapkan. Dahla feveret kita hahahha. Tapi seriousla lauk pauk yg ditawarkan dekat sini semua nampk sedappp
BalasPadamSuch mouthwatering dishes, especially the sup gearbox macam best jer, plus for hotel buffet the price is so affordable will recommend this to my friends.
BalasPadamReading this at the wrong timing.... Superb hungry now... Lolz
BalasPadamThis place really server so much varieties and the price is good one... Can recommend this to my Muslim friends
Wahhh masak lemak tu memang mengundang betul lah, makanan lain pun nampak wowww sangat. Dah terasa rasa bahang Ramadan dah ni bila tengok promo promo buffet Ramadan ni
BalasPadamIkan patin masak tempoyak tu memang favorite lah. Menu yang lain pun nampak menyelerakan. Dah tak sabar nak masuk Ramadan ni. Dah banyak menu buffet ramadan yang best2 ni.
BalasPadamEverly hotel sebelah Alamanda je kan. Boleh la plan berbuka disini. Sebab Kadang restoran dalam Alamanda tu penuh. So beli bufet Ramadan ni dan tempah meja siap2. Makanan semua enak. Fuhhh tak sabar menyambut bulan Ramadan
BalasPadamSebelum masuk blog Mahamahu mesti kena makan dulu, kalau tak memang meleleh air liur tgok skrin. nanti nak pi sinilah. dekat dah tu ngan Alamanda, jalan shopping dulu kill time pastu makan sini.
BalasPadambuffet ramadhan harga bawah seratus di tahun 2018 ni sebenarnya masih dikira reasonable tau. sbb perasan sejak last year harga buffet ramadhan mostly makin mahal
BalasPadamOh the mussels caught my attention. HAHAH there are just so many to choose from. The price is standard so yea, why not 😍
BalasPadam