Capsquare,

Cawangan Kelima RSMY Best Cheese Naan Di Capsquare Kuala Lumpur

Isnin, Disember 24, 2018 Mahamahu 21 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Yes sekarang ni kalau korang rasa cawangan RSMY Best Cheese Naan kat semua tempat penuh dan selalu sahaja sesak apa kata korang pergi jer kat cawangan baru mereka di Capsquare. Maha tahu ramai yang dah kemaruk dengan Cheese Naan mereka yang telah viral tu kan.


Sehinggakan sampai tengah malam pun orang duk sibuk mencari Cheese Naan mereka sehingga sanggup bebaris panjang untuk nikmati semua ini. Maha sendiri pun tengok bukan main ramai gilerr orang kat semua cawangan. Sebelum ini ada empat cawangan lain iaitu kat Masjid India, Medan Tuanku, Danau Kota, Bangi dan yang terbaru ini kat Capsquare berada betul-betul di tengah KL.



Masa Maha pergi makan kat sini singboard restoran pun tak ada lagi baru sahaja buka cawangan ni. Kalau korang yang berkerja area Jalan Raja Abdullah, Dang Wangi dan berhampirannya boleh lah datang sini. Korang boleh lihat bangunan Wisma TKT, yes restoran ni berada betul-betul ditengah-tengah antara bangunan tersebut dan bangunan Residence Capsquare. Mungkin agak terseorok sikit restoran ini tapi tempat ini lebih selesa dan luas.



Macam biasa tak perlu kot nak perkenalkan makanan yang ada kat restoran RSMY ini memang cukup terkenal dengan dua jenis signature dish mereka iaitu Cheese Naan dan juga Nasi Beriani Bukhari. Tapi yang istimewa hanya dicawangan baru ini mereka memperkenalkan kepada korang iaitu Beef Pepperoni Cheese Naan. Dalam naan tu bukan sahaja ada limpahan dan cheese yang cair juga ada potongan pepperoni yang menambah rasa daging dalam tu.


Yummm memang sedap kalau makan cheesse naan ni diwaktu masih panas kerana korang boleh tarik dan lihat lelehan cheesenya Ya Allah memang sedap. Pulak tu digandingkan dengan kuah special mereka iaitu Dhall Fry yang ada rasa pedas-pedas dalam tu. Betul lah korang yang dah pergi ceritakan memang terbaik dan meletop menu mereka ni. Maha baru pertama kali dapat pergi kat cawangan baru ini dapat juga nikmati cheese naan mereka yang selalu menjadi sebutan ramai.



Satu lagi cawangan ini sahaja mereka memperkenalkan set baru cheese naan. Dimana cheese naan ada datang dengan empat set promosi iaitu :-

Set A : Cheese Naan + Dhall Fry + Teh O Ais
Set B : Cheese Naan + Dhall Fry + Sirap Ais
Set C : Cheese Naan + Kari Kosong + Teh O Ais
Set D : Cheese Naan + Kari Kosong + Sirap Ais

Semua set ini sekarang hanya dengan harga promosi iaitu RM8.00 sahaja ok. Kalau korang nak tambah Chicken Tandori macam Maha makan ni kena harga lain lah tambah lagi RM10.00. Tapi memang berbaloilah.




Selain dari tu, kat sini mereka ada memperkenalkan makanan nasi campur untuk makan waktu tengah hari sahaja dari pukul 11.00pagi hingga 6.00petang. Kalau korang makan lunch lewat pukul 4.00petang hingga 6.00petang mereka akan bagi potongan harga 50%. Ini semua ada kat cawangan baru ini sahaja tau tempat lain tak ada ok. Ini bagi meraikan cawangan ini yang baru sahaja buka bulan November yang lalu.




Cawangan baru ini beroperasi setiap hari dari pukul 11.00pagi hingga 12.00malam ok. Kat sini mereka ada dua area iaitu kalau korang yang nak makan outdoor ada dan juga indoor ada yang berhawa dingin. Malam pun kat sini meriah tau memang korang akan dapat rasa yang sama tak ada beza dengan tempat lain. So boleh lah masukkan cawangan RSMY Best Cheese Naan Capsquare ni dalam list tempat makan korang ok. Maha dan cuba memang terbaik. Selamat menjamu selera.

Promosi dan juga info lanjut layari :
Alamat : No 2/4 Tingkat Bawah Wisma TKT,
               Persiaran CAPSQUARE, Off JLN Dang Wangi
               50100 Kuala Lumpur.
Tel : 012-231 2192

Ranking Mahamahu :-
Kebersihan : 3.5/5
Kesedapan : 4/5
Harga : 4/5





21 ulasan:

  1. so hungry now and I like to try what you posted here. I like what you sharing, all looks nice to eat,I wanna share them with my kids to eat. Shall tell my dear of this place now!

