Buffet,

Pecinta Makanan Negeri Sembilan Masa Untuk Nikmatinya Di Putrajaya Marriott Hotel

Sabtu, Mac 16, 2019 Mahamahu 1 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Siapa sini orang Nogori Sombilan? Siapa suka makan Masak Lomak Cili Padi? Ini masanya untuk korang yang memang pecinta makanan berlemak, pedas, masam dan masin secukupnya boleh datang ker Zest Lifestyle Restaurant terletak dalam Putrajaya Marriott Hotel


'Promosi Makanan Negeri Sembilan' yang dibawahkan kali ini disediakan bukan calang-calang orang tau. Hanya orang nogori jer yang pandai masak hidangan ni siapa lagi yang asal dari sana kalau bukan selebriti chef kita Chef Dato' Ismail. Chef adalah anak jati Rembau dan masakan nogori ni memang dah jadi kepakaran beliau. Kini dibawa ke hotel ini untuk dinikmati oleh semua rakyat Malaysia.




Menurut kata chef masakan Negeri Sembilan ini dikenali dengan hidangan berasaskan lemaknya dan penggunaan rempah-rempah yang asli. Bahan-bahan tempatan yang selalu digunakan dalam masakan Negeri Sembilan adalah seperti santan, cili padi, asam keping dan belacan adalah penting untuk memastikan ia adalah ternyata asli dan sedap seperti asal. 


Sebab itu tak ramai orang yang pandai masak hidangan nogori ini Maha sendiri pun banyak kali belajar masih tak sama seperti mana yang orang asal buat. Kali ini chef membawakan lebih daripada 30 jenis masakan tradisional Negeri Sembilan kepada orang KL terutamanya. Masakan yang korang boleh dapatkan sempena dengan promosi hebat ini adalah :

Makanan sampingan

Lawa Terung Bakar | Lawa Jantung Pisang | Lawa Daging Salai | Sambal Tempoyak Daun Kayu | Rendang Pucuk Ubi | Rebusan Tulang (sup tulang)






Menu utama

Daging Salai Masak Lemak | Rebung Masak Lemak bersama Perut | Telur Itik Masak Lemak bersama pucuk ubi | Masak Lemak Sembilang Salai bersama Rebung/Mangga Muda/Belimbing Buluh | Siput Sedut Masak Lemak bersama Batang Keladi | Rendang Daging Hitam | Gulai Itik Salai | Hati Lembu Masak Kunyit | Labu Masak Lemak | Betik Muda Masak Lemak Ikan Masin | Lemak Nangka Muda Bersama Daging | Sambal Udang Petai Bersantan | Masak Lemak Udang Bersama Peria Katak | Lemak Ikan Sepat Masin Cili Kering | Kacang Panjang Lemak Ikan Masin








Pencuci mulut

Sepang Berkuah | Kelompong/Buah Melaka | Ketayap | Kuih Genggang | Agar-agar Merah | Tapai Pulut | Apam Johol | Lemang | Pulut Kuning






Makanan ini korang boleh dapat setiap hari kat hotel ini kerana setiap hari mereka akan pastikan makanan berbeza dihidangkan kepada tetamu yang datang. Korang boleh nikmati untuk bufet makan tengah hari atau juga untuk bufet makan malam. Harga untuk bufet tengah hari adalah RM110 nett bagi dewasa dan RM55 nett untuk kanak-kanak. Manakala bufet makan malam pula lain sikit RM128 nett untuk dewasa dan RM64 nett untuk kanak-kanak


Promosi hidangan negeri ini hanya berlangsung dari 13 Mac hingga 31 Mac 2019 sahaja tau jadi hari ni boleh lah pergi makan. Memang puas hati bak kata orang makan sampai menjilat jari sebab rasa dan bau masak lemak tu tak akan hilang sehingga korang basuh dengan pencuci ok. Maha sendiri dah menikmati hidangan ini rasa macam nak datang hari-hari makin bertambah lemak nanti wakakakak. 




Selain daripada makanan korang juga boleh nikmati persembahan alat muzik traditional yang didendangkan sepanjang promosi ini. Juga ada jualan produk warisan dan budaya seperti batik & songket tenun, jualan kuih muih dan biskut tradisional, pakaian tradisi dan juga macam-macam lagi ada kat ruang legar hotel ini. Semua ini dibawa kerjasama antara Putrajaya Marriott Hotel dan Jabatan Warisan Negara. Korang kena cuba makanan kat sini ok sebab Maha dan try sendiri air tangan chef sangat sedap dan asli. Selamat menjamu selera semua ok.

Pertanyaan promosi ini atau tempahan hubungi :
Tel : 603 8949 8888







1 ulasan: