MBO Starling Mall,

Yoodo Menganjurkan Hari Bertemu Komuniti Sempena Ulang Tahun Yang Pertama

Rabu, Disember 12, 2018 Mahamahu 20 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. 8 Disember 2018 yang lalu telah berlangsungnya Yoodo Community Meet-Up Day juga dipanggil sebagai Yoodoers yang bertempat di MBO Starling Mall. Hari komuniti ini adalah peluang untuk meraikan dan mengucapkan terima kasih kepada semua pelanggan setia Yoodo. Kalau korang tak tahu Yoodo adalah perkhidmatan mudah alih digital bebas yang menawarkan perkhidmatan pertama yang benar-benar disesuaikan dengan fleksibiliti, ketelusan dan kemudahan pelanggan.


Komuniti Yoodo telah dibentuk sejak Januari 2018 lagi dan mempunyai komuniti dalam talian paling berjaya mencapai hampir 200,000 pengguna yang melawat platform dan menerima 2 juta pandangan daripada masyarakat Malaysia. Matlamat utama penubuhan komuniti ini adalah untuk menggalakkan dan membolehkan para pelanggan berkongsi pengalaman mereka tentang Yoodo dan menyediakan sokongan kepada pelanggan.




Bestnya menjadi Yoodoers sekiranya korang ini aktif dalam komuniti berpeluang menerima ganjaran dari segi kredit dan barangan eksklusif seperti payung, baju, pelekat kereta dan lain-lain. 


Empat ciri baru sekiranya korang menyertai Yoodo Community ini :- 

1) Yoodo melancarkan Roam Like Home Plus. Pelan ini unik di mana ia membolehkan pengguna menggunakan pelan tempatan mereka apabila mereka keluar dari Malaysia dengan kredit RM10 atau RM20 selama 24 jam, bergantung kepada negara yang mereka layari. Roam Like Home dan Roam Like Home Plus kini telah merangkumi 53 buah negara.

2) Perbankan Dalam Talian akan tersedia untuk Yoodo menjelang akhir Disember 2018 Ini adalah tambahan kepada saluran pembayaran semasa kredit atau kad debit dan PayPal 

3) Berdasarkan maklum balas daripada komuniti dalam talian, Yoodo merancang untuk melaksanakan perkongsian data pada 2019 Pengguna akan dapat menentukan jumlah data yang akan dikongsi dengan orang lain.

4) Merancang untuk malaksanakan Flexi Booster menjelang tahun depan. Mengenai ciri ini, sekiranya pengguna membeli booster lebih dekat pada tarikh luputnya, penggalak menjadi lebih murah.



Pada hari tersebut ramai juga Yoodoers yang dijemput untuk hadir dimana mereka semua diraikan dengan pelbagai aktiviti menarik seperti permainan, cabutan bertuah dan tayangan movie. Pada hari itu juga beberapa orang yang menjadi pelanggan setia dan aktif Yoodoers telah dianugerahkan hadiah Longest Active SuperUser, Most Active SuperUser dan Most Promising New SuperUser. Semua ini menerima hadiah telefon pintar dan hadiah sampingan lain best seronok tengok mereka menang.


Maha juga telah menjadi pengguna Yoodo ini kerana korang boleh pilih untuk service yang mana paling korang mahukan mengikut kegunaan korang. Contoh kalau nak lebihkan penggunaan data boleh laraskan dan juga bila masa akan datang rasa tidak cukup boleh ditambah lagi dimasa akan datang. Sangat flexible dan menyenangkan semua dalam aplikasi Yoodo. Jadi mungkin ini satu pilihan untuk menjadi pengguna internet bijak. Harap tahun depan ada lagi hari macam ni mungkin nama korang lah naik menang hadiah istimewa. Terima kasih Yoodo.







20 ulasan:

  1. ehhh i tot yoodo tu brand for power bank! hahaha didnt know they got payment gateway too!

    How to deal with markets ups and downs?

