Baju baru,
Bob Rock Lovelily Buka Semula Selepas PKP Dengan Pematuhan SOP
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada rakan-rakan yang dikasihi sekalian. Alhamdulillah lihat semua peniaga sekarang dapat menarik nafas lega setelah kerajaan mula beransur-ansur membenarkan banyak peniagaan beoperasi setelah lebih beberapa bulan terpaksa tutup akibat Covid-19. Namun kebenaran pembukaan itu bukan lah sewenang-wenangnya mesti dengan pematuhan SOP yang ketat dan juga garis panduan daripada kerajaan.
Begitu juga butik pakaian kegemaran Maha selama ini dah berbulan-bulan tak dapat nak beli baju kat sini akhirnya kedai Bob Rock Lovelily telah beroperasi semula dengan pembukaan penuh. Maha suka sangat kedai ini kerana ia adalah antara kedia yang menjual pakaian plus size untuk lelaki dan juga ada untuk wanita. Korang tengok lah tagline mereka kena sangat ‘Butik pakaian saiz besar lelaki dan wanita paling ohsem di Malaysia!’ tak gituwww.
Lot F-15 aras 1 Plaza Shah Alam seksyen 9 Shah Alam |
Menurut notis yang di keluarkan oleh pemilik butik ini mereka hari-hari akan memastikan kedia sentiasa disanitasi dan dibersihkan selepas kunjungan pelanggan. Juga semua pekerja mereka yang lengkap dose vaksin sahaja dibenarkan bekerja. Punyalah mereka nak menjaga keselamatan pelanggan.
Selain itu juga beberapa SOP yang telah ditetapkan oleh kerajaan yang kita sebagai pengunjung juga kena patuhi sebelum masuk ke butik ini seperti:-
• Memakai pelitup muka dan disarankan dua lapis
• Scan MySejahtera dan suhu sebelum memasuki kedai
• Membuat pemeriksaan suhu badan
• Membersihkan tangan dengan hand sanitizer yang disediakan
• Mejaga jarak lebih satu meter antara satu sama yang lain
Koleksi T-Shirt Terbaharu
Maha datang kat butik ni masa selepas kebenaran rentas daerah dan juga seluruh Kuala Lumpur dan Selangor beralih ke Fasa kedua. Kedai Bob Rock Lovelily masih kat tempat yang sama kalau korang tengok perkongsian Maha sebelum ini ia terletak di Aras 1 Plaza Shah Alam Seksyen 9 Shah Alam. Belum lagi berpindah atau ada cawangan tempat lain.
Kebetulan pula masa Maha datang tu mereka tengah keluarkan koleksi pakaian terbaharu mereka. Kali ini butik Bob Rock tampil bawa koleksi T-shirt bercorak. Ada empat corak yang menarik dan lebih berani ditampilkan kali ini. Nama pun agak ganas sesuai dengan designnya iaitu Blue Mask, Red Tribe, Yellow Tiger dan White Dragon.
Bestnya ia datang dengan tiga saiz yang bebeza untuk memastikan semua saiz badan comel-comel macam Maha ni boleh bergaya dengan t-shirt terbaharu mereka ini. Ada saiz 2XL, 4XL dan juga 6XL. Kalau macam Maha ni korang tengok warna merah itu menarik minat dan terus rembat satu hehehe. Saiz Maha pakai ni adalah 2XL jadi siapa yang sesaiz macam Maha boleh lah cuba.
Kain t-shirt mereka kali ini lebih lembut, selesa dan juga sejuk sesuai dengan cuaca kita di Malaysia ni.
Dah Boleh Dapatkan Pakaian Di Shopee
Demi nak memastikan semua pelanggan yang minat dengan design dan juga nak daptakan saiz yang besar tidak ketinggalan mereka juga telah mula menjual koleksi mereka di Shopee. Sebelum ni mereka menjual di laman sesawang mereka sendiri iaitu https://www.bobrocklovelily.com.my kali ini ditambah lagi tempat untuk nak beli secara online di https://shopee.com.my/bobrockofficial.
Laman sesawang mereka masih ada lagi jual koleksi pakaian mereka dan juga laman itu dipertambah baik untuk untuk memberi pelanggan pengalaman yang hampir sama ketika membeli di kedai. Semua promosi yang ada di kedia korang boleh dapatkan juga secara dalam talian sama sahaja. Itu yang buatkan Maha lebih seronok beli pakaian kat sini.
Lepas ni kalau korang yang belum lengkap dose vaksin boleh beli online jer tak perlu nak risau ok. Sama sahaja promo dan juga koleksi yang disediakan. Lebih selamat dan juga lebih selesa kat rumah. Tup tup baju terus sampai depan pintukan. Apa lagi jom shopping hehehe. Selamat membeli semua.
Aip aip...Maha pergi butik ni dengan Ayu eh?. Hehe....Banyak pilihan untuk plus size tu. Sis tak suka pula pattern tengkorak ke haiwan ke....lebih kepada motif alam semulajadi macam daun ke, bunga ke....
BalasPadamAla jauhhh pulak dekat Shah Alam. Nanti Aten tengok Shopee dorang. Pakai baju yang besar dari kita pun best sebenarnya. Selesa dan boleh tutup lelemak ni hehehe
BalasPadamWow dah keluar shopping baju dah.. iena tak keluar lagi shopping baju. Menarik ni boleh suggest dekat kawan jugak kedai ni
BalasPadamBaguskan ada butik camni utk mereka yang size agak besar. Maklum la bukan senang nak cari size sebenarnya
BalasPadamsmart dan selesa.. cantik dooh maha.. aku suka material dia..lembut jer..sesuai utk cuaca di malaysia
BalasPadamCantikk design nye. Bagus sangat bila ada macam2 saiz dalam.pasaran. mudah customer nak cari
BalasPadamSenang dah buka, boleh walk-in dan pilh sendiri kannn.. tapi maa beli online pun okay gak.. sama je macam di butiknya.. design T-shirt tu lawo ler pulak..
BalasPadamSuka tengok corak collection tribe ni..lama tak g shopping baju nak kena tunggu husband fully vaccinated la dulu.
BalasPadamWah stylish juga tshirt kat Bob Rock, nanti nak recommend kawan ke sana.
BalasPadamEntri menarik, baru tahu pasal Kedai Bob Rock ni. Koleksinya pun lawa juga.
BalasPadambagus lah banyak butik dah mula buka kan, senang nak cari baju. kadang2 puas hati pergi ke kedai gak try fitting . asyik beli online jer kan, so pergi kedai lak pulak. baru puas memilih
BalasPadamwah! cantiknya baju tu kita pun suka tengok design2 dia .bukan typical tshirt. oversized pun sekarang dah jadi trend kan?
BalasPadamUnique juga design2 yang ada kat kedai ni... (Y) simple but nice wor! Best part yang discount mereka offer ni... up to 15% lak tue...
BalasPadamcantik design dia
BalasPadamvideo viral malaysia
digital printing malaysia
sakit buah pinggang