Pendapat

Malaysia Terkenal Dengan Palsunya

Rabu, April 13, 2011 Mahamahu 2 Comments

Sebut pasal palsu ni dah sinonim dengan negara kita kot. Ye lah dari pada barang makanan sehingga lah ke video tak tahu mana yg tulin mana yg palsu. Baru2 ni kita dikejutkan dengan kisah telur palsu. Tak tahu dari mana asal usul tiba2 jer timbul cite telur palsu ni. Tapi tgk dari blogger yg rajin mencari bahan pasal isu ini akan jumpa bahawa memang boleh buat telur palsu dari negara China. Terkejut gak lah aku bila baca pasal isu ini ye lah silap2 nanti akan ada daging ayam palsu lak tak mustahilkan.

Tapi tak hairanlah bila sebut negara tanah besar itu memang sumber kepada banyak barangan palsu atau tiruan. Dulu sebelum ini kita kalau nak dpt kan pakaian tiruan tak kiralah Jeans dari jenama Levis, Wrangler, Lee dan byk lagi, semua nya dari negara jiran kita Thailand. Tapi sekrang ni nak dptkan makanan tiruan memang byk dari negara tambok besar itu. Dulu sibuk kes tepung susu yg ada bahan bahaya kepada kanak2. Kini pulak telur tiruan aduh pelik2. Bila terlalu bijak manusia ini semuanya tiada yg tulin termasuklah manusia sendiri.

Sampai bila kita nak berharap pada product dari sana. Tahu barang sana murah sebab kebanyakannya barang tiruan. Kalau tak percaya korang pergi kedai RM2 atau kedai RM5 memang byk sgt barang2 dari sana. Bukan nak salahkan sapa2 tapi kita ni mcm dah jadi negara penyokong barang2 tiruan lak kan. Tepuk dada tanya selera.

Sebelum tu lak kita kecoh dengan kes video. Tak tahu ketulinan atau kesahihan kepada video tersebut. Yer lah video org kenamaan lak tu. So kat situ kita masih mencari ketulinan kepada video tersebut sebab byk kemungkinan boleh jadi. Aku tak nak ulas lebih2 isu ini nanti kena bend lak blog ni hehehehe. Korang maha tahu aku ni cuba ulas sikit2 mana yg aku tahu. So pandai2 lah nak nilai seseorang bila dah di atas akan masa kita jatuh kebawah so kena terimalah kan adat resam dunia.


2 ulasan:

  1. semua hal/benda palsu..dunia dunia
    yg ni pun palsu http://ctwawa22.blogspot.com/2011/04/lepas-telur-kicap-pulak.html

    BalasPadam