Damansara Utama,Resotran Toss N Curry Istimewa Kari Kepala Ikan Dan Juga Briyani Kambing
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Maha tahu kat mana sekarang ni nak cari masakan kari terbaik di Kuala Lumpur. Kari Kepala Ikan ker, kari kambing ker, atau juga Mee Kari kat sini lah tempatnya. Walaupun disebut sebagai Overnight Curry tapi ia bukanlah kari yang dimasak semalam tapi nama untuk melambangkan keenakan kari yang dihasilkan sendiri di sini.
Korang tahu tak restoran apa yang Maha maksudkan ini. Ini lah dia Toss N Curry yang terletak di Jalan SS21/62, Uptown Damansara. Maha pun pertama kali jejak kaki kat restoran ini. Kalau korang melalui lebuh raya SPRINT korang boleh melihat sebelah kiri lebuh raya ini dan nampak bumbung restoran yang berwarna merah hitam ini. Dari luar sahaja korang dah nampak exclusiviti restoran ini.
Mengetengahkan konsep modern Malaysia dimana korang boleh lihat ada campuran bangsa di Malaysia ini sendiri dalam restoran ini. Selain daripada penggunaan perabot yang lebih terkini dan juga mewah membuat korang rasa selesa untuk makan kat sini. Restoran ini no pork, no lard, no beef dan hanya menghidangkan daging ayam, kambing dan ikan, selain daripada makanan laut lain. Jadi memang semua orang boleh datang makan kat sini.
Sebut sahaja tentang menu kat sini macam Maha bagi tahu awal-awal tadi kat sini paling best adalah karinya. Special korang kena cuba bila datang kat sini adalah Overnight Fish Curry yang dimasak cara Indian. Karinya sangat pekat dan juga melekat rasanya kerana karinya dimasak dalam clayport mengikut cara tradisional. Makan pula dengan nasi putih dan juga sayur serta papadom memang best.
|
Overnight Fish Curry (RM18.90) |
Selain tu juga boleh cuba mereka punya Mutton Briyani yang menggunakan beras basmati terbaik dan juga daging kamping import yang paling mahal bukan biasa-biasa tau. Sebab tu korang dapat rasa kambing tu tiada lemak dan liat. Kemudian cuba juga mereka punya Mutton Masala Fried Rice dimana kambing tu masak kari.
|
Mutton Briyani (RM27.90) |
|
Mutton Masala Fried Rice (RM19.90) |
Kalau tak makan kambing boleh cuba mereka punya TnC Chef Special Chicken Rendang yang dihidang bersama dengan nasih juga. Rendang ini cara Melayu masak dan ia lebih pedas kerana menggunakan cili padi terbaik. Juga satu lagi nasi adalah Nasi Lemak Grilled Chicken. Menarik kerana semua makanan kesukaaan rakyat Malaysia ada kat sini kan.
|
TnC Chef Special Chicken Rendang (RM12.90) |
|
Nasi Lemak Grilled Chicken (RM19.90) |
Satu lagi masakan kari yang popular kat sini adalah Spaghetti Curry Laksa. Mereka tak menggunakan mee biasa tapi spaghetti dan kuah karinya lebih kepada kari nyonya sedikit manis. Sebab itu Maha cakap restoran ini semua bangsa ada dalam semua hidangan mereka. Kalau nak betul-betul modern korang boleh cuba Macho Nachos dan juga Club Sandwich atau Salad pun ada kat sini.
|
Spaghetti Curry Laksa (RM18.90) |
|
Club Sandwich |
|
Macho Nachos (RM18.90) |
Last sekali korang kena cuba satu-satunya dessert di sini dan tak ada kat tempat lain kot iaitu Sizzling Brownies With Curry Ice-Cream. Korang pernah cuba tak aiskrim kari. Kat sini ada tau dan rasa sangat sedap padan rasa brownies dengan kari tu tau. Korang tak rasa muak pun makan dimana sos yang panas bersama dengan aiskrim yang sejuk dan juga brownies yang manus menyelerakan sangat pencuci mulut ini masih terngiang desiran sosnya masa dituang tu hehehe best.
|
Sizzling Brownies With Curry Ice-Cream (RM22.90) |
Restoran Toss N Curry ini dibuka setiap hari dari pukul 7.00 pagi hingga 11.00 malam. Cara nak cari senang jer Google atau Waze jer Toos N Curry nanti jumpa lah kat area Uptown Damansara atau sekarang dikenali sebagai Damansara Utama. Rekmen sangat untuk korang yang tinggal dan bekerja berhampiran untuk cuba menu-menu yang ada kat sini. Maha dah cuba korang bila lagi. Nanti tinggalkan komen bila dah datang cuba makan di sini ok. Selamat menjamu selera.
Info lanjut menu lain dan juga tempahan layari :
Maha oii, asal masuk nengok gambo makan ko dari kenyang jadi lapor oii...
BalasPadamSedap-sedapnya menu dia sini, padahal haritu ke Damansara dengan anak, kalau tau singgah makan sini je...okay takpe next time!
apa la rasa Sizzling Brownies With Curry Ice-Cream tu sebab tak pernah lagi makan aiskrim dengan kari haha tapi nampak macam sedap aduhhhh
BalasPadamBriyani kambing is my fav... yayyy! kalau ada rezeki sampai kat sana, nak try ni. Dah la lawa dan nampak selesa restoren dia... kekeke... P/S : Kari + brownis + aiskrim tu unik!
BalasPadamLaaa kat uptown damansara ek.boleh la pi nanti sb sis memamg suka makan kari. Kat opis tu hari2 mengadap mamak. Hahaha
BalasPadamMakanan menyelerakan. Nanti pergi sana boleh singgah makan jap. Decorasi kedai dia pun menarik sangat. Cantik. Nak makan pun rasa tenang je.
BalasPadammacho nachos tu sedapnya nampak, Maha. nak rasa skit!!!
BalasPadamok la harga nya.
deko dan suasana restorannya anggun sungguh ekk.
ekslusif sgt. luas. confirm selesa lah kan.
Pepagi tengok gambar makanan memang tidak membantu keadaan perut yang kelaparan. Haha. Bawa la Rawlins next time ye
BalasPadamfuh merecik semuanya. saya suka yang nachos tu. interior pun cantik, selesalah kalau nak makan2 dan raikan family
BalasPadamCantik sangat tempat doa.. Maknaa pullak ada nasi, sandwich dan dessert.. Huishh semua nampak sedap..
BalasPadamWhattttt? Sizzling Brownies With Curry Ice-Cream? Tak dapat bayangkan lagi rasa dia macam mana walaupun maha dah explain uhuhuhu
BalasPadamErkkk Sizzling Broenies With Curry IceCream tu macam mana pula rasanya.. Tak pelik ke Maha... Tapi makanan lain tetap nampak sedap dimata ku ini.. Hehehe
BalasPadamKlu Maha yg rekomen ni mesti sedap makanan di sini ya tak hihi? Belum pernah ke sini nanti akan cari lah jika ke kawasan itu..
BalasPadamcantiknya restoran dia babe. kemas dan bersih. nanti boleh la pergi cuba kari kepala ikan dengan briani kambing kat sini kan. bawa kita please.
BalasPadamDlm byk2 menu, AM nak cuba Sizzling Brownies With Curry Ice-Cream .. nak cuba gak apa rasanya curry kombinasi dgn ice cream..mmg rare betul
BalasPadam