Atmosphere 360,
Buka Puasa Di Restoran Berputar Tertinggi Di Asia Tenggara - Atmosphere 360
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Kalau korang nak rasa buka puasa dengan suasana yang sangat berbeza di restoran berputar dan terletak di puncak tertinggi di Asia Tenggara korang kena datang ker sini. Mana lagi kalau bukan kat Restoran Atmosphere 360 Menara Kuala Lumpur. Ini adalah pengalaman berbuka puasa Maha yang paling best dan seronok.
Korang berada pada ketinggian 282 meter dari aras bawah dan dapat melihat pemandangan indah diwaktu malam sekitar kota metropolitan Kuala Lumpur. Restoran ini telah beroperasi sejak tahun 2011 dan telah menerima lebih daripada 1 juta pelanggan sehingga ke hari ini.
Bukan selalu dapat naik menara ini tanpa tujuan tapi bila dapat buka puasa kat sini sangat bermakna buat Maha. Korang juga boleh kerana ia dibuka kepada semua sekiranya korang membeli pakej buka puasa di sini. Bagi bulan puasa kali ini restoran ini menawarkan hidangan bufet yang berasaskan masakan tradisi Melayu dan juga antarbangsa yang modern.
Terdapat beberapa menu menarik yang dihidangkan di sini seperti Asam Pedas Ekor Lembu, Durian Pancake, Serawa Durian dan pulut, Patin Tempoyak, Chili Crab serta banyak lagi. Ada juga pilihan BBQ yang di grill secara langsung sewaktu sesi berbuka nanti.
Selain dijamukan dengan makanan yang enak dan lazat korang juga akan dihiburkan dengan persembahan Ghazal dan juga kugiran muzik yang dikhaskan untuk menghiburkan korang sepanjang bulan puasa ni.
Harga untuk buka puasa kat sini unik sikit ada beberapa pakej seperti :
1) Diskaun 50% untuk 30 tempahan pertama
2) Diskaun 40% untuk 30 tempahan kedua
3) Diskaun 30% untuk 30 tempahan seterusnya
Maksudnya daripada harga asal tiket untuk naik Menara Kuala Lumpur ini korang akan dapat diskaun untuk setiap jumlah tempahan yang telah dicapai. Ssekarang ni untuk diskaun 50% tu telah habis kerana pemintaan yang sangat menggalakkan. Tapi ingat promosi ini hanya layak untuk pemegang MyKad sahaja. Nak bagi peluang rakyat Malaysia terus mengunjungi monumen terunggul di tengah KL ini.
Bufet buka puasa ini telah bermula dari 6 Mei hingga 4 Jun 2019 dan hanya sah untuk waktu 6.30 petang hingga 11.00 malam sahaja tau. Lepas daripada itu korang akan dapat harga biasa untuk peluang naik ke menara ini. Jadi tengah murah ini boleh lah booking sekarang sebelum terlambat. Mereka juga akan buka kaunter Zakat di restoran untuk memudahkan pengunjung membayar Zakat Fitrah yang wajib.
Tempahan dan juga pertanyaan hubungi :
Tel : 03-2020 2121/2020
Tel : 03-2020 2121/2020
0126604375 Shikin
0126604370 Abdul Salam
0126604371 Kim Cheah
0126604374 Nazrin
0126202052 Susan
0126604373 Bob
Laman web : www.atmosphere360.com.my
0 Pandangan: