Cuti,

Swiss Garden Hotel & Residence Genting Highlands Percutian Yang Giler Seronok

Jumaat, Mac 27, 2020 Mahamahu 14 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Nak kongsi dengan korang satu lagi penginapan percutian Maha bersama kawan-kawan blogger. Hari tu kami pergi sampai ke Langkawi tapi kali ini dekat sikit tapi kena mendakilah untuk sampai kesini. Perjalanan dari Kuala Lumpur untuk sampai ke lokasi yang Maha pergi ini hanya mengambil masa lebih kurang 45 minit sahaja menaikit kereta. Terima kasih pada Faries sebab sudi tumpangkan kereta untuk kami sama-sama bercuti kat atas tu.


Siapa lagi kalau bukan kami yang kaki havoc tu ada Cik Lily Putih dan suami, Rawlins, Zharif, Zuzu, Kifli dan ramai lagi sebenarnya. Kami semua bercuti sempena dengan aktiviti STAYCATIONISTABEAUTE anjuran Swiss Garden Hotel & Residence Genting Highlands dan Toscana Clinic. Percutian yang penuh gelak tawa dan juga keseronokan walaupun tiga hari dua malam jer memang satu kenangan paling menarik sepanjang Maha pergi trip dengan kawan-kawan blogger.


Keseronokkan satu hal ditambal lagi dengan keindahan dan juga kecantikan tempat yang kami menginap iaitu Swiss Garden Hotel & Residence Genting Highlands. Hotel ni baru sahaja buka kalau tak silap Maha September 2019. Walaupun hotel ni tak berada di puncak Genting Highlands tapi hanya mengambil masa lebih kurang 20 minit menaiki kereta dari hotel ni nak sampai puncak tu. Manakala kalau nak ke Genting Highlands Premium Outlet (GHPO) hanya ambil masa 10 minit sahaja. 


Masa kami sampai tu memang tak sangka pula yang hotel ni sangat besar dan luas. Bangunan sini ada dua jenis iaitu bangunan hotel dan juga bangunan residence dengan ketinggian 42 tingkat dan mempunyai lebih 500 bilik. Tips bagi Maha kalau nak pilih hotel yang penting kena tengok lobinya dahulu kalau cantik dan selesa bilik hotel confirm selesa juga. Kalau korang tengok ruang lobi hotel ni macam ni korang rasa macam mana biliknya.



Kami di tempat di bilik di bangunan residence kerana bilik yang kami duduk tu adalah Premier 2-Bedroom Residence. Bilik ini boleh memuatkan sehingga empat orang dimana dalamnya ada dua bilik tidur serta dua bilik air. Masa mula naik tu ingat bilik biasa sekali masuk memang rasa macam tak nak keluar dah. Sebab kerana kami berada di tingkat 30 residence ni dengan pemandangan indah sekeliling nampak pohon hijau saja. Korang boleh tengok pemandangan luar waktu siang dan waktu malam ni memang mempesona sangat.




Ruang dalam bilik kami sangat luas sebab ada ruang tamu sendiri, ruang makan dan juga ruang dapur. Dah macam duduk rumah sendiri jer. Kemudahan yang ada kat sini semua lengkap korang boleh tengok kat bahagian dapur tu ada dapur elektrik, peti sejuk, mesin basuh, pemanas air dan juga kopi dan teh untuk bancuh. Kemudian pergi pula kat ruang tamu ada TV flat screen, telefon dan juga sopa 3-seater. Dalam bilik tidur pula ada peti deposit keselamatan, meja kerja, almari dan pengering rambut. Paling penting kena ada wifi yang laju dan semua lengkap macam sebuah rumah. Korang nak masak dalam tu pun boleh kalau menginap kat sini jimat sangat. 





Selain dari bilik yang kami duduk tu ada juga beberapa lagi jenis bilik yang ditawarkan kat Swiss Garden ini macam Executive 2-Bedroom Residence. Kemudian kat bahagian bangunan hotel pula ada Deluxe Room dan 1-Bedroom Suite. Terpulang pada korang kalau nak yang bilik banyak dan juga ada ruang privacy boleh pilih residence kalau yang honeymoon boleh ambil bahagian hotel duduk berdua jer romantik kata orang. 






Hari pertama kami check-in dalam pukul dua petang dan lepas masuk bilik rehat-rehat kejap kami di bawa untuk hotel tour. Masa ni lah nak tahu apa lagi yang ada kat Swiss Garden ni kan. Rupanya sini semua kemudahan lain ada termasuk kolam renang dan juga gym di tingkat 41 dan 42. Korang boleh tengok kat bahagian kolam renang ini sahaja mempunyai pemandangan sangat indah yer. Dikelilingi dengan kehijauan alam semulajadi serta dekorasi yang sangat sesuai untuk kaki Instagramer yang suka posse bergambar.





Puas kami semua bergambar kat atas tu habis semua sudut kami bergambar dan sempat buat video TikTok kat atas tu hehe korang boleh tengok kat akaun Mahamahu83 video TikTok kami ok. Aras kolam renang ni juga ada sauna khas untuk lelaki dan perempuan. Kolam renang untuk kanak-kanak juga diasingkan untuk keselamatan. Bahagian gym yang berhawa dingin dan juga mengadap pemandangan indah. Kalau malam lagi cantik bergambar kat atas ni boleh nampak bintang kerana ia terbuka.




