Article,
Kuala Lumpur Tewaskan Paris dan Dubai
Salam semua kawn2 dan pembaca blog Mah@mahu sentiasa berbicara untuk berkongsi info dengan anda semua. Maklumlah kita rakyat Malaysia yg sentiasa berkongsi segala ada untuk di nikmati sama rata. Tapi lagi bangga menjadi anak Malaysia ni kerana kita sudah di iktiraf di peringkat antarabangsa. Mesti ramai terkejut bila baca tajuk entry kali ini. Sebelum ni Mah@mahu ada buat entry tentang KL menjadi bandar kedua pilihan penduduk Asia untuk membeli belah [klik sini].
Baru2 ni terbaca di Yahoo Malaysia ibu kota kita Kuala Lumpur, telah diiktiraf sebagai syurga membeli-belah
keempat diminati oleh pelancong di dunia, berikutan dari hasil kaji selidik yang dilakukan oleh CNN baru-baru ini. Wahhh bangga tak, memang seronok lah rakyat Malaysia lepas ni ramai lah akan dtg membeli belah kat negara kita ekonomi meningkat lah harapnya hehehehe...
Jumlah mata yang diperolehi adalah sebanyak 30 daripada 40 mata, di mana
ia merangkumi aspek kemudahan berjalan, kualiti barangan yang dibeli,
kepelbagaian barangan dan pengalaman. Memanglah melalui perancangan kesejahteraan bandar. Tgk KL saja dah tahu, lepas ni ada sky walk lak kat kl ni lagi memudahkan kita untuk bergerak sekitar KL.
Pencapaian ini meletakkan bandar-bandar gergasi seperti Paris, Hong
Kong, Buenos Aires, Vienna, Dubai dan Madrid berada di belakang
Malaysia. So lepas ni jng nak bangsa sgt lah kalau shopping kat Paris beli jenama mahal2. Sedangkan org luar shopping kat negara kita. Patut kita kena bangga dan jimatkan wang negara dari mengalir keluar.
Gelaran syurga membeli-belah di dunia yang pertama di dunia pula berjaya
dimiliki oleh New York dengan 35 mata, diikuti oleh negara matahari
terbit, Tokyo dengan 34 mata dan disusuli dengan London yang mendapat 31
mata. Lepas ni kalau nak pergi pun boleh pergi negara2 yg top 3 ke atas jer, baru ada class kan hehehehe. Apa pun saya bangga jadi rakyat Malaysia...
*Sumber daripada Yahoo Malaysia