Maggi,
Masak-masak Studio Maggi Kari Terbaik
Salam semua pembaca blog Mah@mahu dan juga rakan2 yg sentiasa mengikuti blog yg tidak seberapa ini. Harap ia memberi anda panduan dan juga sedikit ilmu berguna untuk di kongsi bersama terutama dalam dalam dunia makan-makan. Huhuhu tapi best lagi kalau dapat masak makanan bersama rakan2 yg tak kenal dan boleh jadi kawn2 lepas tu hehehe. Itulah pengalaman Mah@mahu memasak bersama rakan2 di Studio Masak-Masak Maggi di Menara Surian Damansara.
Satu pengalaman yg paling best ingat program apa yg Maggi cuba buat rupanya kami semua yg di jemput ini di beri peluang untuk memasak dengan mereka masakan kami sendiri. Paling best kami di beri peluang masak mee Maggi Kari dengan cara kami tersendiri. Mah@mahu di gandingkan dengan 3 org rakan lagi yg memang tidak pernah kenal hari tu baru bertegur sapa. Terima kasih kepada semua rakan2 korang memang hebat. Tak sangkat kita dapat masak menu yg di beri nama Aggim Irak Maggi Kari Asam Awal Akhir huhuhuhu pelik lah nama menu kami.
Nak tahu mana dapat nama ni, sebenarnya nama ni di berikan sempena dengan nama seorang selebriti yg turut sama masak dengan kumpulan kami. Kalau korang pandai teka sapa dia, betul tu lah dia Awal Ashaari yg dtang bersama isteri kesayangan Scha Alyahya. Meriah lah hari tu kami masak sama2 berterbangan barang2 dapur di kerjakan kami. Sapa sangka Awal ni sebenarnya pandai memasak yer tanya lah Scha. Hari tu kami bersama Awal bertungkus lumus nak siapkan masakan mee Maggi Kari dalam masa hanya 2 minit sahaja.
Apa pun korang guys memang happening and Awal dan Scha memang sporting gila hari tu. Selain tu juga Lisa Surihani turut dtg sama memeriahkan majlis masak2 bersama Maggi ni. Apa pun thanks to Maggi kerana menjemput kami untuk majlis masak2 dan juga merasa mee Maggi Kari ciptaan chef hebat iaitu Chef Muluk. So nak tahu resepi kami layari lah Facebook Maggi sekrang juga.