Bandar Baru Bangi,
Lokasi Keropok Lekor Original Dari Terengganu Boleh Dapat Di Bangi
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Selalu petang-petang mana tempat korang lepak-lepak atau habis masa untuk makan ringan-ringan macam Keropok Lekor atau juga Sata. Kat KL ni memang banyak tapi tak ada tempat yang dapat rasa original seperti mana dari Terengganu. Kebanyakannya hanya lebih tepung dari isi ikan.
Tapi sekarang ni Maha dah jumpa satu port yang terbaik untuk korang nak makan Keropok Lekor dan Sata dengan rasa asli dari Terengganu. Tak jauh pun hanya terletak kat Jalan Pawang, Kampung Teras Jernang, Bandar Baru Bangi jer. Maha mulanya tak percaya tapi bila pergi tengok sendiri macam mana mereka hasilkan keropok lekor dan juga penyediaannya menjadikan rasa lapar sangat.
Nama kedai ini adalah Rara Lekor betul-betul kat tepi jalan utama kampung tu dan korang boleh parking tepi jalan untuk beli keropok lekor dan juga Sata yang mereka hasilkan sendiri. Kedai ni baru jer beroperasi tak silap bulan April tahun ni tapi sebelum ini mereka hanya menjual produk keropok lekor melalui agent yang ada diserata lokasi.
Paling best mereka bukan sahaja buat keropok lekor biasa tapi ada juga beberapa produk keropok lekor yang lain seperti Keropok Lekor Cheese, Keropok Lekor Rebus, Keropok Lekor Vacum dan juga Keropok Keping Ikan Tamban. Selain itu juga ada produk makanan tradisi lain seperti Sata dan juga Ketupat Palas.
Keropok Lekor Cheese Vakum |
Keropok Lekor Goreng Vakum |
Ketupat Palas |
Keropok Keping Ikan Tamban |
Harga produk yang mereka jual:-
Keropok Lekor Goreng Vakum = RM8.00 sebungkus (20 batang keropok)
Keropok Lekor Rebus Vakum = RM8.00 sebungkus (5 batang panjang keropok)
Keropok Lekor Cheese Vakum = RM12.00 (20 batang keropok)
Keropok Keping Ikan Tamban = RM15.00 sebungkus (450gm)
Sos Cili = RM5.00 sebotol
Selalu orang datang sini mereka akan beli untuk bungkus bawa balik yang dah siap goreng atau yang masih mentah, tapi korang juga boleh makan panas-panas kat kedai tu lagi best. Sebab korang boleh makan dengan sos cili yang mereka hasilkan sendiri dengan resipi rahsia. Pastu lak minum air sejuk kat situ memang boleh habis berpinggan-pinggan keropok lekor tanpa sedar.
Sedap sebab Maha tengok mereka buat dari proses kepada mengasingkan isi ikan dan juga kepada campuran serta kerja-kerja menggentel keropok lekor tu. Pulak tu masa duduk makan tengok pelanggan tak putus-putus beli keropok mereka terutama hari minggu memang ramai.
Lepas ni dengar kata mereka nak besarkan lagi perniagaan ini dengan menjual Makanan Laut Celup Tepung yang popular kat pantai Terengganu tu. Nanti kalau berkesempatan lagi Maha akan cuba lak makanan baru tu. Tapi buat masa ni kita santai-santai makan keropok lekor dan sata terbaik. Korang kena datang cuba makan keropok sini memang Maha rekemen sangat memang puas hati. Kedai ni buka setiap hari dari pukul 9.00 pagi hingga 7.00 malam jadi boleh datang bila-bila. Selamat mencuba semua.
Tempahan atau pertanyaan hubungi :-
No Tel : 012 - 6479769
Facebook : https://www.facebook.com/raralekor
Instagram : https://www.instagram.com/raralekor
Alamat : Lot 1469, Jalan Pawang,
Kampung Teras Jernang,
43650 Bandar Baru Bangi, Selangor
wow yummy to try them. OH didn't know is from there til I read here. Anyway I like eat , shall find a day to go there buy.
