Burung,

KL Bird Park Lokasi Pelancongan Dan Pembelajaran Semua Orang

Jumaat, Januari 01, 2021 Mahamahu 11 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan tak lupa juga kepada semua rakan-rakan sekalian. Alhamdulillah kita berjaya mengharungi tahun 2020 dengan pelbagai rintangan dan juga cabaran. Paling teruk kita kena harungi dugaan dengan serangan pandemik yang meruntuhkan banyak sektor termasuk juga ekonomi kekeluargaan. Moga tahun baru 2021 yang mendatang ini lebih membawa kebaikan kepada semua. Maha nak ucapkan selamat Tahun Baru 2021 kepada semua pembaca blog Maha moga korang terus bahagia dan gembira selalu.



Awal tahun yang penuh dengan pelbagai perancangan apa yang korang nak lakukan sepanjang tahun 2021 dah mula menjadi perancangan. Tapi itu perancangan jangka masa panjang apa pula perancangan jangka masa pendek untuk cuti tahun baru ni apa korang nak buat. Kalau masih tiada apa plan atau perancangan sementara masih cuti sekolah dan juga cuti tahunan yang banyak apa kata kita plan bawa keluarga berjalan-jalan. Tak perlu jauh-jauh pun atau pergi luar negara kerana kat negara kita pun banyak lokasi menarik yang korang tak pernah sampai lagi kan. 



Macam Maha juga lah rupanya tak pernah lagi sampai kat Taman Burung Kuala Lumpur. Punya sibuk nak ke negara orang tapi yang dekat pun belum habis pergi lagi. KL Bird Park ini rupanya terletak berdekatan dengan Taman Tasik Perdana KL di Bukit Aman, berhampiran dengan Masjid Negara dan Muzium Polis Diraja Malaysia. Kalau korang nak datang sini boleh search Google Maps atau Waze KL Bird Park mesti jumpa. Nak naik pengangkutan awam pun ada boleh naik Teksi, Grab atau Bas.



Semenjak daripada arahan oleh MKN dan KKM kita nak keluar tempat awam atau kemana sahaja kena patuhi SOP yang ditetapkan. Seperti itu juga yang diamalkan di Taman Burung KL ni. SOP seperti kena semak suhu badan dahulu, kena sentiasa pakai penutup mulu dan hidung, serta kena daftar masuk dalam aplikasi MySejahtera. Lepas tu baru boleh beratur dengan menjaga penjarakan fizikal 1 meter daripada orang lain untuk membeli tiket. 

Harga tiket masuk :

Dewasa (Standard) RM 63.00
Kanak-kanak (Standard) RM 42.00

Dewasa (dengan MyKad) RM 25.00
Warga Emas (dengan Mykad) RM 12.00
Kanak-kanak (dengan MyKid) RM 12.00

* Warga Emas (dengan Mykad) dari 60 tahun ke atas
* Kanak-kanak berumur 3 - 11 tahun

Taman burung waktu operasi dari jam 9.00 pagi hingga jam 6.00 petang setiap hari.

Hari tu Maha dan kawan-kawan sampai kat Taman Burung KL tu awal dalam jam 8.30 pagi dan memang tak sarapan lagi. Jadi kami ambil keputusan untuk makan sarapan kat Hornbill Restaurant & Cafe. Ia adalah salah satu restoran yang terletak di taman burung ini. Jadi sebelum mulakan perjalanan yang katanya macam jauh juga dan mungkin memenatkan jadi kami isi perut dulu dengan sarapan yang ada direstoran tu.





Kat sini best walaupun pagi korang boleh pilih macam-macam jenis sarapan daripada masakan tempatan seperti Nasi Lemak, Mee Goreng, Kueh Teow Goreng, Nasi Goreng dan juga kuih-muih seperti Karipap. Kalau nak yang sarapan ala-ala barat sikit pun ada kat sini korang boleh pilih nak salad atau juga sandwich






Tapi dalam banyak-banyak makanan yang sedap ada kat restoran tu paling menarik perhatian kami adalah Pisang Goreng special kat dalam restoran tu. Ia adalah menu pilihan terbaik chef mereka dan ia disediakan panas-panas dan pisang pun sedap rangup. Korang kena cuba. Kalau minuman tak perlu nak cerita semua ada yang panas atau yang sejuk pun ada. Jadi siap sediakan perut korang jangan biar kosong lapar untuk jalan-jalan dalam taman burung ini nanti rugi. 







