Dutch Lady,

5 Pilihan Hidangan Sarapan Pagi Yang Sesuai Bersama Dengan Susu

Jumaat, November 02, 2018 Mahamahu 19 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Hari ni siapa yang mulakan hari dengan sarapan pagi korang memang awesome lah. Maha sendiri pun kadang-kadang skip sarapan pagi ni almaklumlah hidup bujang tak ada masa nak makan pagi terus bergerak pergi kerja. Bila dah sampai office mula lah perut meragam dan juga mengantuk sebab perut kosong sementara nak tunggu tengah hari.


Tapi sekarang ni dah bijak sikit sebab apa Maha mulakan pagi dengan sarapan susu. Tahu ramai rakyat Malaysia yang masih ada menteliti yang susu hanya untuk kanak-kanak. Salah tu, sebab orang dewasa pun sangat perlu minum susu kerana segelas susu sewaktu sarapan membantu badan kita bersedia untuk menyerap lebih banyak nutrien daripada makanan yang diambil sepanjang hari.


Maha ni bukanlah seorang yang pakar dalam pemakanan nutrisi ni tapi sedikit sebanyak dari hasil pencarian kat Google dan juga pembacaan boleh lah amalkan dalam hidup. Ini semua sebab Maha pernah satu hari tu tak sarapan dan memang rasa sakit perut dan juga sampai tak boleh nak buat kerja. Jadi sejak itu memang sekarang ni akan ambil sarapan pagi walaupun hanya secawan susu.


Susu apa yang bagus untuk orang dewasa? Tak kisah korang suka susu apa pun tapi kalau nak lagi baik yang banyak khasiat korang boleh cuba susu Dutch Lady PureFarm seperti mana yang Maha amalkan sekarang. Kalau siapa yang selalu follow Instagram atau Facebook Maha ada jer update sarapan pagi dengan minuman susu Dutch Lady.


Maha suka susu ini sebab ia tiada rasa yang kurang menyenangkan dan juga tiada bendasing yang membuatkan korang rasa mual bila minum susu. Tapi kalau korang perasan ada 5 sarapan pagi yang Maha selalu padankan dengan susu untuk dapat tenaga yang cukup. Hanya dengan minum satu gelas sahaja dapat membantu kita memenuhi lebih daripada 50% keperluan protein yang diperlukan sewaktu sarapan.

Lima hidangan yang Maha ambil bersama dengan susu:-


1) Corn Flakes 
Ini adalah satu hidangan yang sinonim dengan susu dan memang selalu orang makan untuk sarapan. Corn flakes bukan sahaja lazat, tapi memberi sumber yang sangat baik dari segi vitamin, folat, mineral, serat makanan, protein, dan juga karbohidrat. Folat sebenarnya penting untuk pembentukan sel-sel baru dalam badan.


2) Mee Goreng
Sarapan pagi warga Malaysia yang mudah didapati kat mereta kedai atau juga yang selalu disediakan di rumah. Ingat sarapan pagi dengan mee goreng bukan tak bagus tapi jangan ambil selalu mungkin selang selikan dengan makanan yang berprotein tapi kalau ambil mestilah dalam kuantiti yang sikit sudah mencukupi.


3) Roti 
Sarapan roti bersama susu juga sangat mudah untuk diambil. Roti gandum ataupun jenis roti tawar memilki kandungan gizi yang sangat bermanfaat bagi tubuh, terutama untuk kanak-kanak. Sebab itu kalau iklan mereka akan bekalkan kanak-kanak dengan sarapan roti dan susu sebab itulah yang disarankan oleh pakar nutrisi. Nak sedap lagi mungkin boleh buat sandwich atau roti bakar.


4) Nasi Goreng
Ini juga adalah sarapan ruji rakyat Malaysia dan macam Maha sendiri pun masa zaman sekolah dulu emak setiap hari akan bekalkan nasi goreng untuk dibawa makan di sekolah. Walaupun pagi tu memang dah sarapan kat rumah. Sebab itu Maha sentiasa sihat dah ceria selalu. Kalau makan nasi goreng macam biasa kuantiti kena kawal jangan ambil penuh satu pinggan. 


5) Roti Canai
Hidangan sarapan wajib mesti kena ada sekurang-kurangnya seminggu sekali. Almaklumlah nak tebar roti canai tak pandai jadi makan kat kedai jer. Jangan lupa makan tu kena sertakan sekali dengan secawan susu dan ambil satu keping sahaja setiap kali makan jangan lebih. 



Ini adalah makanan yang Maha selalu ambil setiap pagi tapi banyak lagi yang korang boleh padankan sarapan pagi dengan susu tak semestinya lima hidangan ini sahaja. Rakyat Malaysiakan kreatif untuk menghasilkan sarapan pagi. Tapi pastikan korang tidak lupa dengan mengambil segelas susu terutama susu Dutch Lady PureFarm. Minum segelas susu dapat membekalkan badan kita dengan nutrien penting, seperti Protein, Kalsium, Vitamin A, Vitamin B2 dan Vitamin D.



