BBQ,

YOLO Eats Menyediakan 25 Tarikan Menarik Di Philea Mines Beach Resort

Jumaat, Februari 21, 2020 Mahamahu 17 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Maha tak tahu pun yang di area The Mines tu ada satu hotel yang mempunyai pantainya sendiri. Memang pelikkan tapi itu yang ada kat sana korang boleh merasai seperti menginap di sebuah beach resort tepi pantai walaupun ia hanya di sebuah tasik sahaja. 

Maha masuk Philea Mines Beach Resort ini baru nampak semua yang orang katakan tentang tempat ini. Sangat besar hotel ni dan juga pemandangan yang menarik mengadap tasik buatan manusia. Dulu kalau pergi kat The Mines Shopping Malls sahaja untuk beli-belah tak pernah sampai kat sini. Rupanya kat dalam ni ada lagi banyak yang menarik terdapat 25 tarikan ramai orang tak tahu.



Aktiviti yang boleh buat di sini seperti :
1) Paradise Bridge / Paradise Arch
2) YOLO Garden
3) Neon Arch
4) I Want To Be Superstar
5) Rainbow Arch
6) Fairy Arch
7) Fairy Waterfall
8) Fantasy Garden 
9) Where Your Dreams Come True!
10) Avatar Junction
11) ABC BBQ Area
12) Red Light District 
13) Peek A Boo Lane!
14) You're My Sunshine!
15) Love Tunnel!
16) Look Up! Jelly Fish
17) Love Lane
18) Wishing Well
19) Vroom & Splash
20) Windmill
21) Sand Pit
22) Tiki Tiki Bar
23) Sand Pool
24) Waterfall
25) Kung Fu Panda BBQ Area

YOLO Eats atau nama panjangnya You Only Live Once. Selain daripada tempat yang menarik juga boleh buat pelbagai aktiviti seronok bersama keluarga di sini. Kalau datang bersama anak-anak boleh mandi-mandi di Sand Pool dan juga menikmati Water Slide yang ada ditengah-tengah pool juga ada itik besar tengah pool tu hehehe. 




Selain itu juga kat sini korang boleh berseronok untuk bernyanyi, makan, menonton movie, mendengar live band dan banyak lagi. Kalau sebut pasal makan kat sini memang banyak pilihan. Paling menarik adalah mereka menyediakan ruang untuk korang BBQ nak masak sendiri. Tapi kalau tak nak masak boleh Pick-Grill-Serve dimana mereka menyediakan makan bakar yang lazat. 





Ada pilihan antaranya striploin, ribeye dan tanderloin steak, juga ada chicken garlic cheese dan chicken cajun. Kalau suka pada makanan laut ada juga seasoning salmon dan butter fish. Tak sah kalau BBQ tanpa sosej dan banyak lagi lah. Korang boleh nikmati semua makanan ini secara santai tepi pantai buatan macam berkelahla dengan nikmati hiburan yang disediakan.






Mereka juga sediakan bahagian yang mana kalau siapa ada plan untuk buat majlis perkahwinan atau pernikahan secara outdoor sini pun boleh. Sebab tu ada satu bahagian yang didekorasi dengan hiasan kerusi dan juga mini pelamin. Best kot boleh buat majlis bersejarah ini kemudian bermalam kat hotel yang ada di sini. 



Kalau korang berada di sini sampai malam keadaan akan berubah sangat menarik. Bukan sahaja kerana makan tapi juga suasana di sini yang diterangi dengan lampu-lampu neon. Tak rasa sunyi tapi lebih meriah bila tiba waktu malam dan aktiviti lebih rancak hehehe. Juga mereka yang kaki Insgtramer dan juga kaki photo sini banyak port menarik yang dicipta untuk korang abadikan dalam sosial media dan sangat rare ok.