Lepas tu kami pergi pula aras bawah ingat ada parking sahaja rupanya ada Game Room. Kat sini jugalah ada playground indoor untuk kanak-kanak, juga ada ruang karaoke yang besar giler boleh muat dalam berpuluh orang. Kemudian ada ruang permaian macam pool table, dart dan paling syok ada Squash dan Tennis Court korang rasa. 




Kemudian lepas tu kami dibawa pula naik ke aras lima nak tengok kawasan outdoor yang ada di hotel ni. Ada juga outdoor playground untuk kanak-kanak dan juga ibu bapa boleh pantau dengan membuat aktiviti senaman kat sini. Juga kat aras ini ada sekali outdoor Jacuzzi untuk mandi air panas waktu malam. Aras ni pun sangat sesuai untuk korang nak bergambar kenang-kenangan dan juga ambil polaroid yang cantik-cantik. Sini kalau nak shooting untuk kahwin sangat sesuai dan cantik yer.






Belum habis lagi ada lagi iaitu pergi kat mereka punya restoran. Tapi Maha tak cerita kat sini lah sebab nanti panjang sangat sambung kat posting seterusnya nanti ok. Kalau korang duduk hotel ni mereka ada sediakan shuttle percuma untuk pergi ke GHPO jadi tak perlu nak drive kereta sendiri. Hotel ni pun berdekatan dengan semua kemudahan lain macam stesen minyak, Starbucks tempat kami berkumpul waktu malam dan habiskan masa gelak ketawa kat situ sampai ada orang marah wakakaka. Kemudian ada kedai 24jam juga kedai makan yang banyak so tak perlu risau kalau lapar atau nak memasak boleh beli bahan kat kedai-kedai berhampiran jalan kaki sahaja. 


Bagi Maha Swiss Garden Hotel & Residence Genting Highlands ini boleh jadi salah satu tempat untuk korang menginap kalau nak ker taman tema Genting Highlands. Kalau tak berani nak bawa kereta sendiri naik ke atas korang bermalam sahaja kat hotel ni dan siang naik shuttle terus pergi ke Awana Sky Genting Highlands naik cable car pergi puncak Genting dah selamat dan jimat kat situ. 



Korang boleh layan video-video hebat yang dihasilkan oleh Abam Marcus kita promote video hebat abang ni tau. Ini percutian Maha yang sangat best sebab dengan kawan-kawan kepala giler-giler dan juga buat aktiviti yang seronok ditambah lagi dengan hotel yang sangat welcome untuk tetamu yang datang kat sini. Next kalau ada lagi trip pergi sini jangan lupa ajak Maha ok. Korang tunggu untuk posting seterusnya Maha nak cite pasal aktiviti kami selebihnya dan juga makanan yang ada kat sini termasuk juadah buka puasa yang hotel ni tawarkan tahun ini. Selamat bercuti dan beristirahat semua.

Kalau nak tahu detail pasal hotel ni atau nak booking boleh layari:
Tel : 603 9213 0777
Email : reservation@shrgh.swissgarden.com








14 ulasan:

  1. Giler tak seronok, nengok gambo ko je Maha dah nampak best giler, belum lagi menginap..Next time ke Genting boleh laa ke sini...kat JB pun ada gak Swiss In Hotel hehehhee

    BalasPadam
  2. Nampak cantik la hotel ni. Serius tak pernah lagi ke sini. Akak suka gambar2 Maha sangat cantik!. Nanti akak nak cuba menginap kat sini pulak la.

    BalasPadam
  3. Peh lawa-lawa spot kat sini. Memang instagrammable lah.. Duduk 3 hari rasanya tak puas ni kalau kat sini

    BalasPadam
  4. cantik!
    lom naik lagi GH ni, maha. dok tunggu la theme park siap, nan hadoooo!!!
    so, bebila boleh bercuti, covid19 dah hapus, boleh la ajak asben ke sini.
    view nyer gojes.
    pool nyer ohsem.
    bersih nyer lah hai...

    BalasPadam
  5. Bilik dia cantikkk, tempat pun best. dah lama tak ke genting. view genting memang tak pernah mengecewakan

    BalasPadam
  6. Lovely hotel. Kalo gie Genting next time boley la dok sinie. Thank you for sharing your review.

    BalasPadam
  7. Huntungla percutiann mewah. kagum dgn scenary dan gambar yang awak snap. Benci tau! Mana video ratu-ratu catwalk? hehehe.

    BalasPadam
  8. Beruntungnya awak dapat dok tempat best2, sis meleleh je le air lioq tengok..:D. Rugi lak tak join..kalu tak sure tengok korang yang happening gila2 tu..hehehe

    BalasPadam
  9. Cantik view kat sini kan. Suka tengok kolam renang hotel tu. Datang untuk ootd je bleh tak. hahaha

    BalasPadam
  10. Bes betul.. Deco pun cantik.. Klu dapat bercuti dengan kengkawan bes sngt la.. Stp sudut rasa nak bergambar je.. Hehe

    BalasPadam
  11. cantik giler tempat ni..kalau datang sekeluarga ni mesti happening. banyak giler port utk berootd kat sini heheh

    BalasPadam
  12. cantik tempatnya, tempat baru pula tu kan. nanti boleh menginap disini

    BalasPadam
  13. very interesting guys.. tempat pon cantik..

    nak dapatkan honeymoon sabah dengan pakej percutian yang murah pasti lebih seronok.

    boleh ketahui juga kelebihan belajar di luar negara dalam asasi perubatan

    BalasPadam