Fakta,

Ubat Kurus Di Pasaran Baik Ker?

Sabtu, November 03, 2012 Mahamahu 0 Comments

Salam semua pembaca blog Mah@mahu dan juga pengikut setia blog yg sentiasa terbuka dalam memberikan informasi serta maklumat berguna kepada anda. Harap ia dapat membantu dan jika ada kekurangan dapat di tegur dan di berikan nasihat berguna untuk peningkatan di masa hadapan. Sebarang cadangan sila lampirkan di alamat email Mah@mahu iaitu akustika83@gmail.com. Segala cadangan anda sangat2 lah beguna untuk peningkatan perkhidmatan kami. Wahh dah mcm operator lak hehehehe..

Hari ni lagi satu cite agak berat dan besar untuk di kongsikan bersama rakan2 semua. Kita sekrang ni bagaikan di banjiri oleh berbagai produk pelangsingan badan atau senang panggil ubat nak kurus cepat. Tanpa sebarang siksaan untuk bersenam mahupun menahan lapar. Berbagai formula di gunakan oleh pengeluar ubat langsing ini untuk menarik minat pengguna dan juga mendapat pasaran mereka sekarang ini. Mah@mahu pun tak terlepas juga untuk menggunakan produk2 ini.


Kalau tgk hari2 kat laman social akan ada sahaja iklan mahupun testimoni yg di lampirkan kepada kita. Memanglah tak di nafikan bahawa laman social adalah agent paling bagus untuk membuat busines. Namun biar kena dengan cara dan marketing anda. Tapi bukan itu isunya sekrang ni nak bincang tentang kegunaan ubat langsing yg cepat dan mudah ini. Apa kesan pada kita pengguna dan bagai mana nak pastikan ia adalah tidak memudaratkan kita. 


Mesti kalau sebut nama Alpha Lipid SD II ramai dah tahu tentang produk langsing ini. Kalau di ikutkan ia telah sampai ke Malaysia sejak tahun 2011 lagi. Namun semenjak dua menjak ini promosi yg ketara dan juga sistem agent yg di guna pakai mampu menjana pendapatn lebih selain membantu untuk menguruskan badan. Ini dari segi pandangan peribadi Mah@mahu sendiri lah ok tak di pengaruhi mana2 pihak. Produk ini penggunaan lebih selamat kerana kita minum dengan campuran susu tepung dan air sejuk. Ia sebenar dapat menambahkan kekurangan air dalam badan kita setelah mengambil minuman ini. Jng terpengaruh dengan gambar2 testimoni yg di berikan terus nak beli selidik dulu product ini sesuai ngan kita atau tidak. Harga tak mengalah gak boleh tahan agak mahal di pasaran.


Kalau sebut API Fat Burner Advance mesti ramai yg agar garu kepala. Tapi ini juga adalah product pelangsing badan tapi selalunya di gunakan oleh mereka yg membuat kerja kuat di gym. Ubat ini adalah berkongsepkan pil yg di makan sebelum menikmati makan pagi, tengahari dan mlm. Formulanya mudah bagi org gemuk secara amnya metabolisma badan mereka kurang aktif jadi sebab itu lemak ini tidak di jana dengan betul sehingga berkumpul menjadi gemuk. So dengan formula itu API Fat Burner ini berfungsi meningkatkan daya metabolisma badan untuk mengaktifkan semula lemak2 yg berlebihan agar di keluarkan. 

Sebab itu sapa yg ambil ubat ini akan cepat berpeluh dan juga akan ada rasa nak buang air. Kerana ia melalui proses tersebut selepas memakannya. Jadi kalau mereka yg aktif di gym akan lagi cepat untuk kurus dan juga menjana lemak. Yg ini mcm ubat langsing lain di pasaran namun formula yg di bawa dari USA ini adalah gabungan herba.

Terlalu byk sangat produk perlangsingan di pasaran sekrang. Apa yg penting kita tgk kesesuaian produk dengan diri kita dan cara hidup kita agar ia mampu membantu kita untuk mendapat kesan langsing yg ideal. Bukan membazir dengan membeli pada harga mahal tetapi tidak memberikan kita bentuk fizikal ideal dan berat yg seimbang. Jng terlalu kejar kelangsingan itu kerana ia akan memudaratkan kita. Apa yg kita nak ambil sekalipun pastikan ia adalah selamat dan juga sah daripada Kementerian Kesihatan Malaysia. Kalau tak pasti buat aduan di Bahagian Perkhidmatan Farmasi KKM secara online atau pun call mereka ok. Agar anda sihat dan ceria selalau bye....