Aduan,
Penipuan Nyata di YouTube
Salam semua pembaca blog Mah@Mahu. Moga gembira dan sentiasa di murahkan rezeki daripadaNya. Hari ni nak share satu penipuan lagi menggunakan medium yg sama untuk menjerat pengguna yg naif. Mah@mahu sendiri terima email berangkai ini yg bila di click sebenarnya adalah link kepada laman lain. Tapi caranya cukup licik menggunakan laman yg cukup glamor YouTube.
Tgk email di bawah Mah@Mahu rasa ramai yg dpt email seperti ini. Tapi mungkin ada yg sedar ada yg tak berapa sedar sebenarnya. Mah@mahu pun hampir2 di tipunya. Sebab paling nyata Mah@mahu tak pernah pun mengupload video kat laman Youtube. Memang ada daftar akaun tapi tak ada video pun seperti yg dinyatakan dalam email tu. Nak tahu tgk gambar email uh Mah@mahu sempat ambil ini.
Tgk pada gambar kat atas ni sebenarnya link yg di berikan adalah link untuk di sambungkan kepada laman lain. Tak tahu laman itu adakah laman yg selamat atau tidak. Kalau kita letak mouse kat link tu kita leh lihat sendiri link lain yg akan keluar bila kita click. Kat situ dah jelas nyata penipuan menggunakan laman Youtube ini. Kawan2 hati2 lah takut ada unsur penyebaran virus atau penggodam cuba untuk merosakan PC anda.