    BalasPadam
  2. tak merasa lagi cheese nan tarik2 macam ni.selalu kalau order mesti yang biasa je tak puas hati haha. nanti otw nak ke perak boleh la singgah sini teringin tengok menu dia

    BalasPadam
  3. War....cheese naan dia nampak betul-betul banyak cheese kan? Rasa nak cuba pulak. :)

    BalasPadam
  4. Dia buka yang kelima dah? Memang patut pun sebab lazat nan amat kot. Eh. Bila MM nak belanja Rawlins makan kat sini? Cheese meleleh tuuuuuu

    BalasPadam
  5. Ala awak!!! kita lama betul tak makan nan tau/ Ni awak story cawangan kelima dah. Pertama pun I belum visit. kekekeke. Sedapnyeee...buat orang terliur je.

    BalasPadam
  6. dah lama tak makan naan... sekarang terasa nak makan lepas tengok u punya post.. hahahaha~~ looks tempting and yummy leh..

    BalasPadam
  7. Laju je Maha bab-bab makan ni ehhh. Nad dah lama sangat tak singgah dekat RSMY ni. Kali terakhir singgah dulu setahu Nad ada 2 cawangan je RSMY ni, tahu-tahu dah ada 5 cawangan ye. Laju diorang ni buat kerja hahaha. Btw, dia punya naan cheese memang sedap melelehhh!

    BalasPadam
  8. Eh lapar pula bila pasal makan. Tiap kali ke blog ni, mesti pasal makan. Hehe menarik tau. Mcm² new food and viral food semua boleh tahu. Almaklum cx tk berapa uptodate. Hahah anyway cx suka cheese naan. Sedap! Huhu. Nanti blh try la

    BalasPadam
  9. wah cawangan dh ada 5 skarang...mmg suka cheese naan kt sini..sbb cheese nya byk btul..mkn plak ngan ayam tandoori....yummmyyy...slalunya pegi cawangan medan tunku or danau kota...wah ada set promo tu bgs juga

    BalasPadam
  10. wahhh i ni tengah lapar...been clean eating today...and im so hungry...i could really eat a good naan and tandoori chicken...this look so damn good...i nak try one of the day!!

    BalasPadam
  11. ermm..sedapnya. dah la tengah lapar ni. tu dapat makan panas2 sedapnya. pilihan lauk untuk cicah pun banyak. bila Maha nak belanja BBL makan?

    BalasPadam
  12. pergh naaan cheese dia nampak melting gitu !! tiba tiba pula rasa nak pergi makan roti naan cheese.... hmmph lapar tetiber* ayam tandoori pun nampak menggoda juga... tahniah for the 5th branch rsmy !!!

    BalasPadam
  13. Ala ala. Selalu jugak tengok orang duk pergi makan dekat RSMY ni. Tengok tengok ni dah cawangn kelima? Saya tak pernah lagi nak datang merasa dekat sini

    BalasPadam
  14. Dari dulu lagi teringin nak makan cheese nan tau .Geram tengok cheese tu yang melimpah ruah .Tahnks share entry pasal cheese nan ni .Nanti pergi KL nak singgah makan kat sini .Tak kira .

    BalasPadam
  15. Wawa suka gila makan cheese nan.. Sbb mng fav wawa... Hehehe.. Kat sini pon ade tp nk mkn asyik penuh je kedainya... Tgk gmbr ni kecur air liur eden.. Hahaa

    BalasPadam
  16. Wah bestnya makan cheese naan ni. kedai viral tau ni. cheese naan dia bertahun puas hati makan. baru lah real kan. tak pernah cuba nasi campur lg. nanti nak cuba. dekat dengan Jakel Mall eh. bleh la sebelum nyoping pi sini makan kekenyang kumpul tenaga.

    BalasPadam
  17. Pernah makan kat sini..memang ordrr cheese nan dia, mmg sedap. Baru ni gi buat cermin mata kat area sana tapi tak dn nak singgah..rugi betoi

    BalasPadam
  18. Nak terjahlah sebab sampai orang beratur nak makan. Capsquare pun dekat je dgn rumah. Tgk cheesenya bukan main meleleh. Sekarang ada set promo lagi. Menarik juga

    BalasPadam
  19. belum pernah try lagi rsmy ni, tengok gambar dh tau bestnya, set tu pun ok untuk.yang nak cuba

    BalasPadam
  20. Kita tak pernah makan naan cheese tau. Hehe
    Selalu tengok sedapnyaaa orang dok makan.
    Tapi diri sendiri was was nak makan.
    Tak tahu napa.
    Maybe sebab dok pikir, roti canai sekeping pun payah nak hbiskan. Ni kan pulak naan cheese. 😌

    BalasPadam
  21. laaa.. dah byk cawangan rupnay... dok p lah kat medan tunku tu jer hehehhe

    BalasPadam