BEKO,
Tanpa Wayar Lebih Mudah Cepat Dan Senang Buat Kerja Membersih Rumah Dengan Beko PowerClean Cordless Vacuum Cleaner
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada semua rakan-rakan yang dikasihi sekalian. Sejak duduk rumah ni Maha memang boleh katakan setiap minggu kena bersihkan rumah. Sebab satu masalah Maha ni iaitu tak boleh dengan tempat yang berhabuk banyak nanti akan mula masalah resedung datang. Jadi sebab tu boleh kata kerja-kerja rumah buat sendiri sejak dah kerja dari rumah nikan. Mata pun tak selesa nak tengok rumah sepah dan juga kotor berhabuk.
Tapi sekarang sejak Maha dah ada menggunakan satu peralatan untuk membersih rumah yang sangat membantu jadi kerja jadi lebih mudah dan juga lebih cepat untuk siap. Juga ia dapat membantu untuk segala masalah dalam kerja-kerja membersih rumah ni. Peralatan yang Maha maksudkan tadi adalah Beko PowerClean Cordless Vacuum Cleaner. Sekarang semua orang dah mula beralih kepada vakum rumah tanpa wayar senang mudah dan cepat.
Sejak ada vakum Beko ni memang Maha rasa nak bersih ruang yang susah dan sempit pun senang sekarang ni. Terutama habuk atau sampah bawah kerusi, sofa atau juga katil. Nak angkat malas, nak kalih berat. Jadi dengan adanya vakum ni korang tengok ia boleh bengkok 90° dan muat masuk bawah kerusi atau katil tanpa perlu bongkok sampai sakit pinggang.
Banyak kesenangan menggunakan Beko PowerClean Cordless Vacuum Cleaner ini bukan sahaja ia tanpa wayar tapi Maha nak senaraikan beberapa perkara hebat vakum ini boleh buat.
Lebih Ringan Dan Menggunakan Kuasa Bateri
Vakum ini sangat ringan bagi Maha boleh dikendalikan dengan hanya menggunakan satu tangan sahaja. Kalau selalu perempuan nak kena kalih dan angkat vaku yang biasa tu memang berat dan juga terhad pada panjang kabel yang ada sahaja. Lepas tu nak kena selalu buka dan tutup suiz untuk tukar lokasi jadi tembah kerja kat situ sahaja.
Vakum ini juga ia menggunakan bateri Lithium Ion yang mampu bertahan selama lebih kurang 45 minit dalam satu masa membersih. Boleh cuci satu rumah kalau lama tu beterinya mampu tahan. Masa untuk mengecas bateri adalah lebih kurang dalam 6 jam untuk penuh sepenuhnya dan menggunakan 28.8 Volt sahaja.
Mempunyai Kuasa Sedutan Dan Berus Pelbagai Fungsi
Ini satu lagi yang membuatkan Maha suka menggunakan Beko PowerClean Cordless Vacuum Cleaner ini sebab ia mempunyai kuasa sedutan 65W yang dapat membersihkan banyak permukaan seperti permaidani dan permukaan yang keras. Malah zarah debu terkecil akan disedut dari lantai dengan mudah walaupun berada dicelah-celah ruang yang kecil dan semput. Vakum ini sesuai untuk lantai keras, permaidani, jubin, dan vinil.
Sebab itu ia datangkan dengan pelbagai jenis berus yang mempunyai kesesuaian pada permuakaan dan ruang yang korang nak gunakan. Ada berus yang panjang dan juga lonjong untuk ruang sempit dan juga boleh mengaut semuah sampah kecil dan besar. Menariknya kalau korang perasan dekat hujung penyapu tu ada lampu LED untuk menyuluh pada ruang yang gelap dan tiada cahaya tak perlu nak pasang extra lampu.
Kelebihan SelfStand
Apa itu SelfStand dan juga apa gunanya? Ok lah Maha kongsi pengalaman Maha menggunakan vakum lama dan juga yang tanpa wayar ini. Selalu bila kita tengah membersih ruang tu tiba-tiba ada orang panggil atau juga ada tetamu datang. Kalau vakum lama kita nak kena kemas dan bungkus masuk dalam kotak atau sorok dalam stor agar tak nampak bersepah. Tapi dengan Beko ini ia didatangkan dengan SelfStand yang boleh ditegakkan dimana-mana ruang untuk korang berhenti sebentar dan letak vakum pada SelfStand tanpa bersepah-sepah.
Lepas tu SelfStand ini juga disediakan dengan ruang pengecah yang boleh disambung pada plug untuk terus mengecas bateri kalau vakum kita dah separuh digunakan. Jangan risau SelfStand ini sangat stabil dan kukuh tidak mudah jatuh dan selamat kalau ada anak-anak kecil. Tapi pastikan jangan bagi mereka panjat sudahlah ok.