BalasPadamDekat gila dengan rumah Rawlins and memang Rawlins selalu datang ke sini dengan kengkawan kalau teringin nak lekor. Sedap bak hang!
BalasPadamAlaa i mmg suka makan keropok lekor dengan sata. Lama dah tak makan. Dekat je kedai ni kat Bangi rupanya. Balik keje nanti kene singgah.hehehe
BalasPadamKeropok lekor memang best! Lagi2 bila digoreng fresh. Tapi ni dekat area Bangi. Jauh jugakkk. haha. Kenapa dekat Bangi je banyak tempat sedap2 ni? haha. Dekat kampung bahru, kl pun syurga makanan jugak. WAJIB pergi. hee
BalasPadamKeropok lekor , akak kalau makan keropok lekor tu dah tak yah makan nasi dah.. sebatang tu akak sorang aja lah, lagi lah kalau cecah sos cili perghhh, cucu lalu pun tak nampak dahh hahaha
BalasPadamCara Nak Mulakan Perniagaan Roti Dan Kek Dari Rumah
i like to eat keropok lekor.. so yummy!... bangi ni famous with keropok lekor ni ker? i hanya beli dari dekat office i je..
BalasPadamape ni maha,amni xtahu pun ade kedai keropok lekor sedap dkt bangi nihehehe.sedappp nyaaa.esok kebetulan nak g kajang so bolehlah singgah sini hahaha.
BalasPadamPernah 10 tahun lepas ibu berjalan jalan ke hulu terengganu atas urusan kerja. Masyaallah sedapnya keropok lekor dis ana. Lembut penuh rasa keikanan
BalasPadamOMG! Awak...kita mesti nak share post awak ni kat adik kite. Dia hantu keropok lekor. Tinggal pun dekat kajang . Dah dekat dengan Bangi ni. Gosh! terliur tengok.
BalasPadamsedapnya keropok lekor ni..serius apatah lagi dapat makan dengan sos dia mmg terbaik..bila nak belanja aku maha makan kopok lekor hahaha
BalasPadamwah, untunglah orang bangi. tak perlu dah nak ke pantai timur makan keropok lekor panas-panas dan fresh bari siap adun. Baguslah nanti ada variasi celup tepung pulak. konfem makin maju kedai ni
BalasPadamSelalu keropok lekor tunggu orang bagi je..hehee..kene pergi ni nak cari keropok lekor dia ni..sebab tengok hat yang kecik-kecik tu macam sedap pulak..sedap makan waktu hujan-hujan ni
BalasPadamYa Allah gebu-gebu betul keropok lekor tu bila digoreng ya. Tetibe rasa teringin nk makan. Mmg best tgok dorg buat keropok lekor nie. Rasa excited ja. Entah bila lh dpt merasa gi terengganu lg nie
BalasPadamAlaaa.. Awat kat Bangi?? Hurm, jauh jugak dari rumah.. Ha, nak kirim dengan abam kawasan Bangi la a.k.a Ahmad fauzi aryaan.. hehe.. Teringin pulak rasa nak makan kepok losong dengan sata..
BalasPadambagusnya, lepas ni nak makan keropok lekor asli dari terengganu boleh makan saja di bangi kan. Tak payah pergi jauh jauh
BalasPadamAlahai...dah le lapor, tengok lak gambo ni. Ni yang buat nak cari kopok leko ni, fav sis ni. Kalau sis lalu area Bangi blh lah singgah beli kopok kat sini..tak yah susah2 nak ke Terengganu lagi
BalasPadamYeahhhh susah nak cari keropok keping yang sedap kat kl. Ok nanti nak borong kgat sini.satu keluarga hantu keropok ikan kiki
BalasPadamThe use of the fresh products for the cooking of certain dishes is the main advantage of this place. Some secrets allow you to get the optimal taste of each of them.
BalasPadamSeriously murah la harga sepeket RM8 je. Ok, tetiba teringin pulak, nak pegi esok kat sini.
BalasPadamBest la! I love keropok lekor, sometimes the one that I buy from Pasar Malam tak original and berapa sedap. If I go Bangi I singgah kedia ni.
BalasPadam