Makanan

SUBWAY Sediri Bikin...

Ahad, April 10, 2011 Mahamahu 4 Comments

Hari minggu adalah hari mencungkil bakat, bakat apa bakat dalam memasaklah hehehe... Kata nak masuk Masterchef Malaysia hehehehe. Tak ada lah cuma cuba2 jer ye lah bosan nak makan kat luar tgh2 bulan ni. Maka terlintas nak mask satu masakan sihat, simple dan kenyang. Pastinya sandwich lah tapi kali ni lain sikit dapt ilham dari Subway heheheh jng marah.

Maka pergi ker Giant untuk shopping barang2 yg diperlukan tidak byk cos pun tak sampai puluhan pun hehehe.... Kat bawah ni aku list kan senarai bahan2 yg diperlukan kalau kawn2 nak mencuba ok..
2 Helai daun Salad 
1 Biji Tomato
1 Biji Bawang Besar
2 Batang Hotdog
2 Keping Daging Lada Hijau
2 Keping cheese
Sos Cili
Mayonis
Roti Panjang Perancis (France Bread)

Dah tahu bahan maka boleh sediakan sandwich sihat dan mudah ini. Pertama bahan daging dan juga hotdog di bakar dahulu separuh masak. Selepas itu roti tadi dipotong pendek dan dibelah 2 disapu majerin dan dibakar atas kuali. Sayur2 tadi di potong mengikut kesukaan untuk mudah disusun dalam roti nanti. Maka dah siap semua boleh lah disusun semua bahan2 tadi kedalam roti mengikut kesukaan, alah seperti membuat sandwich biasa, heheheh mudah jer kan.



4 ulasan:

  1. hermm..delicious..
    already ate..huhu

    BalasPadam
  2. kalau saya, mesti pakai tuna instead of hotdog :)

    BalasPadam
  3. very nice d sandwich..tapi, roti tu tak keras ker??..

    BalasPadam