First World Genting Highland,

Tempat Makanan Pilihan Menarik Di SkyAvenue Mall Genting Highland - Food Trail Sesi 1

Rabu, April 04, 2018 Mahamahu 23 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Kalau bercuti atau berjalan-jalan di puncak Genting Highland selain daripada hiburan kita nak juga cari tempat makan yang sedap-sedap bukan. Ok kali ni Maha nak bawa kepada korang 20 tempat makan yang pasti lazat dan boleh jadi pilihan bila berada di puncak sana terutama di SkyAvenue Mall.


Bagi sesi pertama ini Maha senaraikan kedai makan yang menyediakan hidangan sesuai untuk makan tengah hari atau makan malam. Nanti sesi yang kedua lak Maha akan senaraikan lagi tempat makan yang menyediakan pencuci mulut atau manisan yang sesuai walaupun berada di tempat sejuk.

1) Boat Noodle 

Sapa tak kenal dengan restoran Boat Noodle ini memang menjadi pilihan rakyat Malaysia bagi menikmati hidangan masakan Thai yang asli walaupun pekerjanya banyak warga asing. Menu restoran yang berada di sini sama sama jer dengan menu-menu yang ada dicawangan lain.





Restoran ini terletak di tingkat paling atas iaitu level 4 mall ini. Hari tu masa kami datang makan kami pilih menu yang simple dan mengenyangkan untuk makan tengah hari seperti Flame Grilled Ayam, 4 Mangkuk Mee serta sebagai pencuci mulut kami ambil Hot Steam Sangkaya





Kalau kat sini cukup terkenal dengan konsep makan dalam mangkuk yang kecil dan ramai yang datang berebut untuk menjadi pelanggan paling banyak menghabiskan makanan dalam mangkuk mereka. Minuman ada pelbagai juga ikut korang nak pilih, yang Maha suka adalah Chan Yen atau Thai Ice Tea

2) Texas Chicken

Bagi yang nak makan dengan konsep fast food pilihan Texas Chicken ini adalah yang menarik juga sesuai untuk seisi keluarga dan juga kanak-kanak. Senang je kat sini boleh order ikut set yang mereka telah sediakan. Hari tu sebab dah banyak makan Kami hanya order Spicy Chicken kemudian ada French Fries dan juga dessert iaitu Shortcake with ice cream. 




Kalau kanak-kanak paling senang order fries ni dan ice cream jer mereka dah suka. Restoran ini pun berada di level 4 tapi kedalam sikit kena masuk kawasan yang ada gajah jaga kat pintu masuknya. Bagi yang nak cepat ini pilihan terbaik makan order dan siap semua cepat kalau tak ramai orang lah.

3) Only Mee

Nama pun dah Only Mee kalau datang sini kena order makanan berasaskan mee lah baru sesuaikan. Restoran ini juga berada di level 4 SkyAvenue Mall  dan ia dibuka 24 jam jadi kalau korang menginap di hotel genting masih boleh datang makan kat sini bila-bila masa.




Bagi Maha menariknya kat sini adalah cara kita nak pilih menu tak perlu nak tengok buku menu tapi ada satu ruang di pintu masuk restoran ini yang menyediakan gambar menu dan juga batang seperti batang aiskrim yang ada tulis menu. Kita hanya perlu ambil jer batang tu dan bawa ke kaunter dan buat pembayaran.

4) JR Curry House

Restoran ala-ala macam kedai mamak ini berada sebelah jer dengan restoran Only Mee tadi sebab mereka satu pengurusan yang sama. Restoran ini kalau dah sebut kari house memang makan nasi lah jawabnya. Konsep nasi campur dengan pelbagai lauk pauk yang boleh kita pilih sendiri.





Kami hari tu sebab tak makan nasi jadi ambil memang over banyak termasuk ambil sekali udang galah. Jangan sangkat kat kawasan tinggi macam mall besar ini tak tak udang galah ok memang makan sini akan buat kita rambang mata. Tapi ambil dengan berkhemah agar tak over dan berjimat cermat tak membazir.

5) BMS Organics 

Sekiranya anda seorang yang vegetarian yang hanya makan sayur dan buah-buahan restoran BMS Organics ini adalah tempatnya. Restoran ini terletak di level 2 mall ini dan ada bahagian menjual barang-barang makan yang sihat-sihat berlaka. Memang makana kat sini 100% menggunakan bahan sayuran serta sihat.





