Dapur,
Bestnya masa beli minuman Yeo's ini Maha letak kat luar tak masukan dalam peti sejuk sebab tak ingat. Jadi lepas seharian letak kat atas meja minuman yogurt ini masih elok dan segar boleh lagi diminum. Jadi tak perlu risau kalau letak luar atau dalam peti sejuk mana-mana pun boleh. Tapi jangan jemur kat panas matahari tidak elok. Sejak tu lah Maha mengamalkan minuman sihat Yeo's dan ia sesuai untuk semua peringkat masyarakat yang semakin menitikberatkan gaya hidup yang sihat.
Resepi Mango Lassi Daripada Yeo's Yeogurt Baik Untuk Perut Dan Penghadaman
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Lama sebenarnya tak membuat resipi special ini selalu masak yang biasa-biasa jer untuk makan sendiri tapi kali ni nak buatlah satu resipi khas menggunakan produk daripada Yeo's Yeogurt. Produk minuman segar lagi sihat untuk dinikmati setiap hari.
Maha ni bukan lah pecinta minuman yogurt ini sebab mungkin mind set yang memikirkan bahawa yogurt ini masam dan tak sesuai untuk perut. Tapi semuanya berubah selepas satu hari tu Maha makan terlalu banyak makanan pedas dan menjadikan perut meragam rasa memulas dan tidak selesa. Jadi baca kat dalam google ni bahawa minuman yogurt dapat melegakan dan mengurankan radang dalam perut.
Trylah minum minuman Yeo's Yeogurt ni sebab selalu nampak jual kat kedai-kedai dan juga ada banyak perisa. So bila dah minum tu rasa perut memang ok selepas tu rasa mudah untuk membuang air besar. Apa yang Maha baca minuman ini diperkayakan dengan susu dan asid laktik di mana ia baik untuk sistem penghadaman badan. Jadi sejak itulah minuman yogurt ini menjadi minuman wajib kena ada dalam peti.
Bestnya masa beli minuman Yeo's ini Maha letak kat luar tak masukan dalam peti sejuk sebab tak ingat. Jadi lepas seharian letak kat atas meja minuman yogurt ini masih elok dan segar boleh lagi diminum. Jadi tak perlu risau kalau letak luar atau dalam peti sejuk mana-mana pun boleh. Tapi jangan jemur kat panas matahari tidak elok. Sejak tu lah Maha mengamalkan minuman sihat Yeo's dan ia sesuai untuk semua peringkat masyarakat yang semakin menitikberatkan gaya hidup yang sihat.
Tapi kalau hari-hari minum secara biasa pun agak bosan jadi sebab tu lah terjadinya resipi kali ini yang Maha cuba dari perkongsiang kat youtube. So nak kongsi ngan korang resipi mudah ringkas dan menyegarkan daripada produk minuman yogurt ini. Maha namakan Yeo's Yeogurt Mango Lassi. Bahan pun tak banyak boleh dapat kar pasaraya jer.
Bahan-bahan resipi Yeo's Yeogurt Mango Lassi :-
1 biji Mangga Susu (potong dadu dan bekukan)
1/2 cawan Yeo's Yeogurt Asli
1/2 cawan Yeo's Yeogurt Mangga
1 camca besar Susu Pekat
1/2 biji Jus Lemon
1/2 biji isi Mangga masak (potong dadu)
Korang tengok tak banyak pun bahan yang Maha gunakan dalam resipi ini tapi rasa mengancam sedap. Korang kena tonton video cara-cara nak membuat resipi ini sangat mudah tak lama pun main campak jer.
Mudah bukan sekejap jer nak buat tapi yang penting isi mangga tu korang bekukan dalu dalam peti sejuk seharian. Tapi kalau korang nak gunakan ais kuib pun boleh kalau korang ada mesin pengisar buah. Maha suka gunakan buah yang dibekukan kerana ia mengekalkan khasiat dalam buat tu. Rasa macam ni hari-hari boleh minum yogurt bagi sihat.
