Aktiviti,
Kacang Pool Haji Pilihan di Johor
Salam semua pembaca blog Mah@mahu dan juga rakan lain kerana sudi membaca kat blog ni. Tambah2 part share makanan dan tempat makan yg best2 ada kat negara kita ni byk tak terasa semua. Hari ni nak share satu lagi makanan istimewa bila dtg ker Johor mesti ramai dah rasa Kacang Pool. Mah@mahu tak pernah rasa pun kacang pool ni dgr jer daripada kawn2 tapi bila dah rasa baru tahu kesedapanya.
Ingat kacang pool ni mcm bubur kacang hijau sebab org kata makan dengan roti rupanya jauh lebih sedap lagi. Kacang Pool ni sebenarnya adalah daging cincang yg di masak bersama dengan kacang panggang. Di sedapkan lagi tambah dengan lada kecik yg pedas dan juga di perahkan dengan limau untuk mendapatkan kesedapan masam-masam pedas. Di cicah dengan roti yg di buat sendiri lagi sedap.
Paling special makan kat satu tempat yg memang cukup terkenal kata org paling sedap kat Johor Baharu gerai makan Kacang Pool Haji. Nak cari gerai ni senang jer kalau jumpa Balai Bomba Larkin dan tepi tu ada Medan Selera Larkin. Tgh2 tu ada gerai nama Gerai Makan Kacang Pool Haji. Order harga pun best satu set Kacang Pool dan roti RM4 jer. Murah dan mengenyangkan makan kacang pool boleh makan petang atau makan mlm.
Kalau makan kena dengan teh tarik atau kopi lagi terbaik toq hehehe.. Korang kena cuba sendiri lah cuma kat KL ni tak tahu lagi kat mana yg sedap kacang pool. Tapi Mah@mahu dah ada satu tempat memang sediakan kacang pool ori Johor. Nak tahu kat area KL yg ada kacang pool tu baca kat sini [klik sini] ok.