Dapur,
1 tin sos pasta 290gram Prego Makaroni & Keju
Wajib Kena Ada Prego Sos Pasta Makaroni & Keju Baharu Ini Mudah Giler
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Hari-hari nak fikir untuk masak kat rumah, macam Maha ni suka cari yang mudah untuk disediakan dan pastinya kena sedap. Tak kisah lah kalau hanya campur sahaja dah siap yang penting kena dengan selera. Kadang-kadang nak juga cuba menu barat macam pasta atau spaghetti. Selalu yang membuatkan mood memasak terbantut adalah part nak menyediakan bahan.
Semua orang mesti akan paling tak suka part tu tambah lagi kalau penat balik kerja nak masak. Lepas tu nak kemas-kemas dan juga nak siapkan kerja lagi memang jawabnya buka makan yang segera jer lah. Tapi sejak Maha mula kenal satu produk dari Prego ni rasa macam hidup mula berubah. Yer lah nak masak pun jadi senang dan hanya tuang dan campur apa bahan nak kemudian sedap.
Yang Maha maksudkan adalah Prego Mac & Cheese Pasta Sauce. Selalu kita tengok sos pasta atau spaghetti yang bolognese guna sos tomato dalam botol. Tapi kali ini Prego sediakan yang penuh dengan cheese leleh dalamnya. Siapa yang pecinta cheese kalau semua menda makan nak tabur cheese kena cuba Prego Sos Makaroni & Keju ini.
Kalau korang yang kreatif sikit boleh masak menggunakan sos ini menjadi lebih menarik dan unik. Mungkin korang boleh jadikan seperti spaghetti roll atau ada yang suka letak seafood dalamnya. Tapi bagi maha suka yang simple jer sebab tu kali ni Maha share resipi mudah orang bujang yang berkerjaya nak cuba hehehe. Maha namakan sebagai Spaghetti Prego Makaroni & Keju Leleh sebab sekali tuang sosnya sangat kaya dengan chesse buat korang tak sabar nak rasa.
Jom Maha share resipi nampak gaya macam pro tapi cepat. Bahan-bahan yang digunakan:
1 tin sos pasta 290gram Prego Makaroni & Keju
150gram Prego Spaghetti
2 sudu besar Minyak Zaitun
100gram Sosej Ayam
3 ketul Cendawan Butang
Garam secukup rasa
Cara nak masak macam biasa Maha share dalam bentuk video agar korang boleh menghayati macam mana masak sos Prego ini. Wajib tonton sampai habis video ini ok kalau nak jadi pro hehehe.
Tak lamakan cara nak masaknya sangat cepat semudah 1.2.3 sahaja. Tapi Maha tahu korang luar sana lebih kreatif buat menu masakan ni. Boleh tambah dengan apa sahaja bahan yang sesuai mengikut citarasa korang. Prego Sos Pasta Mac & Cheese ini baru dipasaran dan juga korang boleh beli di pasaraya atau juga supermarket. Harga jualan hanya RM6.49 untuk satu tin dan boleh masak macam makan untuk satu keluarga hehehe.
Satu jer tips yang korang kena pastikan bila dah masak sos penuh cheese leleh ini kena makan panas-panas. Kalau biar lama dan sejuk ia akan mengeras. Tapi kalau dah lama sikit korang boleh panaskan dalam microwave sedap lagi boleh makan banyak kali sebab ia tahan lama juga. Lepas ni hari-hari lah makan guna sos keju leleh ni. Boleh masak dengan Udang Goreng Cheese, Ya Allah sedapnya nak cuba lah nanti.
Korang kalau dah cuba boleh share pengalaman memasak menggunakan produk ini ok. Nanti Maha boleh cuba resipi korang yang pelik-pelik dan menarik. Lepas ni masak kat rumah lebih mudah dan tidak memenatkan. Rasa lebih enjoy dan penting perut kenyang untuk sambung buat kerja lagi. Selamat mencuba semua ok.
Beli atas talian produk Prego dengan murah dan mudah https://t.productlink.io/a5g1q
Geramnya nampak sedap sangat maha masak guna sos pasta Prego Makaroni & Keju tu! Puas Yaya cari tau tak jumpa lagi kat supermarket area rumah yaya. Kena cari kat tempat lain pula ni. Nak ikut resepi maha la hee
BalasPadamtq sharing resepi ni.hujung minggu ni,nuna nak cuba buat laa macaroni guna sos pasta prego.dah lama nak makan macaroni keju.
BalasPadamPrego sos makaroni keju ni yang terbaru dan mejadi kegemaran anak dara SA dah...stok prego sos memang perlu ada kat rumah tu sebab adanya anak dara yang cepat membesar dan sentiasa selera makan x menentu memang kena ada stok makanan yang mudah macam ni...kadang2 akak suka juga untuk bawak bekal pi opis
BalasPadamMacam teringin pula nak makan kat rumah MM nie - nanti nak terjah je ke rumah MM sebab dah ada banyak Prego kan? Lagipun senang je nak masak kan. hehe
BalasPadamOMG banyak orang dah makan , saya belum lagi! Time to buy !!!
BalasPadamBanyak nya makan tu. habis tak? haha. Semoga bro sihat selalu dan tidak jemu share perihal makanan
BalasPadamTerbaik la Hans... Nampak sedap Dan menyelerakan.
BalasPadamSekali sekala kena jamu kawan kawan makan ni, masak sendiri 😊😊😊
Bestnya... Prego Keju ni hari tu dah beli belum cuba masak lagi. Memang buat lagi tak sabar nak masak bila baca entry mi
BalasPadamSis pun suka gunakan brand prego, mmg sedap. Sos yg ni sis belum cuba lagi. Nampak cam sedap, nanti boleh le sis cuba.
BalasPadambestnya prego ada sos prego keju lak.. senang la nak masak macaroni cheese nanti.. hehehe.. mesti makan bertambah kalau guna sos ni
BalasPadamBoleh Qiss cuba resepi ni. Kita jarang masak spaghetti kat rumah. Nak kena pi beli Prego. Senang betul cara sediakan dia.
BalasPadamMasya Allah... lapaq teruih ni... sedapnya la tengok spaghetti tu... nakkkkkk jugakkkkkk... dengan pantas akan ku singgah ke kedai berdekatan untuk mendapatkan sos Prego yang telah menambat hatiku ini... gitu... hehehehe...
BalasPadamTahu takpe mmg mudah gilaaaa la bila ada sos prego yg baru ni. Sup sap sup sap siap dah menu makan malam. Tapi kene masak bila dh ready nak makan la. Karang sejuk, kejung pulak air liur nak telan hahaha
BalasPadamSedapnya pasta cheese ni. Boleh lah buat kat rumah. Prego mmg jenama pilihan sebab harga berpatutan dan mudah nak masak.
BalasPadammaha ! mudah giler nak buat pasta. jimat masa. boleh masakkan untuk anak anak mek nanti. diaorang tak pernah rasa lagi pasta tu.
BalasPadamKalau masak gunakan preego masakan mmg jadi sedap.. Nmpk sedap je spageti tue.. Terliur AM Pagi2..
BalasPadamya Allah sedapnyaa lahaiiii wpon i x suke carbonara atau pun cheesy pasta tp prego ni sedap!! x mual huhu sbb my housemate selalu msk n mmg guna prego!!
BalasPadamterbaek.. sedap ni :)
BalasPadamsusu tepung rendah lemak
BalasPadamjenama susu
waktu sesuai minum susu
susu yang bagus untuk bayi
susu full cream