    BalasPadam
  2. HBD Yoodo.... semoga makin sukses berjaya dimasa akan datang. Maha pasti senang bisa gabung di Yoodo Community boleh dapat byk manfaat. Abby boleh lah iku gabung? Hehehee

    BalasPadam
  3. haritu ada tengok pakej yodoo ni boleh tahan menarik jugak tapi sebab dia baru lagi kan airah tunggu feedback orang lain jugak haha.tapi bila dah ada meet up macam ni lagi faham la apa yang diaorang tawarkan

    BalasPadam
  4. Pernah dengar tapi tak pernah tau apa platform yoodo ni...lepas dah baca baru faham just belum tergerak hati nak mencuba..kena tgok dan explore betul2 sebelum join community ni kan..

    BalasPadam
  5. Ohh baru tahu. Pernah dengar tapi x tahu
    Benda apa ni. Tapi nak kaji dulu kelebihan dia sebelum join

    BalasPadam
  6. insteresting. new info for me. So many brand in malaysia yang kita belum explore! at least lepas ni kalau google jumpa blog mahumahu.com. hehe

    BalasPadam
  7. I pernah dengar Nama but tak pernah ambik tahu brand for what product. I Mati Mati ingat no brand power bank. So lucky of u to be part of the brand.

    BalasPadam
  8. familiar nama yodoo macam brand gadget..baru tahu yodoo ni platform multitasking..info menarik senang nak travel kat kuar lepas ni.

    BalasPadam
  9. Tak pernah tahu pun Yoodo ni apa..ketinggalan betul sis ni ekk. Nanti sis survey lah ttg produk ni..nak tahu lebih lanjut..sekurang2nya lebih memahami..kalau orang tanya tak le melopong mulut hehehe

    BalasPadam
  10. Sy pun guna yoodoo jugak utk mak ayah. Pakej yg flesibel, harga yg amat berpatutan dan mengikut keperluan kegunaan kami. Best!

    BalasPadam
  11. First time dengar pasal jenama ni. Agak-ada ada coverage tak kat Sarawak? Kalau ada, boleh la nak try kan.

    BalasPadam
  12. Pernah ternampak Ads tentang ni tapi tak ambil kisah sangat. Rupa-rupanya ia macam ni. Btw, dekat Sabah mungkin ia belum ada kan ?

    BalasPadam
  13. Ruby ada sim kad Yoodo ni. Berminat selepas iklan mereka yang ada makcik tu jawab Whatsapp la. Sebab banyak pakej TELCO masih ada bg 100sms percuma. Tp kita tak guna pun. So boleh set la apa kita guna. Contoh ruby guna data internet je banyak. 20Gb RM 20. Call talk 500 jam selama sebulan RM 29. Murah gila. Kita boleh tukar semua ni tiap bulan. Kalau takmo call pun takpa. Just bayar RM 20 utk internet. Bagus kan?

    BalasPadam
  14. Actually sblm ni tak tau pun yoodo ni apa hahah..eh tp awak dah macam duta yoodo la wak..

    BalasPadam
  15. First time dengar Yoodo ni. Nama macam brand ice cream pun ada 😭 Rupanya internet plan. Kita sebagai pengguna makin banyak pilihan bila bertambahnya platform macamni. Siap ada anugerah most active superusers lagi ye.

    BalasPadam
  16. Kenapa kita tak tau pasal yoodoo ni erk. .Hehehe. .Nampak kene download dn tengok macam mana fungsi dia erk. .Takpun google baca pasal dia.. Macam menarik sebb banyak benda yang kita akan dapat ni. .tq maha share psl ni

    BalasPadam
  17. Mmg berbaloi dgn Yoodo ni. Panggilan percuma pun banyak.. ada hari komuniti mcm ni pun seronok!

    BalasPadam
  18. Kita baru first time dengar ni. Haha
    Duduk dalam gua betul la. 😄😄
    Masih tak berapa nak memahaminya lagi.
    Kena cari info lagi ni..

    BalasPadam
  19. First time lah Lia dengar pasal Yodoo ni. Nama pun catchy dan menarik . Banyak juga keistimewaan dari Yoodo ni. Kena banyak explore lagi ni.

    BalasPadam
  20. Ingat apa la yoodo ni.. Mcm jenama susu kuktur plak.. Hahhaha... Tpi baru tau banyak keistimewaan yoodo ni...coverage kuat tak

    BalasPadam