Food Review,Resipi Original Nasi Lemak Bamboo SS2 Petaling Jaya
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga tidak lupa kepada semua rakan-rakan sekalian. Korang mesti pernah cuba Nasi Lemak Kukus, atau Nasi Lemak Bakar, tapi korang pernah tahu bahawa ada Nasi Lemak Buluh. Dengar pun dah menarik dan pelik selalu orang masak lemang jer dalam buluh tapi kali ini Nasi Lemak pulak di masak dalam buluh. Kat mana tu jom kita terjah jalan-jalan makan-makan.
Restoran yang Maha maksudkan tadi adalah Restoran Nasi Lemak Bamboo SS2 PJ. Sebenarnya konsep Nasi lemak dalam buluh ini telah diusahakan oleh dua orang pasangan suami isteri yang berasal dari Sabah. Mereka dah mempunyai lebih kurang enam restoran Nasi Lemak Bamboo kat Sabah. Kini mereka kembangkan lagi perniagaan ini ke semenangjung dengan membuka cawangan pertama mereka di SS2 Petaling Jaya.
Maha pun tak tahu pasal restoran ini tapi ia diperkenalkan oleh seorang kawan yang pernah makan kat sini. Dia kata ini adalah resipi original isteri pemilik restoran ni yang memang suka memask. Idea tecetusnya untuk buat Nasi Lemak dalam buluh ini kerana tiada lagi yang sepertinya di negara kita. Istimewanya Nasi Lemak dalam buluh ini ia menggunakan kuah Kari Seafood dalamnya. Korang boleh tengok semasa sampai nasi lemak ni memang dalam buluh dan masih panas. Korang kena angkat buluh tu dan dalam tu ada nasi lemak dibalut dengan daun pisang bagi mengekalkan rasa asli bersama dengan kuah kari seafood.
|
Nasi Lemak Bamboo Kari Seafood (RM16.90) |
Makanan laut yang ada juga banyak seperti sotong dan udang. Kalau korang nak tambah sambal nasi lemak pun boleh juga tak ada masalah. Korang kena makan nasi lemak buluh ni panas-panas baru dapat rasa urhmmm dan juga kesegaran bahan yang dicampurkan. Sepinggan tak cukup rasa boleh tambah lagi hehehe.
Selain daripada nasi lemak dalam buluh tu ada juga nasi lemak lain yang juga mendapat perhatian pecinta makanan tradisional ni. Korang boleh pilih nak Nasi Lemak Ayam Goreng, Nasi Lemak Rendang Ayam dan Nasi Lemak Kari Ayam. Satu pinggan nasi lemak ni ada semua bahan seperti sambal yang tak pedas dan manis-manis, kemudian ada ikan bilis dan kacang goreng, telur rebus bersama dengan hirisan timun lengkap tau. Bukan macam sesetengah nasi lemak ada nasi dan sambal sahaja tak puas hati makan.
|
Nasi Lemak Rendang Ayam (RM10.90) |
|
Nasi Lemak Ayam Goreng (RM10.90) |
Mereka juga ada Mee Siam tau dengan pelbagai pilihan lauk seperti Mee Siam Ayam Goreng, Mee Siam Rendang Ayam dan Mee Siam Kari Ayam. Mee Siam ni macam Meehun goreng tapi ia ada rasa pedas dan masam-macam sikit.
|
Mee Siam Ayam Goreng (RM10.90) |
|
Mee Siam Kari Ayam (RM10.90) |
Menu sampingan lain yang juga popular kat restoran ini dah wajib korang order bila datang makan kat sini iaitu Cucur Udang, Otak-Otak (5 batang), Sotong Goreng dan minuman Cendol. Cucur udang mereka terbaik gilerrrr kena try sangat rangup dan juga makan panas-panas ok.
|
Sotong Goreng (RM7.50) |
|
Cucur Udang (RM6.50) |
|
Otak-Otak (5 batang) (RM7.50) |
|
Cendol (RM6.90) |
Setakat yang Maha datang hari tu restoran ni Alhamdulillah tak putus-putus pengunjung pelbagai kaum dan bangsa datang makan walaupun ia baru sahaja beroperasi sebulan lebih di sini. Mungkin kerana orang telah kenali restoran ini di Sabah jadi bila ada kat KL lagi senang nak dapat.
Sekarang ni mereka tengah mencari rakan kongsi atau peniaga yang nak buka Franchise Nasi Lemak Bamboo ini kat beberapa kawasan di Sabah dan juga KL. Kalau korang yang tengah nak bukan perniagaan mungkin boleh hubungi pemilik restoran ini untuk keterangan lanjut.
Restoran ini di buka setiap hari dari pukul 10.00 pagi hingga 9.00 malam. Dalam restoran ini pun korang boleh tengok dekorasi dikelilingi buluh juga meja dan kerusi pun di buat daripada buluh. Menarik dan juga Maha rekemenkan kepada korang yang nak cuba kelainan dalam makanan Nasi Lemak. Selamat mencuba semua ok.
Info lanjut dan juga promosi boleh layari :
Nasib baik jauh, kalau tak memang hari-hari la akak ke sini. Kita tunggu mereka buka cawangan di Setapak k. Mesti full house.
BalasPadamdekat gambar maha tu pun dah nampak deko dari buluh. Cantik lah kalau bergmbar dekat situ. Nasi lemak rendang ayam dia nampak sedap!
BalasPadamAduh...terliurnya tengok...nak ke sana jauh lah pula
BalasPadamTengok gambar pun dah nampak sedap nasi lemak tu..plus kari seafood pulak tu. Dua-dua memang rare 😃
BalasPadampernah makan sini dulu serius sedap. tengok gambar ni terasa nak repeat plak hehe
BalasPadamMacam3 lauk nasi lemak ada dijial. Meriahhh nak singgahka satu hr nanti
BalasPadamWahh macam menarik jer nak buka cawangan kat Setapak ni.. how much la agak2nya.. :)
BalasPadamTak pernah try nasi lemak bakar dan nasi lemak buluh. SS2 dekat je ni nak pi terjah. Nmpk lawo kedainyaa.
BalasPadamHuhuhu selalu ke area sana tempat anak kenapalah takde rasa nak singgah ek.. ila nengok menu ni semua, aje gileee lapar terokkkk... nanti nak ajak anak ke sini makan...
BalasPadamWah, dekat ss2 je ya? Ingatkan kena masuk jauh ke pedalaman baru boleh merasa menu unik macam ni. Tak pernah cuba lagi apa2 makanan yg masak dalam buluh kecuali lemang.
BalasPadampergh, memang padu lah nasi lemak bamboo ni. Hope ni one day boleh makan di sini dengan family
BalasPadamNasi lemak kukus sotong dengan cendol nampak sedaappp sangat ni! Terliur saya! SS2 dekat dengan saya. Nak singgah makan jugak.
BalasPadamThis looks absolutely delicious! I am sure the whole family will enjoy eating at this restaurant. cant wait to try out their nasi lemak, it looks meletop
BalasPadamFuhhh ...lama giler tak makan cucur udang . Menangis wooo tengok gambar-gambar menu ni. Pelbagai pilihan dan semua menarik selera betul !!
BalasPadamThis looks yummy! Makes me want to go visit too! When I have chance I will surely visit!
BalasPadamekzema
BalasPadamselsema
batuk
barang keperluan bayi
kahak
maaf tumpang tanye..halal ke ye aini
BalasPadam