Ingat tu jangan sesekali tinggal sarapan walaupun hanya segelas susu sudah memadai. Kalau rasa nak pelbagai pun lagi bagus sebab badan kita memerlukan pelbagai nutrisi. Maha suka kalau minum susu tu yang sejuk baru keluar dari dalam peti ais. Apa yang korang suka makan ketika sarapan pagi kongsikan pengalaman sarapan korang kat Facebook Dutch Lady Malaysia.


Ini kerana korang berpeluang untuk memenangi hadiah menarik yang bernilai lebih daripada RM35,000. Juga pengalaman sarapan yang unik di Pangkor Laut Resort. Caranya hanya ambil gambar cara korang nikmati sarapan pagi dengan susu Dutch Lady PureFarm mengikut tema yang ditetapkan. Peraduan berakhir 11 November 2018 ini. Cepat masih sempat lagi nak sertai.







19 ulasan:

  1. Sarapan yang berkhasiat memang penting. Cuma dah sampai umur 4 series ni tak lalu minum susu saja, kena tambah sikit coffee baru Uumphh..!! Susu dutch lady ni yang full cream dia sedap lemak memang kak nina add dalam my coffee daily.

    BalasPadam
  2. skrol skrol down nak cari kot kot ada muffin hari tu..hahaha..eh betul ke susu tu boleh sebabkan jerawat & gemok? mengarut je la..tak minum pun macam ni gak..:-p

    BalasPadam
  3. suka susu dutchlady yang strawberry ! dulu sebelum pergi kelas confirm singgah koperasi beli susu dulu baru tenaga nak belajar

    BalasPadam
  4. Amboiii, kemain dia tayang stok susu dia ye haha. Maha ni betul2 nak menang ni nampak gayanya. Cantik2 betul gambar yang maha tangkap. Good luck ye :)

    BalasPadam
  5. Faberet anak2 ni. Kena buat lagi pelbagaikan cara hidangan. Tngok anak2 seronok minum dan khasiat tinggi.

    BalasPadam
  6. great to hv breakfast with dutch lady.. it's essential to hv breakfast everyday.. milk is great source of calcium!

    BalasPadam
  7. Kita suka sgt susu dutch lady.. memang pilihan utama tiada yang lain.. sebab rsnya sgt sedap dan klau liez buat cookies or kek mmg pakai susu dutch lady.. dia adam ummhppp

    BalasPadam
  8. Susu Dutch Lady memang best. Sarapan paling simple adalah minum susu. Itu je yang serasi. Kalau minum susu dengan Karbo , Ruby rasa nak muntah pula. Hahaha. Susu ni dr awal kena ajar anak cara pengambilan. Sebab org Ingat dari susu lembu, kambing, unta je bleh dpt susu. Dah jd pakar nutrisi pula. Haha

    BalasPadam
  9. Makan dengan conrflakes la paling senang. Nak nak lagi kalau waktu kite tengah nak rush semua kan. Saya sekarang ni pun beli sekarton susu dutch lady sebab menyusu baby

    BalasPadam
  10. Sarapan pagi dengan susu memang bagus. Memang dah amalkan lama. Selalu ambil susu dgn careal. Senang dan kenyang pun kenyang. Awak dasyat eh minum susu dgn roti canai.hehehe

    BalasPadam
  11. sy suka minum susu..dari kecil smpai ke besar sy xpernah xminum susu..susu memang sgt bagus utk kanak2 smpai la kita tua nnt..hope kita semua xlupa minum susu 1 gelas setiap hari..

    BalasPadam
  12. Susu dutch lady ni memang sedap. Dijadikan sarapan memang sangat bagus. Sarapan untuk bertenaga sebelum memualakn kerja. Harap lepas ni terus bersarapan ya..hehe

    BalasPadam
  13. wahhh tahniah kerana berjaya menamatkan cabaran. suka betul tengok menu2 sarapan Maha. yes, sarapan memang sangat penting untuk memulakan aktiviti harian. dan susu juga penting untuk memberikan kita tenaga sepanjang hari.

    BalasPadam
  14. tahniah maha berjaya tamatkan hidangan danncabaran 5 hari sarapan bersama dutch lady..nampak sedap semua hidangan

    BalasPadam
  15. Waah.. Pagi pagi minum susu.
    Tak perlu pening kepala Nak membancuh air pagi pagi kan..
    Susu memang elok diamalkan pun.
    Cuma yela, tak semua orang ambik kisah tentang tu kan..

    BalasPadam
  16. Bestnya dapat sarapan macam nie selalu. Apa kata Maha masakkan nasi goreng tu and share dengan Rawlins please. Macam sedap je ikan bilis goreng itu.

    BalasPadam
  17. Oohh... Abby baru tahu klo mie goreng tuj asyik juga di minum sama susu. Apa hanya susu Dutch Lady PureFarm aja yang cocok? Klo minum susu putih tambahin sereal berupa coco crunch Abby juga suka.

    BalasPadam
  18. Sedapkan bersarapan dgn susu dutch lady,klu kita xda masa nk masak page,just minum susu dutch lady pun dah cukup

    BalasPadam
  19. TB suka minum susu gak.. huhu.. susu ducth lady ni antara susu kegemaran TB .. sedap dan boleh diterima tekak.. hehehe

    BalasPadam