Games,
Lontarkan Vokal Untuk Menyanyi Sepuasnya Di RedTail Karaoke SkyAvenue Genting Highlands
Salam sejahtera kepad semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Siapa kat sini yang suka berkaraoke atau suka nak test vokal? Maha tahu ramai yang berangan ala-ala artis kat bilik mandikan. Apa kata korang test power sikit untuk tunjuk bakat menyanyi di RedTail Karaoke SkyAvenue Genting Highlands. Satu tempat untuk melempias nafsu menyanyi korang di puncak tinggi dan sejuk tu.
Baru jer buka pusat karaoke ini Maha sempat lah pergi tengok semasa berada kat genting hari tu. Lokasi tersembunyi sikit kerana terletak kat level G SkyAvenue Mall, Resort World Genting. Kawasan ni luas dan memang sangat menarik untuk nafsu diva dan divo dalam diri korang wakakaka.
Masa turun bawah tu korang akan nampak papantanda besar yang menyambut kemeriahan untuk bernyanyi sepuasnya bersama-sama kawan dan teman. Korang akan masuk ikut laluan pintu yang ada tulis 'ON AIR' dengan diterangi lampu neon berwarna merah seperti sebuah club eksklusif. Ada pula maskot Xiao Hong iaitu Red Panda yang comel dengan kaca mata hitam seperti super star.
Kat sini tak silap Maha ada enam bilik karaoke yang dilabelkan dengan watak-watak kartun yang sangat ceria dan berseronok menyanyi. Ada bilik nama Steve Gorilla yang sedang bermain drum, Eddy Panda bermain saxophone dan Joe Flamingo menari. Hari tu Maha masuk bilik Andrew memang sangat selesa dan rasa nak nyanyi jer.
Semua bilik dilengkapi dengan peralatan karaoke yang terkini, dan peranti skrin sentuhan mesra pengguna dan juga mikrofon retro ala gaya zaman Elvis Presley. Bilik-bilik dihiasi dengan sistem audio-visual dan mikrofon yang berkuasa tinggi. Bila nyanyi tu ada ekor orang panggil hehehe. Senarai lagu pula ada lebih daripada 10,000 buah lagu yang sentiasa dikemas kini, mulai dari yang lama hingga ke hits terkini. Habis korang rasa tak muntah menyanyi banyak lagu macam tu.
Harga kat sini ikut pakej ada 'Let's Sing' iaitu RM200 yang sesuai untuk 3-4 orang dalam satu bilik termasuk dengan minuman dan dua hidangan popcorn ayam. Manakala harga RM500 untuk pakej 'Ladies & Gentlemen' boleh muat sehingga 10 orang akan dapat dua hidangan popcorn ayam, kentang goreng dan sosej serta enam pilihan minuman. Manakala pakej 'Party in the House' harga RM1,000 akan dapat sekali minuman, popcorn ayam, kentang goreng dan sosej daging atau ayam. Bagi nak alas perut sebelum makan malam kat sini juga ada sediakan snacks seperti kacang masin dan Twisties.
Selain karaoke kat luar tu pula ada tempat permainan untuk mereka yang dah penat bernyanyi boleh cuba pelbagai jenis game yang disediakan seperti Giant Jenga, Beer Pong, Pools, Arcades dan Giant Connect 4. Juga boleh santai kerana ada ruang istirahat kat luar ni sambil minum-minum. RedTail Karaoke ini buka setiap hari dari pukul 5.00 petang sehingga 3.00 pagi. Jadi waktu malam ada jugalah aktiviti yang korang boleh buat kat Genting ni tak lah bosan nak duduk dalam bilik hotel jer.
Segala info dan maklumat lanjut layari :
Laman web : http://www.redtailgenting.com
Facebook : https://www.facebook.com/redtailgenting
0 Pandangan: