Covid-19,
Pakej Perkahwinan Norma Baharu Di Dewan Perdana FELDA
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga tidak lupa kepada semua rakan-rakan sekalian. Walaupun masih dalam perintah kawalan pergerakan yang dikenalkan kita tetap kena patuh SOP yang ketat dan juga beberapa acara tidak boleh dilangsungkan untuk 2 minggu yang akan datang ini. Tapi tak salah kalau korang buat perancangan untuk acara yang besar dan bermakna ini sekarang kerana Insha Allah kita akan dapat putuskan rantaian pandemik ini.
Jadi sebab itu sekarang ni banyak pakej perkahwinan atau juga pakej untuk majlis raja sehari telah mengikut norma baharu. Juga mengamalkan SOP lebih ketat dalam masa untuk meraikan raja sehari tetap juga menjaga jarak fizikal. Itu yang telah mula diterapkan dalam pakej perkahwinan yang diperkenalkan oleh Dewan Perdana FELDA.
Bagi korang yang merancang untuk tahun ini meraikan majlis perkahwinan di dewan yang cukup luas, cantik, dekorasi yang menarik dan berkonsepkan moden sini adalah pilihan yang tepat. Sebelum ini kalau satu dewan ini mampu untuk memuatkan lebih kurang 1100 tetamu tapi kerana norma baharu ia hanya terhad kepada 50-40% tetamu sahaja yang dibenarkan masuk. Lebih kurang dalam 500 orang sahaja dan keutamaan kepada ahli keluarga dan juga sedara-mara yang terdekat.
Walaupun dewan ini luas dan besar serta mempunyai pengudaraan yang bagus tapi demi menjaga keselematan dan kesihatan tetamu SOP ketat tetap kena ikut. Tetamu yang dijemput juga perlu mendaftarkan diri dalam aplikasi MySejahtera. Tetamu juga kena mengambil suhu badan dan juga memakai penutup mulut dan hidung untuk masuk ke dalam dewan serta mencuci tangan dengan hand sanitizer yang disediakan. Ini semua dikawal ketat oleh pegawai yang telah diletakkan disekitar dewan.
Tetamu juga akan dibekalkan dengan Sanitizing Kits istimewa. Didalam kotak itu mengandungi beberap barang yang perlu untuk menjaga kebersihatan tetamu seperti Hand Sanitizer, Mask dan juga Sarung Tangan. Ini semua diberikan percuma kepada tetamu dan perlu dipakai semasa berada dalam dewan. Ini semua untuk kebaikan semua orang tuan rumah juga kepada tetamu yang datang.
Jadi tak perlu risau untuk kahwin lepas sahaja PKP ni berakhir kerana semua langkah keselamatan telah diberi keutamaan. Dewan juga telah dinyah kuman selepas sahaja ia digunakan dalam apa-apa acara sekali pun. Termasuk kerusi meja dan juga peralatan yang ada dalam dewan tersebut.
Penyedia Makanan Tradisional Terbaik
Semua orang kenal FELDA D'saji adalah penyedia masakan trasidional terbaik di Malaysia. Dalam pakej perkahwinan ni juga keluarga pengantin juga diberi pilihan untuk mengambil beberapa hidangan yang ada dengan masakan Melayu menjadi keutamaan. Makanan juga dihidangkan di meja makan agar tetamu yang datang tidak perlu beberis panjang demi untuk menjaga penjarakan fizikal.
Korang boleh tengok beberapa makanan Melayu yang sedap-sedap di sini iaitu Masak Lemak Daging Salai yang menjadi menu paling utama di sini. Kemudian ada juga Ayam Masak Merah, Daging Masak Hitam, Butter Prawn, Sayur Goreng Jawa dan juga Dalcha Sayur. Juga ada pelbagai pilihan pencuci mulut tradisional seperti Tapai Aiskrim dan juga banyak lagi.
Kalau nak lebih istimewa mereka juga menyediakan menu Kambing Golek dalam pakej perkahwinan di sini. Satu ekor kambing khas yang dipanggang secara langsung dan juga disediakan oleh chef yang berkeparan. Ini akan menjadi pilihan tetamu yang datang kerana jarang majlis perkahwinan menyediakan Kambing Golek ini.
Hiasan Dalaman Yang Menawan Hati
Selain daripada makanan kalau bakal pengantin dan juga keluarga pengantin mengambil pakej perkahwinan di dewan ini mereka juga turut menyediakan hiasan dalam yang sangat istimewa mengikut kehendak pelanggan. Buat masa ini mereka ada menyediakan dua konsep dekorasi dewan dan pelamin iaitu berkonsepkan Tropikal dan juga satu lagi Black & White.
Kalau korang tengok dalam gambar ini adalah hiasa dewan konsep Tropikal penuh dengan bunga-bungaan dan juga daun-daunan yang menghijau. Daripada luar dewan sehingga kepada pelamin pengantin yang ada diatas pentas.
Kelainan pakej perkahwinan yang ada dalam dewan ini yang tiada kat luar sana adalah mereka juga turut menyediakan Platform LED sepenuhnya. Kalau korang tengok platform LED ini akan bercahaya mengikut tema dan juga sesuai untuk dijadikan sebagai platform untuk acara potong kek atau juga acara makan beradab. Special giler platform ini sangat untung pengantin yang diraikan nanti.
Segala Kemudahan Lengkap Dan Mencukupi
Ramai orang akan fikirkan bawah kahwin kat dewan ini susah kerana nak cari parking. Tapi bagi Dewan Perdana Felda ini ia sangat besar dengan ruang parking terbuka yang sangat banyak untuk tetamu yang datang. Parking kat area sekitar dewan ini adalah percuma ok dan tidak perlu bimbang untuk park lama.