Mudah Dipasang dan Dibersihkan
Ini juga sangat penting bagi suri rumah yang nak gunakan vakum Beko ini. Ia mudah untuk dipasang dan juga untuk dibersihkan. Korang hanya perlu plug and play sahaja konsepnya untuk menggunakan vakum ini. Pastu ruang kontena sampah yang mudah untuk dibersihkan hanya klik satu butang sahaja korang dah boleh buang terus sampah tu kalau tangki dah penuh.
Lepas tu korang putar untuk cabut satu-satu bahagian untuk dibersihkan dengan hanya lap atau juga lalukan dengan angin untuk membersih penapis atau juga tangki yang sudah kosong. Tak perlu nak basuh dengan air pun. Tangki sampah tu berkapasiti 0.9Litter besar dan juga boleh tempatkan sampah besar atau halus.
Banyak lagi sebenarnya Maha nak kongsi pada korang pengalaman Maha menggunakan Beko PowerClean Cordless Vacuum Cleaner ni. Orang semua dah beralih kepada vakum tanpa wayar tak akan korang masih nak menggunakan yang tradisional lagi hehehe. Bukan nak belagak atau nak menunjuk tapi ia memudahkan kerja dan menyenang kan tugas hari ibu-ibu yang dah memang banyak kat rumah tu. Maha tahu lah sejak dah duduk rumah ni semua kerja kena buat, membersih, memasak, pastu kalau yang ada anak nak jaga anak lagi. Tak terkawal kadang-kadangkan.
Moga perkongsian pengalaman Maha ni boleh dapat kebaikan kepada semua yang membacanya. Orang lelaki pun kena buat kerja rumah sekarang ini bantu isteri tu jangan biar mereka buat seseorang diri jer. Kalau akak atau abang ada berminat nak tahu maklumat lebih lanjut mengenai Beko PowerClean Cordless Vacuum Cleaner boleh layari lama sosial media Beko Malaysia di bawah ini ok.
Laman web: https://www.beko.com
Facebook: https://www.facebook.com/BekoMalaysia
Instagram: https://www.instagram.com/beko.my
Wah. Pasni makin suka la Faries vacuum rumah uols sebab ada Beko nie. Anyway, Happy Bestday MM!
BalasPadamwoww..seriuslah canggihnya. part batang vacuum yang boleh bengkok2 tu suka sangat.Sis punya vacuum biasa-biasa je tapi bila tengok yang ni bagi yang surirumah macam sis mula la nk survey..hihi..tq sharing.
BalasPadamFuiyohhh menariknya sebab dia boleh bengkok2 so tak payahlah orang yang sakit belakang tunduk2 sebab nak vaccum bawah kerusi atau katik kan. Terbaiklah . Nanti nak ushar harga , harap mampu milik.
BalasPadamBeko ni bagus. Harga pun Alhamdulillah bagus. Musim PKP, PKPD, PKPB segala ni dobi berdekatan tutup. Akak blei beko dryer. Amik kau. Hahaaaaaaa. Vakum je akak tak beli sebab dah ada jenama lain. Tunggu rosak, baru beli Beko punya. Hehehe
BalasPadamSuka sangat vacum macam ni. Kat umah pon senang nak pakai sebab xyah dah bengkok kam badan bila nak vacum bawah sofa. Memang berbaloi
BalasPadamBest la maha...senang dan menyenangkan tugas seharian kan..x perlu terbongkok bongkok nak vacuum dah...berbaloi beli ni....
BalasPadamCordless vacuum ni antara wishlist kita. Mudah nak guna terutama bila ada anak kecik yang suka makan bersepah. Sepah je boleh terus vacuum sebab ringan kan. Nk guna vacuum besar tu mcm leceh sangat.
BalasPadamBest vacuum ni.. nampak tegap.. pernah guna blender, yg ni vacuum mesti best juga
BalasPadamWah siap boleh bengkok-bengkok masuk bawah sofa. Memang best ni. Ada HEPA filter pulak memang bagus.
BalasPadamBagus juga kan Beko cordless vacuum cleaner ni.. suka part yang bendable tue since boleh reachout to corner yang selalu susah for us to handle.
BalasPadamHappynya Maha ko vakuum uma hahaha.. tapi memang best gilerr kann, mudah sangat bila takde wayar ni, Sis dah ada satu senang keje Sis angkut naik atas bawah..
BalasPadamHa ! yang ni lah I nampak hari tu dekat FB tapi bila scroll balik dah tak jumpa post tu. Best tau vacuum ni dan I rasa macam nak beli satu.
BalasPadam