Dapur,
Dapur Bersepah Ketika Memasak Kitchen Saver Sediakan Bahan Masakan Untuk Anda
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada semua rakan-rakan yang dikasihi dan dirindui selalu. Macam mana korang semua masih ok lagi sekarang duduk di rumah. Jangan tertekan atau runsing kerana setiap masalah ada cara mengatasinya. Sekarang ni pun kerjaan dah buka banyak sektor tetapi dengan SOP yang ketat dan juga hanya yang lengkap dose sahaja dibenarkan.
Apa yang Maha perasan pada diri Maha ni sejak duduk rumah kerajinan untuk memasak tu datang dengan sendirinya. Yer lah kalau nak keluar beli makanan hari-hari pun penat juga. Kalau nak order makana melalui penghantar makanan sekali-sekali boleh lah kalau hari-hari mahu kering poket ni. Bukan calang-calang juga harga penghantaran makanan sekarang makin tak masuk akal pun ada. Tak apa lah tu hal mereka yang penting sekarang ni kat rumah kita maska sendiri ikut kesukaan kita.
Tapi satu jer lah masalah yang Maha selalu hadapi bila nak mula memasak ni. Iaitu malas nak sediakan bahan masakan. Nak fikir masak apa tu dah satu hal, nak sediakan bahan-bahan untuk memasak juga satu hal. Nak kena basuh dulu lah. Pastu nak kena tumbuk pulak. Membuatkan semangat nak memasak tu jadi lambat nak tiba. Nasib ada solusi untuk orang yang malas nak sediakan bahan masakan macam Maha ni.
Sekarang dah ada produk kisar kasar yang mudah dan cepat untuk Maha buat kerja memasak di dapur. Ini yang Maha gunakan sekarang iaitu produk dari Kitchen Saver. Aci tak Maha gunakan produk yang dah siap kisar ni untuk memasak kat dapur. Sebab masa untuk memasak lebih cepat. Keluar sahaja dari peti sejuk boleh terus guna dengan ceduk ikut seberapa banyak yang nak guna dah boleh masak.
Puan Nur Harfiza Hashim Pengasas Kitchen Saver |
Produk Kitchen Save ini baru jer berada kat pasaran tak silap Maha sejak April tahun lalu. Ia juga adalah produk bumiputera dan juga pastinya produk yang dijamin Halal JAKIM. Maha suka guna produk bahan kisar mereka ni sebab ia adalah dari bahan semulajadi yang berkualiti tinggi dan juga tanpa 3P iaitu Pengawet, Pewarna dan Perisa.
Walaupun ia baru dipasaran, menurut kata pengasasnya Puan Nur Harfiza Hashim, mereka telah ada lebih daripada 200 ejen di seluruh semenanjung Malaysia. Juga sekarang telah ada kilang pemprosesan mereka sendiri di Wangsa Maju. Mereka juga mendapat khidmat nasihat dan bekalan bahan mentah daripada Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dan juga sokongan daripada Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI).
Produk Kithcen Saver ni pun ada banyak bukan setakat bawang atau cili kisar sahaja. Mereka dah ada 9 jenis produk kisar kasar di pasaran sekarang ni. Ada produk Serai Kisar, Kunyit Kisar, Halia Kisar, Lengkuas Kisar, Cili Padi Kisar, Bawang Putih Kisar, Bawang Besar Kisar, Cili Kering Kisar dan Bawang Holland Kisar. Tengok tu semua bahan asas masakan Melayu siap dikisar hanya tinggal nak ambil dan masak sahaja.
Korang tanya produk kisar macam ni tahan lama ker? Setakat Maha dah gunakan ini seminggu lebih produk kisar ini mampu bertahan selama sebulan kalau disimpan dalam peti sejuk biasa. Manakala kalau ia disimpan dalam peti sejuk beku ia mampu bertahan selama setahun. Tapi tak akan sampai setahun korang yang hari-hari masak mesti habis juga sebulan tak sampai punya.
Lepas ni lebih senang lah nak masak Lemak Cili Padi, Nak Masak Asam Pedas, Nak Masak Sambal semua jadi lebih sedap dan enak. Maha hari tu dah cuba guna produk ni untuk masak resipi istimewa iaitu Ikan Bakar Potugis. Maha nak kongsi bahan-bahan yang Maha gunakan nanti korang boleh cuba dengan menggunakan produk Kitchen Saver ni.