YOLO Eats ini hanya ada dibuka setiap malam Khamis, Jumaat, Sabtu dan Ahad sahaja. Pada hari lain ia akan tutup melainkan kalau ada cuti umum ia akan dibuka. Buka tu maksudnya adalah makanan bufet, persembahan dan juga hiburan tapi tempat ini tetap masih macam sama setiap hari biasa. Lepas ini tahu lah mana nak pergi kalau hujung minggu sambil makan dan berhibur area sini. 

Info lanjut dan juga sebarang pertanyaan boleh hubungi :
Tel : 03-8943 6688
Fax : 03-8943 5555







17 ulasan:

  1. Ya Allah happeningnyaa...sebelum ni ada pergi macam sepi aje, ni tengok meriahnyaa dah tempatnya...Sis geram dengan itik kuning tu lerr...
    Ini kalau bawa anak-anak suka ni..semua ada kann, main, makan, dan rehat..wowww bestnyaaa

    BalasPadam
  2. Duck kuning kat tasik tu comel je tengok dari jauh. Hahaha...best betul la kalau buat majlis outdoor macam tu...lepas tu bermalam kat situ. terus honeymoon. kekeke.

    BalasPadam
  3. wow. cantik tasik diorang hias macam tu. macam natural. pastu boleh buat pelbgai event plak tu. letak khemah macam tu memang sangat cantik

    BalasPadam
  4. cantiknya hiasan dekat yolo eats ni! Suka tengok outdoor pelamin tu sebab warna dia terang. Bila ambil gambar nampak cantik sangat.

    BalasPadam
  5. I have been to Philea Mines Beach Resort few times before. It was quite run down that time. Hope they have refurbish to a better facilities now

    BalasPadam
  6. Wah!!!!!!!! Mines dah rebrand. Dah macam Lotte Resort Di Seoul. Good review. Thank you for sharing. I pun nak family staycation Di sinie la. Tq.

    BalasPadam
  7. bestnya !!!!!!!!!!!!! semua ada kat bawah satu bumbung.. makanan semua nampak sedap.. boleh lah curi masa singgah nanti.. hee~

    BalasPadam
  8. pergh terpesona tengok dekorasi dia..memang lwa dan waran warni..bawak anak-anak mesti best..maknana pulak semua nampak sedap

    BalasPadam
  9. Untung pakai yolo ni berbaloi2. Harga xdela mahal sangat kan

    BalasPadam
  10. Eh, kalau nak pi YOLO Eats ni kena amik sekali pakej penginapan ke? Kalau just nak masuk then makan2 sambil beraktiviti tanpa penginapan boleh tak? Kalau boleh, weekend leh la ajak family mai sini..

    BalasPadam
  11. Ya Allah sedap betul nampak semua makanan ni. Lain kali bawak kte tau kalo nak makan sedap2 hahahah

    BalasPadam
  12. I appreciate your information in this article. It’s smart, well-written and easy to understand. You have my attention on this subject. I will be back. Find out who was born on any day in any month in history via our calendar of famous birthdays. Includes famous, historical, noteworthy and Celebrity birthdays.

    BalasPadam
  13. wow seronok juga beraktiviti santai mcam ni dgn family. menarik dan kreatif semua aktiviti2 yang disediakan. Bab makanan bakar tu mmg superb laaa.

    BalasPadam
  14. wah bestnya tempat ni. cantik sangat. food pun of coz sedap la kan

    BalasPadam
  15. cantikkan tempat ni, kalau buat closed wedding tepi tasik tu memang lawa giler! zul dah pernah rasa makanan dia, sedap juga! tak sabar nak pergi sana lagi.

    BalasPadam
  16. cantik2 ya gambar maha :) bestnya tempat ni. bolehlah nanti datang kt philea mines ni

    BalasPadam
  17. 16-17/10/21
    View kurang memuaskan. Lampu dekat pool jam 11 dah tutup dan ada lampu pun dah tak menarik, bunga2 lampu pun dah xada, pool pun airnya sangat hijau, sangat menakutkan nak mandi manda..Tak pasti bersih ke tak.Hijaunya bak berlumut dah , banyak tempat bergambar sudah usang.

    BalasPadam