Chines New Year,

Program Menyantuni Golongan Memerlukan Sempena Tahun Baru Cina Dari IOI City Mall

Jumaat, Januari 25, 2019 Mahamahu 1 Comments

Salam sejatera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Musim perayaan nak menghampiri ini golongan yang susah sangat beruntung kerana apa ada sahaja pihak yang sudi membantu mereka dan juga memberi keceriaan dalam kehidupan mereka. Begitu juga yang dilakukan oleh IOI City Mall dengan meneruskan tradisi menyebarkan kegembiraan, kebahagiaan dan senyuman kepada tetamu istimewa mereka baru-baru ini.



IOI City Mall bersama-sama dengan IOI Properties, Marriott Hotel Putrajaya, Palm Gardens Hotel dan Palm Garden Golf Club memberikan kembali kepada 100 orang warga emas, tetamu istimewa dan penjaga mereka dari Rumah Victory Puchong, House of Joy Puchong, Sisters Of Poor Cheras dan Persatuan Rumah Amal Murni Kajang meraikan mereka untuk majlis makan malam perjumpaan mewah.




Maha juga sempat bersama dengan mereka pada hari pernuh kegembiraan dan kebahagiaan itu. Makan malam bertema 'di bawah bintang' telah diadakan di West Garden Piazza mall. Sambutan tahun baru tak sah kalau tak ada Salmon Yee Sang kegemaran ramai yang disediakan khas oleh Marriott Hotel Putrajaya. Acara malam tu semua tetamu dapat menggaulkan Yee Sang yang sangat panjang disediakan termasuk lah Maha sekali memang seronok.




Selain daripada dijamukan dengan makanan yang sedap-sedap pada malam tu semua orang dihiburkan oleh Kumpulan Tarian Singa Kwong Ngai yang mempamerkan persembahan tarian singa akrobatik mereka yang menampilkan 8 singa berwarna-warni semasa majlis besar! Persembahan lain termasuk tarian Diabolo LED yang sangat menarik. Maha tak pernah tengok persembahan ini terpegun dengan kemahiran mereka. Tetamu lain juga semua gembira dan terhibur seronok sangat satu hari tu.




Sebelum itu, pada waktu siang, tetamu istimewa ini diraikan dengan membeli-belah keperluan khas untuk sambut Tahun Baru. Semua ini dengan murah hati telah ditaja oleh Good2U yang terdapat dalam IOI City Mall ni. Goodie Beg dan Ang Pows juga diserahkan kepada tetamu istimewa dan keperluan khas lain yang diperlukan. Semua ini telah ditaja oleh Giordano, Cotton On, Suitable, Caring Pharmacy, HomePro, Tesco dan sudah tentu IOI City Mall sendiri.




Seronok tengok golongan ini dapat diraikan setahun sekali macam ni dan harap program yang mulia ini dapat diteruskan setiap masa agar kita tidak melupakan mereka yang kurang bernasib baik. Dalam kita bergembira mereka juga haru kita raikan. Korang juga boleh sertai program amal macam ni jangan nak buat untung sahajakan. Tahniah IOI City Mall dan semua yang terlibat dalam program mulia ini.  








1 ulasan:

  1. Tahniah IOI City Mall kerana berjaya memberikan golongam kurang mampu rasa kegembiraan di hari perayaan. Dan tahniah juga buat MahaMahu yang sentiasa hebat😁

    BalasPadam