Dewan ini juga bagusnya ia adalah mesra OKU dimana ia juga menyediakan ruang laluan untuk OKU dan juga keperluan lain seperti lif untuk naik dan turun ke tingkat lain. Jadi sangat mudah dan membantu kepada yang memerlukan.
Kenapa orang nak pergi tingkat lain kalau nak ke majlis perkahwinan. Sebab kat dewan ini mereka juga menyediakan ruang solat atau surau yang sangat selesa. Surau ni berada di tingkat bawah dewan dan boleh diakses dengan lif. Tersergam khas surau untuk lelaki dan wanita yang besar besama ruang mengambil whuduk.
Ruang Khas VIP dan Bilik Persalinan Pengantin
Tak sah kalau kahwin kat dewan tiada bilik istimewa. Dalam pakej di dewan ini mereka menyediakan juga ruangan khas bagi tetamu VIP yang datang. Tak jauh pun daripada dewan utama ruang VIP ini sangat selesa dan juga berhawa dingin. Lengkap dengan bilik air sendiri. Mungkin ada tetamu VIP yang ingin meraikan majlis anda mereka akan rasa selesa.
Bagi pasangan pengantin pula untuk kemudahan persalinan pakaian dan juga kelengkapan bersanding mereka sediakan ruangkan khas bilik persalinan pengantin. Jadi tak adalah nak kena bersiap jauh-jauh bagi acara yang sangat bermakna ini. Bilik ini juga berhawa dingin dan juga ada bilik air dalamnya.
Persembahan dan Juga Kelengkapan Audio Visual Yang Terkini
Juga yang terbaharu diperkenalkan dalam pakeh perkahwinan di Dewan Perdana FELDA norma baharu ini adalah persembahan gesekkan Violin dan juga tiupan Trumpet oleh pasangan ini. Kalau korang nak masuk ke dewan mereka akan mengiringi perjalanan masuk tetamu dengan persembahan yang mengasikkan. Ini adalah yang terbaharu dan tiada kat tempat kahwin lain dalam satu pakej jadi boleh berhibur.
Majlis perkahwinan tak lengkap kalau tiada sistem audio dan visual yang terkini bagi memenuhi kehendak pengantin. Mereka juga menyediakan dua skrin besar bahagian kiri dan kanan dewan bagi memberikan paparan yang jelas sepanjang acara penuh makna ini berlangsung. Juga mereka menyediakan PA Sistem yang terkini bagi melancarkan lagi acara yang penuh bermakna ini. Rostrum untuk ucapan khas daripada tetamu yang diundang kepada pasangan pengantin pun turut disediakan.
Kalau perlukan pentas untuk membuat persembahan mereka juga turut ada menyediakan pentas yang lengkap bersama speaker, mikrofon dan juga peralatan yang canggih dan terkini. Bolehlah jemput penyanyi istimewa buat persembahan. Lebih meriah majlis perkahwinan nanti tidak lah bosan dan sunyi sahajakan.
Selepas ini walaupun kita dalam suasana memutuskan rantaian pandemik tetap majlis bemakna boleh dijalankan dengan Norma Baharu yang perlu diikuti. Harap semuanya akan kembali normal dan #kitajagakita. Bagi yang masih merancang acara perkahwinan dalam tahun ini boleh cuba tanya-tanya tentang pakej perkahwinan di dewan ini.
Mereka sediakan segala lengkap dan juga mengikut norma baharu demi kelangsungan majlis raja sehari. Kalau korang nak dapatkan keterangan lanjut mengenai promosi Dewan Perdana Felda, boleh pergi ke platform sosial media mereka seperti di bawah atau juga hubungi untuk sesi lawatan dan juga Food Testing. Cuba dulu baru tahu bak kata pepatah 'Tak kenal maka tak cinta'.
Layari :-
Facebook : https://www.facebook.com/dewanperdanafelda/
Tel : 03-2698 8302
Cantiknyaa pelamin pengantin.. berkenan! Cantik tempat ni, sesuai untuk buat majlis kenduri kahwin
BalasPadamBila ada jempitan di Dewan Perdana Felda .. memang tak kan lepaskan peluang. Menu dia semestinya sedap dan tak pernah mengecewakan
BalasPadampernah pi majlis kawen kat sini. memang best. tempat selesa parking banyak makanan sedap.
BalasPadamNice setting. And this is a good package by Felda. Good for those yg merancang nak kawen.
BalasPadamCantiknya dewan, bagusnya ada siap2 semua sop berkenaan semasa musim pandemik nih..p/s : lama rasa x pergi majlis kahwin sejak musim covid nih
BalasPadamthat's a good venue for banquet. hope MCO lifted then we can enjoy normal life back to wedding again
BalasPadamPaling suka tgk menu dia. Best2. Bukan senang nak jumpa kenduri kahwin yg serve butter prawn dan daging salai.
BalasPadammasa pandemik sekarang, semua kena berhati-hati selalu menghadiri sebarang majlis.. terbaiklah di dewan ni menerapkan norma baru pencegahan covid.. semuanya ada complete..
BalasPadamtapai ais krim tu memang sedap. antara makanan yang unik dan memang rasa nak repeat makan kat sini lagi
BalasPadamBestnya tempatnya.. kalaulah di Johor ada, memang boleh snagat amik pakej ni untuk majlis anak Sis.. tengok menunya pun semua banyak pilihan dan nampak sedap..
BalasPadamSeriously best sangat tempat ni untuk adakan majlis perkahwinan.. maybe next time boleh suggest tempat ni kat my company for next event.. :)
BalasPadamwow, not only is the hall beautiful and spacious, but the food looks absolutely delicious too. it's a great place for large gatherings indeed!
BalasPadam