Coconut Shake,
Mencari Coconut Shake Asli Di Tengah Bandar Ketemui COCOYEAH
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada semua rakan-rakan yang dikasihi sekalian. Sekarang ni dah mula boleh mengembara rentas daerah kerana banyak tempat pelancongan dalam negeri telah mula beroperasi. Cuma nak rentas negeri sahaja masih tunggu sampai mencapai tahap vaksinasi yang ditetapkan. Lepas ni dah boleh rentas negeri nak pergi mencari minuman yang menyegarkan dan menyejukkan badan. Apa lagi mesti lah Coconut Shake yang popular di Pantai Klebang.
Sebenarnya tak perlu sampai kesana pun nak mencari minuman ikonik tu kerana dekat Selangor ni pun dah ada. Malah bukan sahaja Coconut Shake Asli dengan kelapa muda malah juga dengan pelbagai buah-buahan original yang digabungkan. Kat mana tempat tu? Maha jumpa ia terletak di Subang Jaya Selangor sahaja. Kedianya agak tersorok dan comel bersaiz mini. Nama kedainya adalah COCOYEAH Coconut Shake yang terletak di PJS 11/28A berdekatan dengan Sunway Pyramid dan juga Sunway Lagoon.
Kedai ni bila masuk langkah sahaja rasa macam menikmati minuman coconut shake di tepi pantai suasana menyeru untuk kita masuk dan nikmati minuman yang enak ini. Disebabkan kedai ini kecil jadi hanya dihadkan kepada beberapa pelanggan dalam satu-satu masa dan juga kalau nak dine-in kena lengkap vaksinasi. Juga boleh untuk bungkus bawa balik atau minum dalam kereta atau sambil jalan-jalan lagi nikmat.
Pastinya kalau korang datang sini kena cuba Original Coconut Shake mereka. Ia menggunakan kelapa muda yang bersaiz matang dan juga rasa asli kelapa yang segar. Pasti kalau coconut shake akan ada aiskrim diatasnya iaitu aiskrim Vanilla. Selain dari itu korang juga boleh cuba tujuh lagi rasa minuman coconut shake yang ada disitu. Di mana minuman coconut shake yang dicampur dengan rasa buah-buahan asli lain membuatkan ia satu garapan yang juga menarik dan padan untuk melegakan rasa dahaga dan panas dalam badan.
Original Coconut Shake - RM7.90 |
Tujuh minuman coconut shake yang Maha dah cuba kat sini iaitu Honey Lemon Coconut Shake, Passion Fruit Coconut Shake, Avocado Coconut Shake, Berries Coconut Shake, Macha Coconut Shake, Gula Melaka Coconut Shake dan Oreo Coconut Shake. Selain daripada rasa original daripada tujuh ini yang Maha paling suka kombinasinya adalah Passion Fruit Coconut Shake, Honey Lemon Coconut Shake dan Gula Melaka Coconut Shake. Itu kalau mengadap seorang satu cawan tu memang habis sampai ketitisan terakhir Maha hirup hehehehe.
Passion Fruit Coconut Shake - RM9.90 |
Honey Lemon Coconut Shake - RM9.90 |
Berries Coconut Shake - RM9.90 |
Avocado Coconut Shake - RM12.90 |
Oreo Coconut Shake - RM9.90 |
Macha Coconut Shake - RM9.90 |
Gula Melaka Coconut Shake - RM9.90 |
Korang pula suka yang mana? Kalau nak tahu rasa yang lain korang boleh datang cuba sendiri kat kedai COCOYEAH Coconut Shake ini. Kat sini juga mereka memberi kebebasan kepada pelanggan untuk memilih nak tahap gula yang macam mana. Adakah nak yang Full Sugar (100%) atau Less Sugar (70%) dan juga Half Sugar (50%). Manakala untuk toppingnya korang boleh pilih nak letak Coconut Ice Cream atau juga 3Q Jelly. Jadi ia memang pilihan terbaik untuk nikmati coconut shake di tengah bandar yang sesak dan panas sekarang ni.
Tawaran Hebat Hari Rabu dan Hujung Minggu
Untunglah siapa yang ada office area sana boleh buat pembelian setiap hari Rabu. Ini kerana pada hari itu ada promosi diskaun sebanyak 15% untuk semua minuman 'shake' bermula dari jam 12.30pm sehingga 8.30pm. Juga tawaran Double Happiness untuk dua rasa Passion Fruit Coconut Shake dan Macha Coconut Shake, 2 minuman pada harga RM9.90 sahaja (Harga asal RM19.90). Manakala tawaran COCO-Jumbo Happiness, beli 2 minuman dan dapat diskaun 25% yang bermula dari jam 5.30pm sehinggan 8.30pm.
Itu baru hari Rabu ada juga promosi hebat untuk hujung minggu bagi mereka yang selalu datang berjalan kat area Sunway ini. Pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad mereka adakan promo untuk pembelian 2 minuman pada harga hanya RM15 sahaja. Dah jimat kat situ kalau datang jalan dating boleh beli untuk kita dan juga teman.
Manakala untuk setiap hari ada juga promo yang mereka berikan demi memberi peluang untuk korang nikmati semua jenis rasa minuman coconut shake yang mereka ada. Untuk setiap hari korang juga boleh dapat minuman melalui pembelian kombo. Di mana jika korang membeli 4 jenis air minuman di COCO YEAH akan diberikan 1 lagi tambahan air secara PERCUMA. Siapa nak kasi untuk semua pelanggan di sini sahaja lah.
Lain-lain Minuman Dan Makanan Di COCOYEAH
Selain daripada minuman coconut shake, pada masa yang akan datang mereka akan memperkenalkan minuman mocktail dengan mempertengahkan campuran air kelapa dan juga pati buahan terpilih yang menyegarkan. Korang boleh pilih sama ada untuk campuran air sparkling ataupun tidak. Setakat ni ada 8 rasa iaitu:
1. Coconut Lime Mocktail
2. Coconut Passion Fruit Mocktail
3. Coconut Strawberry Mocktail
4. Coconut Blackcurrant Mocktail
5. Sparkling Coconut Lime Mocktail
6. Sparkling Coconut Passion Fruit Mocktail
7. Sparkling Coconut Strawberry Mocktail
8. Sparkling Coconut Blackcurrant Mocktail
Buat masa ni mereka tak sediakan lah makanan berat-berat sebab konsep kedai mereka adalah minuman. Cuma yang ada jual kat sini korang mungkin boleh cuba iaitu Srikandi Potato Chip Salted Egg. Rasa kentang yang rangup dan juga nipis disalut penuh dengan rasa telur masin yang membuat mulut tidak mudah berhenti menikmati dalam sedar dah habis sekali hadap hehehe. Hanya kudapan ringan-ringan sahaja selain daripada minuman untuk korang beli sekali sambil jalan-jalan kat Sunway.
Bagi korang yang rasa alamak macam jauh nak jalan ke sini atau tiada masa nak singgah untuk dapatkan minuman ini mereka juga ada sediakan perkhidmatan penghantaran terus kepada korang di sekitar Lembah Klang. Korang boleh buat tempahan melalui aplikasi Food Panda, Grab Food, Shopee Food atau juga Easi My. Jangan bimbang cair kerana mereka ada bungkusan khas yang dapat mengekalkan minuman itu dari cair dalam tempoh penghantaran.
MR ZISON TEH Pemilik Cocoyeah Coconut Shake |
Mungkin ini boleh jadi tempat rekemen untuk korang nikmati coconut shake yang asli. Juga kepelbagaian rasa campuran coconut shake dan buah-buahan lain. Maha suka semuanya tapi tak dapat nak nikmati semua dalam masa serentak. Nanti korang kalau dah mencuba minuman ini boleh tinggalkan pandangan dan komen di sini ok. Selamat mencuba semua.
Layari laman sosial media COCOYEAH untuk ketahui promosi yang akan datang dan minuman baharu mereka:
Instagram : https://www.instagram.com/cocoyeahmalaysia
Yummy. Please ajak I ke sini kelak MahaMahu. Banyak perisa yang I suka nie.
BalasPadamWahh lagi meriah gambar maha. Ruby ada baca dr ayu dan cik min. Tengok maha punya artikel lg terliur. Cawangan KL bila nak buka? Jauh nawwww ke sana.
BalasPadamWow nampak menarik la kedai Cocoyeah ni, siap ada pelbagai pilihan perisa coconut shake tu lagi, nicee! Nampak sedap2 belaka semuanyaa! 👍🏻😋
BalasPadamBanyak nye pilihan coconut shake ni. Semua sedap² pulak tu. Mix oreo tu mesti sedap ... terbaiklah
BalasPadamKalau pergi time panas, memang tak nyempat nak snap gambo rasanya, Sis ko terus sedut hahahaha
BalasPadambestkan semua minuman kat sini . fav kita yg avocado tu
BalasPadamMemang sedap kan..nanti nak repeat lagi la..jom
BalasPadamfirst time dengarr, kedai cantik air pun nampak sedap nanti saya datang
BalasPadampunca sakit belakang
kaki bengkak
create website malaysia
Jom tengok 9 kelebihan platform e-dagang untuk bisnes anda.
BalasPadamKetahui sebab kenapa anda perlu buat bisnes online pada musim skrg ini.
Kenali 5 jenis perut buncit bagi wanita dan ketahui 6 tips untuk atasi masalah ini
BalasPadam