Masterchef

Blogger MasterChef Yang Pertama

Isnin, September 19, 2011 Mahamahu 0 Comments

Salam Merdeka Raya. Bagaikan satu fenomena dimana seluruh dunia kini mencari yang terbaik antara terbaik dalam semua bidang. Tidak ketinggalan dalam dunia masakan juga menjadi antara industri terpenting di dunia sekrang. Tsunami MasterChef kini melanda negara kita setalah memecah badai negara2 besar seperti Amerika Syarikat dan juga Australia. 


Begitu juga dalam diri saya sendiri memasak menjadi sebahagian daripada kehidupan saya kerana memang hobi dan minat saya untuk memasak. Di lahirkan dalam keluarga sederhana memasak sendiri dirumah itu semestinya oleh ibu saya dan juga diwarisi kepada saya bahawa masak sendiri lebih sedap dan selamat. Bermula dengan masakan asas seperti nasi goreng saya mula memahirkan diri dengan dunia masakan ini daripada ibu saya sendiri. Mencuba sesuatu perkara yg baru dalam masakan dengan rempah ratus yg berbagai menjadikan saya tidak pernah takut untuk mencuba sesuatu yg baru.

Namun setelah lebih 10 tahun belajar masak sendiri di rumah dan juga bersama ibu saya, kemahiran memasak sedikit sebanyak telah menjadikan saya lebih yakin dan mampu untuk mencuba apa sahaja menu masakan yg ada. Tidak kira lah masak di dalam buku mahupun di dalam laman internet sendiri. Dalam memastikan kemahiran memasak saya terus meningkat hari demi hari saya telah mencuba memasak untuk majlis2 yg saya anjurkan sendiri seperti majlis harijadi saya dan juga majlis harijadi rakan serumah saya. Selain itu juga bersempena dengan sambutan hari raya ini saya juga telah mengadakan majlis rumah terbuka di kediaman saya sendiri dan semua 5 hidangan utama dimasak sendiri dan juga disediakan sendiri oleh saya pada hari tersebut. Antara menu2 yg penah saya masak iaitu :-

Nasi Serai bersama Ayam Masak Merah Hati

Mee Sup Ayam dan juga SOTO

Nasi Goreng Berempah

Ikan Bawal Goreng bersama Kari Ikan

Selain itu juga masakan untuk pencuci mulut menjadi kegemaran saya jika berkelapangan. Sentiasa mencuba resepi yg baru dan juga memperbaharui semua masakan saya agar nampak unik dan berlainan daripada yang lain. Masakan pencuci mulut yg pernah saya sediakan adalah seperti :-

Mangga Aiskrim Berlada Hitam

Biskut Italian Hezelnut

Kebab Albab dengan Sosej

Salad Buah dan Nugget Ayam

Ada lagi byk masakan yg pernah dicuba dan disediakan sendiri untuk makan sendiri dan juga makan bersama kawn2. Selain itu juga saya pernah memasak untuk satu program masakan di sebuah television nak tgk saya masak jom layan video di bawah ini....
Selain tu gak boleh tgk semua siaran penuh untuk rancangan masakan ni kat sini..

Itulah yg menjadikan saya lebih semangat untuk menyertai Blogger MasterChef Malaysia ini. Harapan saya hanya di sini sahaja dpt mencungkil bakat dan juga kehebatan saya memasak. Kepada semua rakan jng lupa untuk menyokong sebuah rancangan masakan terhebat masa kini yg bakal melanda negara kita iaitu MasterChef Malaysia buat pertama kali akan bertemu semua penonton di Malaysia bila pada 22 Oktober 2011 di siaran Astro Ria 104.


Di bawakan khas oleh Nuffnang Malaysia