Asam Laksa,

Makan Dan Minum Di Restoran Mangkuk Ayam Lagi Halal Dan Sedap

Isnin, April 29, 2019 Mahamahu 0 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Kali ini Maha nak bawa korang ke sebuah restoran yang menyajikan makanan kesukaan rakyat Malaysia seperti Mee Kari, Asam Laksa, Rojak dan banyak lagi. Tapi unik kerana ia di hidangkan dalam mangkuk ayam yang mempunyai lukisan bermotifkan ayam. Selalunya mangkuk ni kita boleh dapat di restoran cina sahajakan.

Restoran yang Maha maksudkan adalah Restoran Mangkuk Ayam kerana hampir semua menu mereka dihidangkan dalam mangkuk ayam ni. Restoran ini teletak di Level P10 Dpulze Shopping Centre Cyberjaya. Kalau korang yang tinggal area Putrajaya, Bangi, Kajang, Sepang dan yang berhampiran denganya boleh datang sini sangat dekat.




Macam Maha sebutkan sebelum ini semua menu di sini adalah masakan tradisi rakyat Malaysia. Kalau korang suka dengan makanan berasaskan mee boleh cuba koleksi terbaik mee mereka iaitu Asam Laksa, Mee Kari Ayam, Mee Rojak dan Kueh Teow Sup Ayam. Memang ia dihidangkan dalam mangkuk yang bersaiz besar dan juga cukup segala bahannya seperti perahan limau dan juga sambal. 
Asam Laksa - RM11.90

Mee Kari Ayam - RM12.90

Kueh Teow Sup Ayam - RM11.90

Antara semua menu utama mee ini Maha paling suka adalah Asam Laksa mereka kerana ada seekor ikan sardin didalamnya dengan kuah yang pekat dan memikat. Memang boleh habislah satu mangkuk ni untuk Maha makan seorang sahaja hehehe.
Nasi Lemak Rendang Daging - RM13.90

Nasi Lemak Kari Ayam - RM12.90

 Nasi Lemak Ayam Goreng Panas - RM12.90

Kalau yang suka makan nasi boleh juga mencuba mereka punya variasi nasi seperti Nasi Lemak Rendang Daging, Nasi Lemak Ayam Goreng Panas, Nasi Indo Siam Ikan, Bubur Ayam dan juga Nasi Air Special Kelantan. Semua nasi mereka ni pun dihidang dalam pinggan yang ada motif ayam ok bukan sahaja mangkuk. 
 Nasi Indo Siam Ikan - RM13.90

Nasi Air Special Kelantan - RM13.90

Nasi Lemak Bungkus Daun Pisang - RM3.90

Kalau untuk nasi ini pula yang paling Maha tertarik adalah nasi lemak mereka. Korang boleh rasa cukup lemak santannya dan juga sambal mereka pedas-pedas manis. Tapi kalau korang suka pada origanaliti nasi lemak bungkus daun pisang kat sini mereka ada juga jual dengan harga RM3.90 sahaja untuk satu bungkus. Special ni boleh makan bila-bila masa bukan sarapan pagi sahaja tau.
Mee Rojak Sotong -RM11.90

Rojak Biasa - RM7.90

Taufu Sumbat - RM7.90

Tu baru bahagian menu utama kalau restoran macam ni mesti akan ada juga pilihan snak atau makanan sampingan mereka. Kat sini ada banyak menu side dish seperti Rojak Biasa dan juga Rojak Buah, lepas tu ada pula Taufu Sumbat, Kari Bebola Ikan dan juga Pecal Sayur. Tak lari dengan kesukaan rakyat Malaysia semua ni.
Kari Bebola Ikan - RM7.90

Pecal Sayur - RM7.90

Kalau pencuci mulut apa yang korang suka mesti lah ABC atau Cendolkan. Kat sini semua ni ada dengan saiz yang tinggi melangit hehehe. Juga ada tambahan lain seperti Mangga Ais dan juga Lai Chee Keng. Tengok lah tu mangga ais tu sangat sedap pekat dan juga isi buah mangga di atasnya pasti lega tekak dibuatnya bila dapat hirup diwaktu panas terik.
ABC - RM7.90

Cendol - RM6.90

Mangga Ais - RM7.90

Minuman-minuman lain tu pun ada juga cuma yang kat sini lain sikit kerana ada jus special iaitu Jus Kedondong Asam Boi dan Jus Limau Kastar Asam Boi. So pilihan ditangan korang mana yang nak dan juga mana yang memikat hati untuk makan tengah, minum petang atau juga makan malam.



Sebab restoran ini dibuka setiap hari dari pukul 11.00pagi hingga 10.00malam. Paling penting adalah restoran ini mempunyai sijil Halal yang masih sah daripada JAKIM. So korang boleh makan tanpa was-was. Nanti kalau dah makan sini korang share ngan Maha mana menu yang korang paling suka. Mana tahu boleh belanja Maha pulak nanti ok. Selamat mencuba dan selamat menjamu selera semua ok.

Sebarang promosi dan juga update terbaru layari :-







0 Pandangan: