Aktiviti,

Negeri Di Bawah Bayu - Hari Pertama

Rabu, Oktober 10, 2012 Mahamahu 0 Comments

Salam semua pembaca blog Mah@mahu dan juga rakan2 yg singgah kat sini kalau tak comment rugi lah. Knp Mah@mahu ckp mcm tu, kerana anda berpeluang nak menang wang tunai untuk komentar terbaik. Nak tahu mcm mana tgk kat entry yg telah Mah@mahu sediakan sebelum ini [Klik Sini]. Jadi rebut peluang untuk menang cukup mudah hehehehe.. Itu cuma sampingan yg penting sebenarnya nak kongsi pengalaman pergi bejalan2 kat Kota Kinabalu Sabah sebelum raya aidilfitri yg lepas.

Kalau kawn2 yg dah pernah pergi harap dpt baca bagi comment ok. Cuma nak kongsi apa yg boleh. Trip ni selama 4 hari so Mah@mahu pergi bersama rakan blogger gak sapa tak kenal Aizuol design dan juga kawn kami Carl Ismail. Trip ni dan plan awl2 agar tak ada masalah tapi betul lah kata pepatah kita mampu merancang tuhan menentukan ada gak halangan namun berjaya di hadapi. Paling penting nak ucap jutaan terima kasih kepada rakan baik kita org yg banyak membantu semasa trip di KK tu. Terima kasih kepada Maya kerana dia yg sungguh ambil berat dan membantu kami untuk perjalanan yg lancar.


Terima kasih juga pada penerbangan tambang murah Malaysia Air Asia yg telah memberi peluang kepada kami untuk merasai terbang di awan biru ke negari seberang. Tak lupa gak pada ERL Malaysia kerana melancarkan pejalanan kami untuk sampai ker LCCT, sungguh laju sekali hehehe. Tiket penerbangan pukul 10 pagi sampai sana dalam pukul 12tghari best lah penerbangan.

 
Kami mengambil pakej menginap 4 hari 3 malam di Yomi Hotel iaitu hotel bajet yg ckup murah untuk anda yg meencari penjimatan dalam bercuti. Bukan nak duduk hotel sgt jnji leh mandi dan rehat kan. Hotel ok lah cantik and lengkap siap ada sarapan walaupun tak seberapa hehehe.. Nak maklumat lanjut layari laman web Yomi hotel dan hotel ni tengah2 bandar KK dan dekat untuk pergi Pasar Philipin dan juga water front serta byak lagi tempat2 menarik.

 

Lepas sampai hotel simpang barang terus lapa cari makan tghari. Sebab tak tahu sgt area sana maka plan untuk makan dekat2 situ jer. Ternampak Stesen Ikan Bakar betul2 depan hotel ni. Maka pergi lah sana tgk mcm best jer ada makanan nasi campur dan ikan bakar kat depan tu. Tapi kami order nasi ayam jer kat sana kerana mlm tu plan nak makan makanan laut kat tebing hehehe.. Nasi ayam ok lah boleh tahan tapi masalah kat sana komunikasi dengan pekerja mungkin dari Philipina agak susah meraka nak faham..

 

So lepas makan perut dah kenyang apa lagi pakat tido lah kat hotel dengan sejuk dan tenang nya.. Nak rest sebab mlm tu nak jalan lagi untuk pergi dekat2 area situ jer.. Maka apabila dah malam kita org pergi cari tempat makan laut yg terbaik. Menurut kata kwn kat sana dia kata makanan laut kat tepi Pasar Philipin dan juga pasar borong memang sedap. Maka pergi sana jalan kaki jer memang byk sgt pilihan rambang mata tgk makanan laut. Segar sedap dan memberangsangkan harga cukup murah dan boleh pilih nak masak apa.



So kita org pilih kepah masak halia cukup sedap. Sotong goreng tepung, Ikan apa entah ckup sedap masak 3 rasa. Ada gak sayur khailan dan juga nasi putih menjadi makanan mlm paling best hehehehe. Sungguh sedap dan menyelerakan dengan harga yg murah dan berpatutan. Tgk saja lah pic kat bawah ni sedap kan hehehe.. Habis makan sampai menjilat jari huhuh...



Dah kenyang makan mlm tu teruskan perjalanan kaki sepanjang tebing tu nak ambil gambar. Pada waktu malam memang ramai org duduk lepak sepanjang tebing tu kan. Patut meriah kat KK ni mlm2.. Lepas tu blk hotel nak tido untuk pejalanan panjang lak pada keesokan harinya. Tunggu next entry untuk next day yang penuh cabaran dan kami akan ker kawasan rakaman drama 'Dejavu di Kinabalu' nak tahu kat mana tunggu..