Kalau korang rasa lapar sepanjang berada kat dalam taman burung ni boleh singgah kat restoran ini kerana ia buka sama waktu dengan taman burung ni. Juga menyediakan juadah makan tengahari serta juga minuma petang. Jadi tak perlu nak bimbang untuk cari makan kat sini. Kalau korang bernasib baik makan kat restoran tu ditemani dengan Burung Eanggang yang menjadi trademark restoran ini. Memang burung ni juga akan teman korang makan. Tapi korang tidak dibenarkan untuk memberi makanan kepada burung-burung yang ada dalam taman ini itu adalah peraturan taman burung ni ok.





Lepas perut kenyang suka hati lah kami semua nak menjelajah dalam taman burung seluas lebih kurang 21 ekar dan juga mempunyai lebih kurang tak silap yang Maha baca ada 3,000 ekor burung yang mana 200 spesis dari burung tempatan dan juga ada yang daripada luar negara dalam taman ini. Kat sini mereka bahagikan kepada Empat Zone dan juga dua konsep iaitu konsep terbuka dimana burung-burung diberi kebebasan terbang bersama dengan pelawat yang datang dan juga burung-burung yang ditempatkan di dalam sangkar.





Kami pergi part pertama iaitu bahagian burung-burung yang diberi kebebasan untuk terbang, berjalan dan juga bersarang dalam taman ini. Cuma peraturan kat dalam taman ini korang tak boleh nak sentuh, menyakiti, mengacau atau memberi makan kepada burung-burung yang dibiar bebas ini ok. Korang boleh mendekati burung ini untuk bergambar tapi tak boleh pegang ok kalau tidak koran boleh kena tindakan.





Kat bahagian bebas ni korang boleh tengok Burung Merak yang berekor cantik tu dekat jer dengan pelancong yang datang. Kita orang pun tengok dan bergambar dekat sangat dengan burung tu memang best giler. Pulak tu korang boleh tengok burung tu terbang dan juga makan. Kalau bernasib baik korang boleh jumpa tempat tidur burung tu kat bawah bahagian tanah atau juga kat atas pokok. 






Paling penting selain korang jalan-jalan tengok burung kat sini korang kena elert dengan waktu dan masa dimana pihak penjaga burung kat sini akan memberi makan kepada burung-burung tertentu pada waktu yang ditetapkan seperti ini:

Hornbill Feeding
11.30pagi Zone 3 Hornbill Park

Ostrich Feeding 
10.00am - 5.00 petang Zone 4

Free Flying Bird Feeding
10.30am Zone 1

Eagle Feeding
2.30pm Zone 1

Milky Stork Feeding
4.00pm Zone 4 (Waterfall)

Hari tu kami sempat tengok Hornbill Feeding. Memang mereka bagi makan depan mata kita dan burung tu berada kat luar. Burung Enggang ini kita tahu ia adalah burung yang besar dan hari tu pegawai yang memberi burung tu makan bagi tahu nak kenali jantina jantan atau betina burung ni dengan melihat warna matanya. Kalau mata merah tu burung Enggang jantan dan kalau mata biru burung Enggang betina. 






Bestkan secara tak langsung kita dapat pengetahuan pasal burung dan juga pemakanan mereka. Burung Enggang ini rupanya adalah haiwan Omnivore tau ia makan buah-buahan dan juga daging ok. Itu yang Maha baru tahu sebab hari tu mereka ada bagi makan daging anak ayam kepada burung ni. Menarik lah best pergi jalan sini seronok.






Lepas tu pergi pula kat bahagian Our Superstar iaitu bahagian untuk pelawat dapat bergambar dengan burung-burung kakak tua yang ada dalam taman ni. Setiap gambar akan dikenakan bayaran RM20 untuk print out dengan frame yang disediakan. Ada banyak jenis burung kakak tua yang pelbagai warna. Memang mereka jinak diletak kat bahu dan juga tangan untuk burung tu bertenggek sambil pekerja akan ambilkan gambar kita. Menarik tu boleh buat kenang-kenangan orang dewasa suka apatah lagi kanak-kanak kan.





