Aktiviti,

Makan Lagi Syok Dengan Coca-Cola di Medan Ikan Bakar Kuala Ibai - Episod 4

Sabtu, Mei 04, 2013 Mahamahu 0 Comments

Salam semua rakan2 yg rajin2 comment and follow Mah@mahu terutama team yg juga ada dalam Jelajah Makan Lagi Syok Dengan Coca-cola. Korang semua memang best and sporting lah rasa mcm nak buat trip lagi lah. Terutama pada Cik Mari dan Cik Nana serta Kak Mona dan anaknya Kak Long memang best dpt kenal korang semua. Tapi pada geng lain jgn marah bukan tak nak tulis nama korang ramai sgt tak berapa nak ingat hehehe korang pun semua best.



Setelah menempuh perjalanan lebih kurang 4 jam dari Kemaman untuk sampai ke Kuala Terengganu memang sesuatu perjalanan yg berbaloi lah. Dengan perut yg lapar dan penat akhirnya kami sampai ke satu lagi tempat makan untuk menikmati makan malam yg cukup hebat. Bila sampai ke bawah jambatan perasaan dah dapat duga bahawa kami akan makan seafood mlm ni hehehe... Kami berada di Medan Ikan Bakar Kuala Ibai.





Menurut kata org memang dah ramai rekmen makan mlm kat situ sebab seafood nya segar dan cukup sedap. Maklumlah berada di tepi muara sungai sumber bahan mentah segar2 belaka. Kami sampai dah di hidangkan dengan menu Ikan Masak 3 Rasa, Kangkung Goreng Belacan, Daging Masak Merah dan juga Sotong Goreng Tepung. Ada ikan bakar kat sana kalau tak nak goreng2 lagi best terbaik lah.




Makan mlm tu lagi meriah sebenarnya bila kami sendiri di kejutkan dengan team Hotfm Zoomerz sendiri yg buat kejutan sambutan hari jadi kepada penyampai Leya. Nampak lah muka terkejut Leya mlm tu bila di buat supprise dengan sebiji kek. Selamat hari jadi lah pada Leya agar lebih bahagia dan moga cepat lah dirikan rumah tangga jgn tunggu lama2 hehehe.. 

 


Tapi ingat bila sampai kat KT ni mesti pergi sini dan cuba sendiri menu kat situ. Tak rugi dpt rasai pengalaman makan di tepi sungai dan makan yg segar2. Mlm tu lepas makan kami pun semua berangkat ke hotel yg telah di sediakan. Sekali lagi terima kasih kepada Coca-cola dan Hotfm kerana menyediakan tempat tinggal terbaik di PrinzPark Hotel Kuala Terengganu. Apa pun tunggu pada episod akan dtg dengan tempat menarik dan juga rupa hotel yg kami tinggal best... Bersambung...