Menu yang kami order pun hari tu semua dari sayur walaupun burger dimana patty ditengah burger tu dibuat daripada buah Nangka ok. Nampak macam daging tapi tidak semua sayuran. Kemudian korang boleh order Nasi Lemak yang menggunakan beras perang dan juga Kari Laksa yang menggunakan soya bukan santan sebagai kuahnya.

6) Sushi Zanmai

Restoran Jepun pun ada kat sini korang boleh masuk makan kat Sushi Zanmai yang terletak di level 4 mall ini. Restoran ini kalau time dinner memang ramai orang penuh berbaris dan tidak cukup kerusi meja kena tunggu. 








Macam biasalah kat sini korang boleh makan masakan Jepun seperti lebih 100 jenis Sushi, Ebi Tempura, Sashimi, Nabemono dan macam-macam lagi. Restoran ini selesa dan masih mengekalkan suasana restoran di negara Jepun termasuk chef mereka.

7)  Babajia

Restoran ini berada di level 1 mall ini dan ia menyediakan masakan Baba Nyonya yang asli. Kalau korang masuk restoran ni konsep hiasan dalam seperti restoran baba nyonya dengan meja kerudi termasuk juga pinggan mangkuk yang diguna pakai masih ada hiasan lama. Memang menarik dan menawan nak makan kat sini.






Hari tu tak cuba banyak menu sebab perut dan kenyang jadi kami order yang best iaitu Satay Ayam, Nasi Goreng Nyonya, Char Kueh Teow dan ada beberapa tak ingat nama lak korang cuba lah nanti. Restoran ini kat sini buka 24 jam jadi kalau menginap kat hotel genting ni boleh makan bila-bila masa jer.

8) Richdad

Ini adalah restoran yang berada bersebelahan dengan Babajia dan mereka juga dalam pengurusan yang sama sebab dapur pun sama. Restoran ini lebih kepada hidanga masakan barat yang menyediakan hidangan segar dan panas. 





9) DC Super Heroes Cafe

Ini adalah satu restoran kalau kanak-kanak atau orang muda lalu kat tepi mesti akan tertarik dan nak masuk kalau tak makan pun akan tergoda dengan koleksi super hero DC yang ada dalam restoran ini. Restoran konsep super hero ini terletak di level 3 mall ini. Bila masuk memang banyak koleksi patung-patung besar mahupun kecil comel-comel ada tersusun menarik kat sini. 









Kerana teruja sangat masuk cafe konsep super hero macam ni jadi hari tu order banyak sikit. Ada menu Superman Punch Burger, Crusader Cheese Squeeze, Hawkman Pasta Plan dan Pizza. Kemudian minuman pun menarik kat sini macam yang best sejuk korang boleh order Smallville Prophecy iaitu Penut Butter Ice Blander, manakala yang panas Crunch Time Cappu iaitu minuman cappuccino.

10) DOME Cafe

Restoran ini sangat popular kat sekitar KL pun ada banyak dan kalau yang rindu makanan ini kat kawasan tinggi boleh datang sini. Restoran DOME ini terletak di level 3 mall ini. Menu yang ada tak perlu nak cerita semua memang ramai orang suka tambah-tambah minum kopi.





Tapi hari tu kami makan yang berat-berat juga seperti Salmon Steak, Grilled Beef Steak, Chicken Pastrami and Pineapple, Spicy Olio Pasta dan special promosi masa kami datang ada Asam Pedas. Sebab tak pernah makan asam pedas kat cafe jadi kami order memang boleh tahan rasa asam dan pedas yang cukup dengan ikan yang lembut dalamnya.




Nak bagi tahu tau yang semua restoran ini bukan Maha makan seorang tapi dengan kawan-kawan blogger lain. Semua 10 restoran ini tak habis dalam masa satu hari kami ambil masa 2 hari untuk pilih mengikut kesesuaian waktu. Tapi nanti ada lagi untuk Food Trail kedua 10 restoran akan senarai ok. Selamat mencuba semua.


*Maaf tak sempat nak letak nama makanan dan harga korang kena datang sendiri makan sini harga berpatutan.






23 ulasan:

  1. Gambar maha tak pernah tak buat mommy terliur. Rasa nak g genting sekarang juga! Haha .. eh lari topik, nak belajar ambil gambar makanan cecantik boleh?