Bahan-bahan memasak:-
2 ekor Ikan Kembung2 sudu besar Bawang Merah Kisar Kitchen Saver1 sudu besar Bawang Putih Kisar Kitchen Saver1 sudu besar Halia Kisar Kitchen Saver3 sudu besar Cili Kering Kisar Kitchen Saver3 biji Kacang Bendi2 biji Tomato1 mangkuk kecil Air Asam JawaGaram, Gula dan Minyak Masak
Cara-cara memasak:-
1) Siang ikan kembung dan basuh sehingga bersih.2) Tumis dengan minyak masak semua bahan kisar dari Kitchen Saver sehingga pecah minyak dan naik bau wangi.3) Masukkan air asam jawa dan kacau sehingga sebati sambil masak atas api perlahan.4) Masukkan garam dan gula secukup rasa kacaukan. Biar sejuk sementara ditepi.5) Menggunakan kuali lain letak alas aluminum foil atau daun pisang.6) Tuang bahan yang tumisan yang disejukkan tadi sedikit kemudian letakkan ikan kembung diatasnya. Habiskan semua bahan tumisan salut pada bahagian ikan tu sehingga semua tersalut.7) Taburkan kacang bendi yang dipotong nipis dan juga tomato yang dipotong kecil.8) Balut aluminum foil atau daun pisang dengan rapi dan masak dengan api perlahan selamat lebih kurang 20minit.
Maka siaplah resipi yang Maha cuba sangat cepat dan mudah dengan produk Kitchen Saver ni. Tak perlu lagi nak mengupas, membasuh dan mengisar semua ada dah siap. Dapur Maha pun lebih kemas tak bersepah lagi. Bahan masakan pun tak membazir sebab guna berapa banyak kita perlu sahaja lepas tu boleh simpan balik dalam peti sejuk.
Sebab itulah, Maha sokong produk tempatan ni dan juga mereka yang nak keluar dari kepompom kesusahan semasa pandemik sekarang ni dengan buat perniagaan macam ni. Kitchen Saver juga masih mencari lagi sesiapa yang hilang pekerjaan dan juga tiada sumber pendapatan untuk menjadi ejen mereka. Ini satu daripada usaha mereka untuk membantu sesiapa yang terkesan sekarang ni. Mungkin dapat sedikit sebanyak membantu waktu yang teruk sekarang ni.
Sebarang pertanyaan lanjut atau untuk tempahan boleh layari :
Facebook : https://www.facebook.com/kitchensaverhq
Instagram : https://www.instagram.com/kitchensaverhq
Laman Web : https://kitchensaverhq.com
Tel/Whatsapp : 011-13132098 (HQ)
Terbaiklahhhh! Ena suka beli yang macam ni, senang nak masak.. campak je dalam kuali, jimat masa tetambah dah ada anak kecil ni
BalasPadamBetul saya pun suka lah produk mcm ni hehehehe
PadamBagus gini. Walaupun sekarang nie ramai parents yang WFH, jika dah ada yang segera dan segar sebegini, mana mungkin orang tolak kan. Kang nak makan lunch ngan Maha la.
BalasPadamada jugak tengok kitchen saver ni haritu kat fb. harga pun murah. berbaloi beli
BalasPadamWah bagusnya ni maha...senang nak masak. Terus guna je. Lebih singkatkan masa memasak. Marsha suka!
BalasPadamBestnye produk ni.Mak mak bekerja mesti suka. Senang dan cepatla keje memasak ada kitchen saver ni
BalasPadamSenanglah nak guna dan masak di dapur, tak payah nak kuarkan blender yaaa.. cuma bahan gini kena guna sekalu ni, tak boleh simpan lama kan Maha..
BalasPadamSenang ada produk macam ni. Cepat memasak dan tak perlu nak keluar blender lagi. Hehehe.
BalasPadamWoahaaa ..!! Bahan wajib kena ada untuk masak memasak ni. Bagus dah ada paste gini, cepat keje . Nak borong jugak laaaa
BalasPadamokay nampak sedap resipi ini! boleh try! dah la ada kitchen saver lagi senang nak memasak nanti kan? tq uols recommend boleh la beli nanti
BalasPadamwoww menarik resepi ni. boleh try nanti. thank you for sharing.
BalasPadamSurprise delivery kl
Cheese tart
Birthday surprise delivery kl
Makasih infonya bossku sehat selalu
BalasPadam