Cuti,

Homestay Pilihan Di Pulau Langkawi Cantik Dan Dekat Dengan Kemudahan

Rabu, Mac 18, 2020 Mahamahu 17 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Mungkin sekarang ni bukan masa yang sesuai untuk posting tentang percutian dalam negara kerana kita tengah mengalami Perintah Kawalan Pegerakan yang dikeluarkan oleh kerajaan. Nak pergi travel antara negari pun perlu mendapat kebenaran dahulu baru boleh.

Tapi ada yang tanya kat Maha masa pergi bercuti ke Pulau Langkawi hujung bulan lepas menginap kat mana. Adakah pilih hotel atau homestay? Jadi Maha sharelah sikit kat mana kami duduk sepanjang bercuti kat sana hari tu. Disebabkan hari tu percutian kami ramai dalam enam orang dan semua kawan-kawan blogger yang giler-giler jadi kami pilih untuk menginap di homestay sahaja lebih murah.


Ye lah mana tidaknya satu malam sahaja homestay yang kami tinggal selama empat hari tiga malam tu hanya RM300 untuk satu malam. Tapi kalau korang datang musim public holiday atau cuti sekolah harganya RM350 tak adalah mahal. Bayangkan kalau kami duduk hotel dah perlukan 3 bilik dan satu bilik untuk satu malam sahaja dalam RM150. Kiralah RM150 x 3 bilik sudah RM450 semalam dan darab pulak untuk 3 malam jadi cecah RM1,350, tak ke mahal tu.


Kalau duduk homestay ini lebih jimat RM300 x 3 malam baru RM900 sahaja dah jimat. Homestay ini ada tiga bilik dan juga tiga bilik air. Semua bilik ada aircond dan juga kipas syiling. Juga terdapat ruang tamu yang luas lengkap dengan TV dan sofa. Kemudian ada ruang untuk makan siap dengan meja makan lagi. Sangat-sangat untung kalau siapa bercuti dengan jumlah ramai kerana homestay yang kami duduk tu boleh muat 6 hingga 10 orang. 

Bestnya homestay ini kerana ia terletak dekat dengan Pantai Chenang walaupun bukan betul-betul depan pantai tapi hanya mengambil masa 5 minit sahaja kalau naik kereta nak keluar ke Chenang tu. Kelengkapan lain yang ada dalam homestay tu seperti dapur gas untuk memasak, periuk, water heater, pinggan, cawan, mini peti sejuk, extra toto dan bantal, seterika dan iron board, juga mesih basuh diuar. Apa lagi yang nak dah macam rumah sendiri boleh jimat untuk memasak kalau datang bercuti kat sini tapi kalau dah sampai Langkawi kena cuba tempat makan bestkan.

Jangan bimbang kerana sekitar homestay ini tempat makan sangat banyak termasuk yang popular dan viral iaitu Restoran Roti Canai Black Pepper. Setiap pagi penuh orang datang sarapan kat sini kerana nak cuba roti canai mereka yang sedap. Nasi Lemak kat sini pun terbaik tau Maha dah cuba memang sedap gilerrr. Homestay ini berada dalam kawasan Kampung Temonyong dan area situ juga terdapatnya kedai serbaneka 24jam untuk korang beli barang keperluan hanya keluar jalan kaki jer.


Kalau time musim sawah padi baru sahaja menghijau kat sini sangat cantik kerana homestay ni betul-betul berada tepi sawah padi. Cuma biasalah kalau dah kat kawasan sawah ni ada sedikit gangguan nyamuk jadi kena sembur ubat nyamuk jer lah. Maha dan kawan-kawan blogger lain Cik Lily Putih dan suami, Rawlins, Faries dan Zharif semua giler-giler memang setiap malam kami tidur lambat sebab layan sembang sambil mengunyah.


Bagi Maha kalau korang nak cari homestay kat Pulau Langkawi memang Maha rekemen sangat kat sini sebab ia selesa dan juga cantik pulak tu harga murah. Service daripada ejen yang Maha guna ni pun sangat bagus dan boleh dipercayai. Korang hubungi sahaja En Syafiq pemilik agensi EzeeGo Travel & Tour. Beliau sangat membantu segalanya, beliau boleh sediakan dari segi kereta sewa, penginapan, pakej Island Hopping, Mangrove, juga tiket-tiket untuk tempat menarik semua beliau boleh sediakan. Pakej Island Hopping dan Mangrove percutian kami hari tu pun ambil dengan beliau nanti Maha cerita kat next posting lak ok.

Sebarang pertanyaan dan tempahan boleh hubungi beliau terus ditalian :
Whatsapp : 013-421 0084 (En Syafiq)









17 ulasan:

  1. Perghh. Bestnye korang jalan2 langkawi. Selalu dlm hati terbayang hotel je mai sini. Kena consider homestay ni jugak la

    BalasPadam
  2. Bestnya kalau pergi tempat ini.

    BalasPadam
  3. biasa kalau datang langkawi memang ramai prefer cari accommodation yang area2 pantai chenang sebab lokasi sangat strategik nak melawat kebanyakan tempat menarik di langkawi

    BalasPadam
  4. sebelum ni ada jugak plan datang Langkawi cuti sekolah bulan 3 ni. alih2 dapat perintah kawalan pergerakan pulak. boleh jadi rujukan selepas semuanya dah pulih

    BalasPadam
  5. Cantik dan luas rumahnya, kena pulak tepi kampung, kedai makan pun keliling senang nak cari..nanti nak ke Langkawi boleh cuba sini laaaa

    BalasPadam
  6. Pergi langkawi ni memang best. Boleh berjalan sepuas nya. Pergi pun selalu ramai2. Bersama keluarga. Xkn nak tido hotel kan? So homestay yang paling jimat

    BalasPadam
  7. wah cantik juga homestay dia, luas..bilik pn okay..kalau ke langkawi nanti blh la ke sini:)

    BalasPadam
  8. wahhh boleh tahan cantik rumah dan bilik2 dia... janji selesa nak tidur berehat kan.. boleh la nanti kalau bawak family tinggal kt homestay ni..

    BalasPadam
  9. Nanti kalau nak.ke langkawi bolehlah try bermalam.kat sini. Agak menarik juga ni

    BalasPadam
  10. paling penting untuk cari homesty adalah perlu selesa dan bersih la kan. sesuai sgt la ni

    BalasPadam
  11. Best sangat rumah nie sebab lengkap semuanya - kemas dan luas. Next time nak gi lagi dengan MM la agar senang cari homestay

    BalasPadam
  12. Thanks for sharing! Dah lama tak pergi langkawi ni! Gotta pay a visit soon!

    BalasPadam
  13. I tak pernah pergi Langkawi pun.. dulu menang hadiah 3 hari 2 malan pun tak sempat pergi.. ;((*

    BalasPadam
  14. nampak selesa , bersih dan cantik lah homestay ni. nnt kalau nak ke sana boleh la try stay sini

    BalasPadam
  15. Nak roti canai black pepper tu la, boleh ke?

    BalasPadam
  16. kadang2 pergi langkawi pening tak tahu nak duduk mana. tp yang ni boleh try nanti.

    BalasPadam
  17. Sekarang mampu tengok dan park dulu la review ni. Moga keadaan dunia makin baik nnt leh la ke Langkawi

    BalasPadam