Fakta,
Mah@mahu ada terbaca artikel mengatakan bahawa sebenarnya syaitan takut kepada org yg memakan makanan syurga ni. Kerana ia akan menghindarkan kita dari gangguan dalam golongan lakhnat ni. Makan syurga seperti Kismis, Kurma, Madu, Pisang, Kacang Pistachio dan byk lagi lah. Nak tahu search kat Uncle google ok.... Semoga memberi manfaat kepada semua selamat membaca..
Petua Makan Kurma
Salam semua rakan2 dan juga pembaca blog Mah@mahu moga sihat dan gembira selalu. Berkongsi ilmu tidak akan kurang dalam diri kita malah akan bertambah dan akan menerima ilmu baru nanti. Itu petua org untuk berjaya dan pandai dlm hidup. Jadi kena rajin kongsi ok jng kedekut walaupun ilmu itu sedikit tapi kalau ilmu salah akan membawa binasa kepada kita semula. So sebab daripada itu hari ni Mah@mahu nak kongsi sedikit ilmu yg baru jer Mah@mahu tahu.
Masa blik kg hari tu tgk mak makan buah kurma. Tanya mak kenapa makan bukan kita makan bulan puasa jer ker. Pastu mak gelak sebenarnya kata mak kurma kita boleh makan bila2 masa jer kerana khasiat yang tinggi dalam buah tu. Paling penting untuk wanita ia akan mengurangkan sakit sendi atau pun Gout. Oleh itu, para lelaki jng lupa makan kurma amalkan selalu kerana ia dapat menyelamatkan anda dari sakit Gout.
Kemudian kurma ni sebenarnya adalah gula yg paling bagus untuk badan. Knp? kerana ia adalah sumber gula buah-buahan yg paling cepat serap dalam badan untuk memberi tenaga yang cepat pada kita. Knp kita semasa berbuka puasa kena makan kurma dulu. Ini kerana kurma yg kita makan tu akan membekal tenaga untuk kita dan memulihkan kesegaran untuk menunaikan solat Maghrib selepas berpuasa seharian. So jng lah nak gelojoh makan makanan berat2 just kurma dah cukup lepas tu baru sambung makan lain hehehehe.
Tapi betul kata org amal kurma paling bagus untuk minda. Kebanyakan org kata makan kismis kan tapi sebenarnya kismis dan kurma adalah sama sahaja kerana ia juga mampu memberi kekuatan kepada daya ingatan kanak-kanak. Tapi sebab kita dah di dedahkan tentang kismis maka memang ia bagus juga. Kerana makanan ini adalah makanan org di syurga nanti. So nak masuk syurga makan kurma wakakak tipu jer....
Mah@mahu ada terbaca artikel mengatakan bahawa sebenarnya syaitan takut kepada org yg memakan makanan syurga ni. Kerana ia akan menghindarkan kita dari gangguan dalam golongan lakhnat ni. Makan syurga seperti Kismis, Kurma, Madu, Pisang, Kacang Pistachio dan byk lagi lah. Nak tahu search kat Uncle google ok.... Semoga memberi manfaat kepada semua selamat membaca..
0 Pandangan: