Berita,

Sah Produk Gula-gula Creamy Candy Jenama White Rabbit Tiada Halal

Selasa, September 10, 2019 Mahamahu 2 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Ramai peminat gula-gula yang semakin menjadi popular di Malaysia sekarang ini iaitu Creamy Candy White Rabbit yang di import ke Malaysia dan beberapa negara Asia Tenggara. Bukan sahaja popular dalam bentuk gula-gula tapi juga dihasilkan sebagai perisa aiskrim. 


Namun baru-baru ini kenyataan dari Kementerian Hal Ehwal Ugama Negara Brunei Darussalam melalui Bahagian Kawalan Makanan Halal (BKMH) telah mengesahkan gula-gula susu White Rabbit merupakan salah satu produk yang tidak halal selepas laporan ujian makmal mendapati terdapat kandungan protein khinzir dalam ramuannya. 


Di negara tersebut juga telah mengambil langkah untuk mengasingkan dan meletakkan serta melebelkan gula-gula serta semua bahan yang diimport dibahagian tidak halal. Begitu juga dengan Jabatan Kemajuan Islam Malayisa (JAKIM) menyatakan bahawa tidak pernah menerima permohonan sijil Halal terhadap gula-gula susu White Rabbit, yang diimport dari China ini.

Namun kajian mendalam akan dilakukan oleh JAKIM bersama dengan Kementerian Kesihatan tentang kandungan seperti mana yang didakwa oleh negara jiran tersebut. Jadi kita sebagai orang Islam sekiranya ada rasa was-was maka lebih baik ditinggalkan agar tidak diterlibat dalam Syubha. Sebuah negara yang kuat amalan Islamnya juga telah menyatakan sebegitu lebih baik kita jauhkan. Hanya sekadar peringatan dan nasihat. 








2 ulasan:

  1. aduiiiii sedap makan gula2 khinzir sebelum ni rupanya..fuhhh

    BalasPadam
    Balasan
    1. itu yang buat sedap tu akak hehehehe tak apa tak mati kalau tak makan banyak lagi produk muslim githuww...

      Padam