Agrobatik,
IMAGINATRICKS Persembahan Akrobatik Menakutkan Dan Menggerunkan Di Genting International Showroom
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Ni sambungan daripada kisah Maha dan kawan-kawan blogger pergi naik Genting Highlands untuk sahut cabaran Sub-Zero Challenge di Snow World. Lepas sahaja bertahan berejam-rejam dalam kesejukan dan juga ketahanan fizikal dan mental kami semua di berikan satu hiburan yang sangat menyeronokkan dan mengkagumkan.
Dimana kami dibawa menyaksikan IMAGINATRICKS di Genting International Showroom. Maha ni memang orang yang suka tengok persembahan macma ahli silap mata, akrobatik, sarkas dan perkara yang menguji pandangan dan pemikiran penonton. Sebab itu kali ni teruja nak tonton Imaginatricks iaitu satu persembahan aksi yang menggabungkan campuran trik, akrobatik, tarian dan komedi yang sangat menakjubkan.
Persembahan ini dibawakan daripada Paris ke Genting Highlands untuk memberi hiburan kepada pengunjung disana. Bila masuk panggung tu Maha jadi teruja sebab tak sabar nak tengok apa yang mereka akan berikan sepanjang persembahan 1jam tersebut. Malam tu persembahan bermula dengan penampilan seorang yang nak kata badut pun tidak tapi tampil setiap kali selingan macam pengacara majlis pun ada juga. Tapi gaya persembahan yang sangat santai dan menghiburkan selalu buat lawak yang buat semua penonton tak kering gusi. Bila beliau muncul sahaja semua orang dah standby nak gelak itulah watak yang bagi Maha sangat menarik.
Selepas tu persembahan pertama dimulakan dengan pembukaan tarian daripada ramai juga penari yang sexy dan juga mengenakan kostum yang menarik. Bagaikan daripada negara jauh di benua lain membawa persembahan tarian yang begitu sempurna. Mungkin kurang sesuai untuk tontonan kanak-kanak sebab banyak penampilan orang dewasa kat sini. Tapi ada juga ibu bapa yang bawa anak-anak mereka nak berhibur sahaja.
Paling takut sekali ada bila tiba masa persembahan akrobatik yang mana ada persembahan menyeberangi seutas tali yang direntang tinggi melintasi pentas utama. Pelagak ngeri ini perlu melintasi tali tu tanpa sebarang peralatan perlindungan ditubuh mereka hanya beberkal dengan sebatang kayu sahaja. Masa tu lah rasa macam nak runtuh jiwa ni bila mereka dengan riang gembira berlari, menari, melompat, melompat tali, menunggang basikal, mengimbangi kerusi dan macam-macma lagi.
Malam itu juga mereka memecahkan rekod mereka tersendiri dimana menampilkan aksi piramid manusia yang merentasi seutas tali sahaja. Itu sangat mendebarkan dan rasa memang mereka ni semua proesional lah dan respect sebab berjaya menghabiskan semua cabaran tu tanpa ada masalah pun huhuhu.
Selain daripada menggunakan skill dan juga kemahiran dalam persembahan pada malam itu dalam Imaginatricks juga menggunakan teknologi bagi menarik minat penonton. Mereka menggunakan teknologi screen dan juga cahaya yang bermain bersama dengan penari dan juga kadang-kadang ia menyentuh emosi penonton melalu alunan lagu yang menjadi background persembahan.
Lagi menarik dimana ada penari yang membuat persembahan rutin Adagio Skating Ais yang indah mengikut rentak lagu. Walaupun kat atas pentas tu tiada ais sekali pun tapi tarian mereka sangat lancar dan juga beberapa aksi menarik membuat kita rasa takut juga. Banyak lagi persembahan mereka pada malam tu buat kita rasa tidak bosan dan sangat sekejap jer walaupun sudah habis 1jam masa berlalu.