Dah bergambar dengan bintang-bitang yang popular kat dalam taman ni pergi pula kat bahagian dimana kita diberi peluang untuk memberi minum kepada burung-burung dengan kebenaran oleh pegawai di situ. Kat situ kita kena sumbang RM2 untuk memberi minum kepada burung kecik yang berwarna-warni. Maha tak ingat nama burung ni tapi manja sangat memang mereka akan datang minum dalam bekas yang disediakan. Korang boleh bergambar dekat dengan burung-burung ni.



Jalan punya jalan tak sedar jam menghampiri pukul 12.30tengahari. Waktu ni korang kena ingat bahawa akan ada Bird Show besaran di Amphitheather. Ada dua sesi persembahan burung satu lagi pada pukul 3.30 petang. Kami pun duduk kat tempat yang disediakan kat situ pun korang kena ingat ok patuh SOP dengan memakai mask dan juga duduk pada penjarakan yang telah ditetapkan sahaja. Masa bird show ini korang dapat lihat burung-burung yang dilatih untuk membuat persembahan menghiburkan tetamu yang datang.





Korang boleh tengok burung kakak tu yang pandai main bola, lepas tu burung kakak tua yang boleh buat akrobik, juga burung yang kakak tua yang boleh bercakap dengan pengacara, serta ada burung kakak tua yang terbang pada jarak jauh. Ingat burung ni tak mampu terbang tapi boleh rupanya yer hehehe. Seronok kalau bawak anak-anak lagi mereka seronokkan. 





Selain daripada kita boleh tengok burung dan juga berhibur kat sini juga ada sektor pendidikan. Dimana ada Edication Station yang menyediakan pamerakan burung dan juga bagaimana pembiakan burung dilakukan. Orang dewasa macam Maha ni pun banyak tak tahu dan boleh belajar kat situ bahawa burung ini adalah haiwan yang mesti dipelihara dan dijaga daripada kepupusan. Jangan kata Taman Burung KL ni hanya untuk budak-budak tapi orang dewasa juga memang digalakkan pergi banyak ilmu boleh tahu.




Sepanjang korang berjalan dalam taman burung tu kalau ada jumpa abang baju warna kuning dan juga memegang papan tanda penjarakan fizikal macam ni korang lambai kat dia. Sebab mereka adalah petugas yang akan sentiasa mengingatkan pelawat bahawa walaupun dalam taman burung tempat terbuka kena jaga jarak dan juga SOP yang ditetapkan oleh KKM dan MKN. Selain kita datang sini dapat berhibur sebenarnya kita secara tak langsung menyumbang kepada kebajikkan burung-burng yang ada di sini.

Kalau korang nak tahu lanjut pasal Taman Burung Kuala Lumpur ni boleh layari:






11 ulasan:

  1. I have been to KL Bird park before but I have never visit the Hornbill restaurant. The food looks absolutely delicious. Must be breathtaking to enjoy the view, watching the birds flying freely and indulging in good food.

    BalasPadam
  2. Wah kumpulan ni selalu Lily sorang je perempuan huhu ...dah lama tak ke sini... last rasanya masa event launch syampu..

    BalasPadam
  3. best taman burung ni. dah lama tak pi. last makan kat hornbill restaurant pun dah lama sangat tak pi. nanti nak pi la

    BalasPadam
  4. Banyak betul spesies burung ye, seronok kalau bawa anak-anak datang taman burung ni. Tengok sendiri depan mata macam-macam jenis burung.

    BalasPadam
  5. been here a couple of times and really enjoyed the experience. the food at the tempat makan here looks really good too!

    BalasPadam
  6. Last pergi masa i sekolah rendah hehe tp seronok tapi tgk jenis2 burung yang ada...

    BalasPadam
  7. Tak pernah pergi lagi Taman Burung. Baca review Maha ini cam best pulak 😊

    BalasPadam
  8. Saya dah banyak kali juga masuk bird park dan Hornbill restaurant ni. Menu hidangannya authentically Malaysian. Bagus untuk memperkenalkan para pelancong kpd mknn Malaysia.

    BalasPadam
  9. pernah masuk ke sini sekali je. tu pon tahun bila ntah. lama dah rasanya. btw tgok makanan tu menyelerakan sungguh.

    BalasPadam
  10. Bestkan KL Bird Park. Akak suka ke sini sebab boleh sekali makan. Kalau buat birthday party lagi best. Makanan dan melawat kawasan semua include dalam pakej. Bawa anak saudara semua seronok.

    BalasPadam