Hari Raya,
Hanya 30 Minit Sahaja Masak Lemang Dengan Cara Ini Jimat Dan Selamat
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Selalu tempoh untuk memasak masakan tradisional Melayu kita ni akan ambil masa lebih dari 3 ker 4 jam betul tak. Terutama yang perlukan penyediaan yang sangat teliti dan juga nak menjaga semasa waktu memasak. Kadang-kadang perkara ini yang buat kita rasa sangat malas dan tewas sebelum memasak.
Kini PHILIPS nak memudahkan kerja memasak terutama hidangan Hari Raya korang dengan menggunakan produk terkini mereka. Percaya atau tidak sebenarnya dengan Philips All-In-One-Cooker kita boleh masak Lemang. Maha mula-mula tak percaya tapi bila dah pergi kelas memasak yang disediakan oleh Chef Marina Mustafa baru-baru ini dapat tahu yang boleh masak Lemang dengan cepat dan sedap. Maha kongsikan resipi kat sini mana tahu korang nak buat tapi tak ada video sebab tak buat open house tahun ni hehehehe.
Resipi Lemang dengan Philips All-In-One-Cooker
Bahan-bahan utama:-
2 cawan Beras Pulut - Dibasuh & ditoskan air
2 cawan Santan
1/4 cawan Air
1 sudu kecil Garam
2 helai Daun Pandan
Daun Pisang dan Lidi untuk bungkus
Cara-cara memasak:-
1) Buka tudung PHILIPS All-In-One-Cooker
2) Tekan 'SEAR HIGH HEAT' dan tekan 'START'
3) Masukkan daun pisang kedalam periuk supaya daun dapat dilayukan.
4) Keluarkan daun pisang yang sudah dilayukan untuk menggulung lemang kemudian.
5) Masukkan pula beras pulut kedalam periuk PHILIPS All-In-One-Cooker
6) Masukan juga garam, santan, air dan daun pandan kedalam berasa tadi dan gaul sebati
7) Tutupkan tudung periuk
8) Pusing knob di atas tudung periuk ke arah 'SEAL'
9) Apabila pulut sudah masak, lepaskan pressure dan buka tudung periuk
10) Sendukkan 4 sudu besar pulut ke atas daun pisang dan tekannya membujur dan mampatkan
11) Kelimkan tepi daun pisang dengan lidi
12) Tekan SEAR HIGH TEMP dan START pada periuk
13) Masukkan Lemang yang dibungkus tadi dalam periuk
14) Pusing-pusingkan Lemang supaya dibakar kesemua bahagian luaran lemang
15) Apabila sudah dibakar, keluarkan dari periuk dan sejukkan seketika sebelum dipotong
Mudah giler bukan nak buat Lemang menggunakan PHILIPS All-In-One-Cooker ini. Masa yang diambil pun tak lama hanya 30 minit sahaja. Kita tidak perlu tunggu depan periuk masa memasak hanya tinggal jer sampai siap masak. Rasa masakan pun lebih kurang sama jer dengan Lemang asli dan lebih jimat duit. Sapa-sapa nak buat open house sangat digalakkan ada periuk ajaib ini. Selain daripada Lemang banyak lagi juadah rumah terbuka yang korang boleh buat seperti Rendang Tok dan Kek Gula Hangus.
Kemudian dengan produk lain seperti Philips Air Fryer dan pengisar Philips Duravita korang juga boleh membuat menu seperti Kuih Bakar dan Otak-otak. Semua ni chef yang ajar dalam kelas hari tu rugi korang tak pergi. Jadi kalau sapa nak resipi lain dan cara memasaknya nanti DM Maha atau ke laman Facebook Philips Home Living. Oleh itu, setiap rumah wajib ada 3 barang ajaib dari PHILIPS ini sangat mudah dan dapur tak bersepah. Selamat mencuba semua ok.
Memang best masak-masak dengan produk ajaib dari Philips ni... Masakan lebih mudah tetapi masih sedap... Hari-hari masak best2 pun suami sayang ni..hehehe
BalasPadamterbaek..
BalasPadamJemput join segmen ejulz jika sudi :)
https://ejulz.blogspot.com/2018/07/segmen-tambah-duit-dengan-kerja-partime_1.html
Entry terkini :
https://ejulz.blogspot.com/2018/07/5-julai-2018-bday-furqan.html
https://ejulz.blogspot.com/2018/07/mood-blogwalking.html
https://ejulz.blogspot.com/2018/07/nasi-lemak-isteri-tercinta.html
https://ejulz.blogspot.com/2018/07/ranking-alexa-5-jul-2018.html
https://ejulz.blogspot.com/2018/07/giveaway-nak-hadiah-jawab-dulu-by.html
wah menariknya.. nak masak pun mudah dan cepat
BalasPadamla ingatkan bakar lemang skali dengan buluh dalam tu hahah
BalasPadamMenariknya..cepat masak urusan pun mudah kan
BalasPadam