AIA Vitality,

Mengumpul Dana Bagi Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia Dalam Peraduan “Get Fit For Charity”

Khamis, Mei 27, 2021 Mahamahu 0 Comments

Seramai lebih 8,000 pelari dari seluruh Malaysia telah berkumpul untuk menzahirkan sokongan mereka kepada Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia (NCSM) dalam satu peraduan yang dianjurkan oleh District Race Malaysia anjuran AIA Vitality, bagi menggerakkan perjalanan gaya hidup sihat demi mencapai suatu hasrat murni yang sama.



Peraduan “Get Fit For Charity” yang dianjurkan mulai 12 April hingga 16 Mei lalu telah menyaksikan kesatuan jiwa dan kemurahan hati peserta District Race dalam mereka berlari, berjoging dan berjalan kaki bagi membantu mengumpul dana untuk NCSM. Melalui aplikasi District, mereka mengumpul seberapa banyak mata di setiap titik mata (checkpoint) maya atau mencatat jarak larian mereka dengan menghubungkan peranti boleh pakai dengan teknologi GPS untuk menerima mata bagi setiap kilometer secara automatik.

Dalam menjayakan hasrat ini, AIA Malaysia telah berikrar untuk menyumbang sebanyak RM1 bagi setiap 100 mata yang dicatatkan dan para peserta bersemangat menyahut cabaran tersebut dengan mencatat 5 juta mata menjelang 4 Mei lalu. Kejayaan misi ini terbukti melalui usaha mereka mencapai sasaran lebih awal daripada yang dijangkakan.

Kejayaan ini membuka laluan kepada AIA selaku penaja bagi District Race Malaysia untuk menyumbang jumlah kumulatif bernilai RM50,000 kepada NCSM untuk menyokong kerja-kerja pertubuhan bukan kerajaan (NGO) terhadap pendidikan, penjagaan, dan khidmat sokongan kepada mereka yang terjejas akibat kanser, serta meningkatkan kesedaran dalam kalangan masyarakat. 

Akauntan Caason Ching, 41, berkata peraduan ini bukan sahaja memberi peluang kepadanya untuk menyokong hasrat murni tersebut bahkan menyeronokkan dan menggalakkannya menjadi lebih cergas dan aktif.



“Melakukan aktiviti kecergasan di luar rumah dan bersenam amat baik untuk kesihatan mental dalam masa kita semua lebih banyak menghabiskan masa duduk di dalam rumah. Saya menetap di Subang Jaya dan dengan banyaknya titik mata berhampiran kawasan ini, saya tidak perlu memandu jauh untuk berlari,” katanya. Beliau sudah pun mencatat sebanyak 240,000 mata dan bersemangat untuk mengumpul lebih banyak mata lagi.

“Pada Mac lalu, saya telah mencapai 100,000 mata. Saya dan rakan sekerja di jabatan audit sudah pun menyertai peraduan yang menyeronokkan ini. Ianya bagaikan memburu Pokemon!”



Bagi Lai Vinc Yuee, melakukan aktiviti kecergasan dan menyumbang kepada sesuatu tujuan yang baik  adalah tumpuan utamanya. “Saya mahu menyertai sesuatu yang lain daripada yang lain dan larian ini amat unik. Saya dapat mengumpul mata dan menyumbang terhadap tujuan yang amat bermakna. Selain itu, saya juga dapat menerokai beberapa kawasan baharu semasa beraktiviti di luar. Saya cuba dan berlari sejauh 20-29 kilometer setiap kali keluar, jadi saya dapat melihat lebih banyak tempat di sekitar kejiranan saya di Sri Petaling,” ujarnya yang telah mengumpul sebanyak 84,000 mata, setakat ini.

Bagi Perunding dan Pengurus Insurans/Takaful Fauzul Nizam, 40, peraduan ini memberi peluang untuknya kekal cergas mengikut keselesaannya sendiri.



“Saya biasa bersenam di kawasan perumahan saya di Wangsa Maju. Paling jauh saya berlari adalah tiga kilometer dan mensasarkan 3,000 mata. Memang menarik kerana bersama-sama isteri, kami boleh mengumpul mata secara bersama. Ini merupakan satu inisiatif yang hebat kerana walaupun orang ramai tidak boleh terlibat dalam aktiviti atau majlis sosial, mereka masih boleh kekal aktif mengikut masa dan keselesaan mereka sendiri,” katanya.

Bagi rakyat Malaysia yang ingin menyertai District Race Malaysia anjuran AIA Vitality, anda masih berpeluang menyertai acara digital ini yang akan berakhir pada 30 Jun 2021.



Anda hanya perlu memuat turun aplikasi District, sertai dan mula mengumpul mata. Anda juga boleh menikmati ganjaran bagi usaha anda, serta berpeluang untuk memenangi sebuah kereta baharu!

Setiap aktiviti yang mencatat 2,000+ mata akan layak menerima satu penyertaan cabutan bertuah dan pemenang cabutan bertuah ini bakal memandu pulang hadiah utama berupa kereta Proton X50 serba baharu. Di samping itu, terdapat lebih 40 hadiah peraduan untuk dimenangi termasuk jam tangan Garmin, peralatan sukan adidas, dan banyak lagi.



Aplikasi District boleh dimuat turun dari App Store dan Google Play Store. Pendaftaran am bagi District Race Malaysia anjuran AIA Vitality masih dibuka untuk penyertaan secara percuma dengan memuat turun aplikasi di https://rebrand.ly/DistrictRaceMY. Untuk maklumat lanjut, ikuti @DistrictRaceMY di Facebook dan Instagram, atau layari laman acara di www.exploredistrict.com/en/events/district-race-my-2021.









0 Pandangan: