Anchor,

Resipi Cendawan Sisir Bersama Petai Masak Sambal Cili Padi

Selasa, Ogos 10, 2021 Mahamahu 4 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada semua rakan-rakan yang dikasihi sekalian. Apa khabar korang semua lama Maha tak update blog ni hehehe almaklumlah sibuk walaupun duduk rumah kerja dari rumah tetap banyak tugasan hakiki. Kadang-kadang naik bosan terperap dalam rumah jadi tepu kepala otak nak berfikir secara waras wakakaka. Tapi apa boleh buat kes semakin tinggi dengan sekarang ni banyak varian baru pulak yang datang makin seram dengar.


Jadi bila dah duduk rumah ni kita main masak-masak lah jom. Kali ini Maha nak kongsikan resipi duduk rumah yang Maha sempat cuba buat masa yang ada ni. Istimewa kali ini Maha menggunakan produk Anchor Pure New Zealand Butter. Wow nama dan macam orang putih tapi buat resipi tempatan sebab tekak ni selera orang kampung hehehe. Maha gunakan butter berkualiti dari Anchor ini untuk membuat resipi yang dipanggil Cendawan Sisir Bersama Petai Masak Sambal Cili Padi. Kecur air liut jap wakakaka.



Kebetulan Maha ada biakkan cendawan sisir ni kat rumah dengan cara dalam pek yang dijual. Korang boleh beli ada jual dalam talian murah jer. Nak jaga pun senang dan juga dalam masa tempoh 7 hari dah boleh tuai hasilnya. Kenapa pula Maha gunakan Anchor Butter ni sebab nak bagi rasa berkrim dan aromatik dalam masakan. Selalu guna minyak biasa kali ni kita guna lah butter pulak.



Anchor Pure New Zealand Butter ini adalah 100% menggunakan susu segar dari ladang di New Zealand. Sebab tu hasil produk tenusu mereka sangat berkualiti dan juga warna keemasan pada butter tu semulajadi daripada beta karotin yang dalam susu lembu New Zealand. Sebab tu bila masak tak kira lah guna untuk buat kek atau juga masak berlauk, Maha suka gunakan produk Anchor ini. Jom Maha tunjukkan bahan-bahan digunakan untuk buat resipi mudah ini.



Bahan-bahan memasak:
50 gram Anchor Unsalted Pure New Zealand Butter 
100 gram Cendawan Sisir
50 gram Petai Muda
5 biji Cili Padi
2 biji Bawang Merah
2 ulas Bawang Putih
1 inchi Halia
1 batang Serai 
20 gram Ikan Bilis
1 inchi Belacan
1 sudu makan Serbuk Kunyit
3 sudu masak Santan
100ml Air Kosong
Garam & Gula secukup rasa



Cara-cara memasak:
1) Basuh cendawan sisir sehingga betul-betul bersih dan juga petai kikis kulit petai sedikit jangan dibuang.
2) Tumbuk sedikit hancur bahan iaitu cili padi, bawang merah, bawang putih, halia, serai, ikan bilis dan belacan.
3) Ambil Anchor Unsalted Pure New Zealand Butter cairkan dalam kuali.
4) Masukkan bahan yang ditumbuk tadi dan tumis sehingga naik bau dan warna sedikit keperangan.
5) Masukkan pula cendawan sisir bersama dengan air dan serbuk kunyit. Kacau dan masak sehingga cendawan lembut dan air sedikit kering.
6) Masukkan pula petai kacaukan sekata dan masukkan pula santan. Masa ni pastikan menggunakan api yang perlahan.
7) Akhir sekali persedapkan lagi dengan garam dan gula secukup rasa.



Maka siaplan resipi tradisional yang mudah dan sedap mengguirkan dengan menggunakan butter. Maha suka masak gunakan butter untuk lebih rasa lemak dan enak seperti masak nasi goreng atau juga goreng sayuran memang suka guna butter. Resipi ni makan bertambah dengan nasi putih dan juga ikan goreng tengah panas-panas perhhh.. Kalau korang dah cuba resipi ni nanti kongsikan pengalaman kat ruang komen bawah ni ok. Selamat menjamu selera dan selamat mencuba semua.










4 ulasan:

  1. Dapnya lauk nie MM oiiiii bila I nak g lunch kat rumah u lagi nie?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kena check dah dua dose ker wakakakaka sabar sis masanya akan tiba gituwww

      Padam
  2. Selalu tengok orang masak kulat sisir ni tapi tak pernah lagi cuba. Teringin nak cuba. Tengok resepi ni sedap betul..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kulat sisir ni sekarang boleh biak sendiri senang dan cepat... Banyak resipi boleh buat ni yg simple jer hehehe...

      Padam