Tiket untuk menyaksikan persembahan IMAGINATRICKS telah mula dijual dengan harga RM196 (Preferred), RM146 (PS1) dan RM96 (Gallery). Yuran pemprosesan tambahan sebanyak RM4.00 dikenakan. Ahli GRC (Genting Gewards Card) menikmati diskaun 10% standard melalui tunai, kad kredit atau penebusan Genting Points.
Persembahan ini akan berlangsung sampai tahun depan dan ada slot setiap hari pada jam 8 malam kecuali pada hari Ahad pada jam 4 petang. Ia telah bermula dari 25 Mei 2019 hingga 24 Mei 2020 (dengan tambahan jam 4 petang pada hari Sabtu). So kalau korang ada kat puncak Genting tu boleh lah ambil masa untuk menyaksikan persembahan yang menarik bagi Maha ni. Kita tak akan dapat saksikan ia ditempat lain melainkan luar negaralah.
Maklumat lanjut layari :-
Laman web : www.rwgenting.com
Tel : +603 2718 1118
Wow, menarik betul. Untung la dapat merasai pengalaman tengok akrobatik ni. Berapa harganya? Persembahan pun dah tak macam zaman sarkas. Siap tambah teknologi, lightning lagi. Memang akan rasa takjub berlebihan. Haha
BalasPadamBestnyaaaaa iolls is jelly! Pernah tgok dulu2 rasa macam woahhhhh hati berdebar2 tengok live performance lompat menari menyanyi. But ni besar ni skala tgok dari gambar Maha share. Confirm lagi dub dab dub dab tengok! Nak piiiiiiiii tgok!
BalasPadamAkrobatik ni pernah pergi masa kecik2. Arwah papa dan arwah mama pernah bawa. Ada kat pertunjukan sarkis. Ni Mat Salleh. Masa tengok kecik dulu china. Ada balance pinggan banyak2, hayun dari satu tiang ke tiang yang lain, dan ada orang dalam bulatan seakan bola dikelilingi motor. Eiii ngeri. Takut berlanggar dengan motor yang bawak laju dalam tu je.
BalasPadamBest kan Maha? Cuma pakaian tu agak err.....
Interesting show. I nak go tengok tapi tak berkesempatan. Love the costume Cantik. Mesti stunt they all mendebarkan.
BalasPadamnak tgk sangat screen trick tu life..selalu tgk dalam TV je
BalasPadamtengok depan amta memng nampak macam ngeri, terkjut tapi seronok la kan..ehhee..sebba hebat diaornag dapat biat tu semua..
BalasPadamWah seronoknya...Bonde suka event macam ni boleh tengok depan-depan, Lama tak tengok pertunjukan macam ni, last tengok bila tak ingat! kalau macam ni nak plan pergi gentinglah boleh tengok depan-depan tengok tarikh pertunjukkan hingga 24 Mei 2020
BalasPadamBestnya! Airah suka tengok persembahan macam ni menggerunkan tapi dalam masa yang sama excited tengok. Harap ada rezeki la nak tengok lagi
BalasPadamBestnya dapat tengok persembahan akrobatik kat sana. Bila te gok diorang buat aksi akrobatik rasa seriau tuh ada tapi dalam masa yang sama kagum dengan kebolehan dioranv buat aksi akrobatik
BalasPadamWalaupun menakutkan dan menggerunkan tp rasa teruja untuk tengok. Lamanya dh xdatang ke genting. Nak kena pergi nie. Tp nak tunggu taman tema siap dulu bru kita pergi
BalasPadamBestnya korang dapat tengok live semua akrobatik ni.. alahai.. kalau dapat tengok sama kan best.. TB dah lama tak pi genting ni.. ada 15 tahun yang lepas kot.. hahaha.. lama kan.. semua ni pun takde lagi masa tu..
BalasPadamwohooo best giler. Lama tak tengok pertunjukan macam ni. kat genting pulak tu bertambah lah kesronokannya. dulu selelau tengok buat kat sunway jerlah hehehehe...ala...bila nak naik genting ni
BalasPadam