Yeo's Yeogurt ini ada banyak perisa lain kat pasaran korang boleh cuba perisa Anggur, Oren, Laici dan Epal Hijau. Banyak semua boleh jadikan minuman yang korang suka ikut citarasa. Jadi harap dapat cuba resipi mudah ini. Nanti kongsi komen dan pengalaman korang minum minuman ini ok. Selamat mencuba semua.
Suka yogurt drink ! Buat lassi ni lagi bertambah-tambah sedap lah Maha ^_^
BalasPadamLooks easy and healthy. Will try this out to make for my kids to have it.
BalasPadamWahhhh looks so yummy! Dah la manggo lassi mmg favourite betul kalau minum kat kedai. Lps ni leh try buat sendiri laa
BalasPadamYa Allah ruby suka sangat yes yogurt ni. Anak ruby pun suka. Selalunya kalau ke petrol station, mesti beli minuman ni. Naim suka anggur, Adam suka Oren, Alif suka epal. Yummy!
BalasPadamRawlins nak minuman nie bila MM buat openhouse kelak ye. Please buatkan untuk Rawlins please
BalasPadamI like this range yogurt so nice to drink. Yeah I like to stock up more to drink :D, my favorite is mango yogurt
BalasPadamKenapa sedap sangat ni. Ala dah air mangga favourite.. Nak buat juga la lepas ni. Boleh jadikan menu diet. Hehehe
BalasPadamGreat recipe.. I wanna make my own version of mago lassi too.. looks delicious and yummy! great one!
BalasPadammm sedapnyaa mango lassi drink niii, qeela mmg suka mango and suka jugak yogurt. so far tak pernah try lg brand yeos punya yogurt drink, ni tgk mcm best jugak kan hehe.
BalasPadamSenang je nak buat rupenye. Baik kite buat sendiri kan. Kalau beli dekat luar, mahal huhuhuh.
BalasPadamSuka sangat makan yogurt tapi xtahu plak bole kurangkan rasa sakit perut. Huhu. Kebetulan pulak perut ni 1hari meragam. Kena try ni. Selalu tengok kt tv buat jus ni biasa chef akan bekukan dulu buah tu. Baru sedap kan..
BalasPadamTak pernah lagi minum minuman yogurt dalam kotak ni. Nak try la resepi yang maha share, nampak sedap dan berkhasiat. Huda memang pengemar mango lassi. ni nak try buat sendiri lah kat rumah.
BalasPadamWalawey abam Maha, sedap gier layan video mango lassi tengah2 malam ni..terasa dahaga gila la plak.
BalasPadamnampak menu yang sedap maha hasilkan, rasa macam nak cuba tapi penggunaan susu pekat tu tak buat air ni jadi lebih manis ke memandangkan air yeos ni dah agak manis ?
BalasPadamlama kita tak minum yogurt tau.. tetiba tgk maha minum lassi tu terus nak pergi beli esok.. anak-anak lagi suka sbb ada rasa masam manis tu
BalasPadamMemang powerlah Maha kalau buat resepi. Salute! Blom pernah cuba yogurt brand ni. Dalam bentuk minuman puas sikit nak minum dr yogurt biasa. Btw, tudung saji kita sijibik!! Hahaha
BalasPadamSedapnya ya tuhannnn. Ingat nak try la. Nak buat pun nampak senang dan tidak perlu modal besar
BalasPadamPehhhh mango... Kalau buat apa2 jenis mknn mmg sedap... Wawa suka gila mango tau... Guna susu yeos ni sdp juga kan...ni nk buat juga ni.. Hehehe
BalasPadamWowww maha buat mango lassi sendiri. Boleh la emi cuba jugak ikut resepi maha ni. emi memang suka mango lassi
BalasPadamMacam best je.. Dh la kita suka mangga.. Nk cuba la..
BalasPadamLeYa memang favourite Yeos Yeogurt ni.. Memang setiap pagi akan minum sebagai sarapan pagi.. Hehe.. Sedap kan!
BalasPadam