    BalasPadam
  2. If dulu pegi gwnting mmg agak ssh nak cari mknan yg sedap sbb very limited..skrg haa nak ape semua ade..sgt variety x mcm dulu..bagus la genting sekarng..InsyaAllah bln mei ni nak ke sana..yahoooo

    BalasPadam
  3. Foyoo tempat makan delat situ semuanya yang glmaour-glamour. Tapi sedap lah kan. Dc super heroes tu mcm best jer.menarik pulak tengok.

    BalasPadam
  4. Ya allah....memang mengancam kalbu dan menduga betul entry Maha kali ni..akak pergi last 2 week memang tempat makan semua penuh...oooo maha la ni kan..bawak satu kampung terjah GH...kesian akak ngan anak dara..kena la kami pi makan kat GPO

    BalasPadam
  5. So many drooling food to eat.. looks so yummy... can eat until very very full.. with this amount of foodie..

    BalasPadam
  6. wahh..banyak pilihan tempat makan kat sini rupanya..lama dah tak pergi genting.

    BalasPadam
  7. Banyak betul pilihan kat skyavenue Mall ni...sedap pula tu. Presentation siap ada superman lagi. Nasib anak bujang kecik lagi. Lepas ni dah besar sure nak.

    BalasPadam
  8. Lamanya tak pergi Genting. Memmang best pergi SkyAvenue Mall. Lagi best kalau ada banyak duit lah kalau nak pi sana. Seronoknya makan di 10 buah restoren. Memang kenyang tak sudah lah ye. Dalam list tu, cuma pernah pergi 2 je. Yang lain tak pernah. Wahh, ada Food Trail kedua pula ya. Ok kita tunggu next entri.

    BalasPadam
  9. Food hunter wajib terjah semua makanan kat atas ni . Kalau tempat ni dekat dgn CCL memang tiap2 minggu akan terjah . Terliur tengok ..food presentation tue menarik

    BalasPadam
  10. banyak pilihan makanan kat atas tu. food hunter atau blogger kaki makan mesti puas hati

    BalasPadam
  11. Adui terliur nya tengok maha! Lama dah xmkn kt dome..nnt boleh la pi makan kt dome

    BalasPadam
  12. Dah banyak pilihan makanan di genting ni ye. Sedap-sedap semuanya tu. Rasa nak naik genting pulak nak try semua makanan kat situ hihi

    BalasPadam
  13. Bagus dah genting sebab ada banyak pilihan makanan. Kalau dulu kan limited sangat, bagus usaha ni.

    BalasPadam
  14. Sis day one dpt 5 tempat je sb blom dapat rentak..hehehe.
    Tapi mmg best dpt merasa makanan yg sedap2 kat tmpat yg blom pernah masuk.

    BalasPadam
  15. Wow, I don't think I can eat that much but Sky Avenue now have a lot places to eat. My favourite place is the food court. Variety of choices.

    BalasPadam
  16. Lama dah tak oergi GH. Lepas ni boleh plan pergi GH dan cuba semua makanan yangbada. Hari oertama makan lain harinkedua menu lain plak...tengok semua menu nih meleleh air liur

    BalasPadam
  17. So much food to eat so my much weight to handle... Lolz. This place is really a cool place where I can eat play and sleep....

    BalasPadam
  18. seronoknya macam2 ada. memang puas hati sebab banyak pilihan yang dapat memikat selera seisi keluarga

    BalasPadam
  19. I would so love to try out Only Mee and Super heroes cafe...simply because Only Mee has a unique way of ordering the food and super heroes cafe, obviously because there will be endless picture taking moments in there..hahahha

    BalasPadam
  20. Salam Maha, Ya Allah banyak gila pilihan makanan di Sky Avenue tu haaaa... Honestly onie kalau naik genting mesti kalau boleh nak cuba semua. Lelagi Lobster tu haaa...Allahu... Maha, sorry again, lambat balas kunjungan di sini. :D

    BalasPadam
  21. pengsan laki akk kalau bini die nk mkn smua ni..hahaha

    BalasPadam
  22. thanks utk review ni. maksudnya naik atas sana nanti dah x perlu tercari2 lagi,.tinggal pilih je nak makan kat mana..hehe

    BalasPadam
  23. thanks buat reviewnya.Jalan-jalan ke indonesia juga...banyak wisatanya
    Temukan Tempat Wisata ini saat Ke Pulau Rote

    BalasPadam